Iklan tisu kleenex yang kononnya "disumpah"

video

Iklan tisu Kleenex ini yang menampilkan seorang gadis dan bayi Oni (iblis jepun) merah yang menimbulkan ketakutan selepas disiarkan di jepun pada tahun 1985, dan beginilah kisahnya...

~~selepas iklan ini ke udara, mula tersebar khabar angin tentang nasib malang orang-orang yang terlibat. Matsuzaka Keiko, pelakon iklan itu dikatakan telah mengandung anak Oni. Ada yang mendakwa dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan jiwa.

~~Budak kecil yang melakonkan watak Oni pula, dikatakan mati mengejut dalam keadaan misteri. dan seorang demi seorang, seluruh kakitangan unit produksi jatuh sakit atau mengalami kemalangan pelik.

~~Lagu iklan ini juga mendapat perhatian. ada yang berkata lirik ini seperti sumpahan bahasa Jerman, dan ada yang berkata muziknya berbeza-beza mengikut waktu. Apabila iklan ini disiarkan pada lewat malam, suara penyanyi yang merdu akan bertukar menjadi suara garau perempuan tua dan membawa nasib malang kepada sesiapa yang mendengarnya. pendek kata, tiada kebenaran dalam dakwaan ini. namun, iklan ini telah gagal mendapat respon yang diinginkan.

sumber dipetik daripada: Komik kreko
keluaran 21 januari 2011

P/S:apapun ini hanyalah kebetulan sahaja :)

4 comments:

  1. ntahnye, kebetulan je tu...setuju setuju..!huh, karut lagi mengarut...

    ReplyDelete
  2. hahaha, betul tu. dorang kan kebanyakan terlalu taksub ngan benda2 gini.

    ReplyDelete
  3. lagu dia tu mmg aneh kalo dgr memalam adalah keseraman sikit xsesuai tul ngn iklan.hehehe

    ReplyDelete
  4. ~~hehe, akk memang gitu..tak habis2 seremmm. hehe

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com