Aku pasrah, Ya Allah...

~~salam warahmatullah,

~~kurang lebih pukul 12 tengah malam (31 januari 2011), abang kepada suami saya call. lama jugaklah dia bercakap dalam telefon. dengar macam serius amat perbualan dorang.

~~saya dah tak sedap hati, terus masuk bilik, tak lama lepas tu suami letak phone. "kenapa, bang?" soal saya. suami terpunduk. dia pegang kepala dengan dua belah tangan. air muka dia berubah. "siapa yang call tadi?" soal saya lagi. ingatkan dia tak nak jawab dah. tak lama sebelum dia angkat muka, dia pandang saya. "abang yie call. mak...hanyut dalam banjir, tak jumpa lagi," tergamam saya tak terkata apa. air mata dah meleleh dah.

~~"macam mana boleh jadi macam tu?" kata saya, memang tak puas hati la sebab tatau punca hanyut. "banjir teruk, kereta tenggelam. abah tak sempat nak selamatkan mak..." wahh, lagi hebat air mata mengalir. saya tak tahu nak buat apa. sudahnya saya ambik wudhuk dan nak buat sunat taubat serta hajat.

~~dalam raka'at pertama, saya nampak mak mertua datang pada saya, cantik sangat. pakai jubah putih, bertudung labuh. sedangkan dalam hayat dia, langsung tak da jubah putih...tiba2 sebak bertandang. saya kuatkan semangat. gagah untuk naik rakaat kedua. dan saya masih nampak mak mertua saya datang. tapi dia semakin menjauh dari saya. seolah-olah mengucapkan salam terakhir...saya sangka hati saya kuat untuk menerima dugaan ini. tetapi sebaliknya. saya tak dapat habiskan sunat hajat tu. baru habis al-fatihah, terus saya geleng2kepala.

~~suami saya yg seperti kehilangan kata-kata, terkejut. saya menangis semahu2nya kat atas katil.
"abang, sayang nampak mak dah pakai jubah putih," tersedu2 saya ucapkan perkataan tu.. disebabkan tu, suami saya tak dpt menahan air mata, dan turut sama menangis..."abang harap mak selamat," hanya itu kata2 suami saya kemudian dia peluk saya dari belakang..

~~dipendekkan cerita, kurang lebih pukul 2.30 pagi tadi (31 january 2011) abang yie call. dia yang sememangnya terkenal dengan abang yg paling tenang, menangis. "wan, mak dah meninggal..." hanya itu ungkapan yg keluar sebelum dia letak hp.

~~saya yang masih lagi terpinga2, terkejut bila suami saya ucapkan kalima "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" terus segar mata saya ni, "abang, kenapa abang cakap mcm tu?" soal saya. "mak dah meninggal, sayang"...

~~Ya Allah sungguh berat dugaan yang Kau berikan. tapi, cukup untuk aku panjatkan kesyukuran padaMU...limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepadanya..amin ya rabbal 'alamin...

3 comments:

  1. innalillahi wainna ilaihi rojiun...takziah kat pia n wan...untungnya dia dtg dlm keadaan baik...

    ReplyDelete
  2. berita yg sungguh memeranjatkan akak juga.takziah buat wan n pia sekeluarga.moga tabah menghadapinya..al fatihah..

    ReplyDelete
  3. ~~kak zyra//alhamdulillah terima kasih.

    ~~kak miza//terima kasih. al-fatihah

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com