secebis manuskrip

.,BAB SATU (prolog)

Suatu petang yang damai, terlihat seorang wanita yang berusia dalam lingkungan akhir dua puluhan sedang duduk termenung. Gaya menungannya kelihatan begitu jauh. Kelopak matanya menggambarkan hatinya digayuti sayu. Sesekali dia mengesat tubir matanya dengan jemarinya. Dahulu jemarinya yang masih halus dan runcing itu sering membelai tubuh-tubuh mereka yang kehausan. Namun kini langsung tiada saiapa mahukan dirinya lagi. Dahulu dia dipuja bagaikan seorang puteri, kini tiada lagi…mereka semua tidak mahukannya lagi, tambahan pula mereka telah punya keluarga sendiri. Begitu jauh perbezaan antara kehidupan dahulu dan kini.

Dalam mengelamun, tangannya disentuh lembut oleh jemari yang kecil. Satu perasaan aneh meresap ke dalam jiwanya. Dia menundukkan wajah memandang anak kecil yang berumur lingkungan dua belas bulan. Anak kecil yang baru sedang belajar berjalan itu memandang jauh ke dalam anak matanya. Seketika kemudian anak kecil tersebut melemparkan senyuman manis.

‘comel!’ desis hatinya. Dia mengangkat wajahnya. Persekitaran diperhatikan dengan teliti. Namun tiada sesiapa di situ.

‘mustahil budak ni sorang-sorang,’ dia menggumam lagi. Kepalanya dialihkan kembali memandang si kecil berkenaan. Kali ini dia terkejut apabila kanak-kanak tadi sudah hilang. Dia menjengukkan kepalanya ke bawah meja, kalau mungkin kanak-kanak perempuan tersebut duduk di situ. Namun langsung tiada tanda-tanda. Bahkan pepasir yang halus di sekeliling wakaf tersebut jugak tidak menunjukkan kehadiran tapak kaki milik kanak-kanak tersebut.

“Astaghfirullahalazim, siapakah yang datang kepadaku tadi, ya Allah…” wanita itu meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Sudahnya dia berlalu begitu sahaja menuju ke asrama tempat tinggalnya kini.

***


Boleh Dikatakan Sebagai Badi Kucing?

Salam Warahmatullah,

~~Hurm bila sebut pasal badi kucing, ramai yang beranggapan bahawa ianya berkaitan dengan mengandung…dan itu adalah salah satu. Kat sini saya nak cerita satu peristiwa mengenai kucing.. saya tak pasti bahawa itu adalah badi atau sebaliknya. Mungkin ada satu perkataan yang lain yang lebih sesuai lagi.

~~Ceritanya bermula apabila suatu petang saya dan suami pulang dari pusat membeli belah. Secara tak langsung deria bau saya menagkap sejenia bau yang agak busuk. Meliar mata saya mencari. Rupa-rupanya di atas tangga terdapat beberapa tompokan najis kucing. Saya agak dia terkena cirit birit. Hati saya agak ‘panas’ jugaklah. Sudahla penat dari membeli barangan keperluan.

~~Petang itu setelah berehat di rumah, saya mengambil sebaldi air. Niat untuk mencuci najis kucing tersebut. Sambil mencuci, mulut pun sama ‘berjalan’ menggambarkan ketidapuasanhati saya. Ketika inilah baru saya tersedar seekor kucing putih (hanya trdapat tompokan hitam pada bahagian ekornya) sedang memerhatikan saya. Pandangannya agak berlainan.
Malam itu, macam biasa saya duduk melayari internet. Tiba-tiba perut saya begitu memulas. Saya bergegas pergi toilet. Uh!! Keadaa saya sama seperti kucing tadi. bukan sekali, tetapi berkali-kali dan cukup untuk membuat tubuh saya menjadi lesu. Suami pula terpaksa pulng awal dari tempat kerja. Mana tidaknya, saya sudah terbaring, tiada daya untuk mengurus anak yang masih kecil. Ketika itu barulah saya teringat tentang kucing tadi.

~~Esok hari, saya belikan whiskes. Saya tunggu kemunculan kucing tersebut. Hampir senja, baru sya ternampak kelibat kucing itu. Bergegas saya mengejarnya. Mujurlah kucing tu jinak. Kemudian saya memberinya makanan. Sambil memohon maaf. (biarlah org kata saya gila sekalipun, kerana saya tahu kucing juga punya perasaan) dan itulah kali pertama dan terakhir saya memberinya makanan kerana selepas itu sehingga hari ini, saya tidak bertemunya lagi. Dan ajaibnya selepas saya memberinya makanan dan memohon maaf, perut saya beransur sihat.

~~Wallahu’alam…

Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

segala pujian bagi Allah S.W.T Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat r''anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

syukur alhamdulillah, setelah sekian lama dan agak ramai yang meminta saya untuk menubuhkan blog, akhirnya hari ini baru saya berkesempatan untuk melakukannya.

matlamat utama untuk blog ini adalah untuk penulisan saya yang terkini di samping bahan bacaan yang lain yang lebih bermanfaat yang mana amat sesuai untuk keperluan semasa dalam kehidupan umat islam sejagat. wallahua'lam.

sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina dari sahabat sekalian amat diharapkan.

sekian,

wa billahi taufiq wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com