Rindu mereka...


~~salam warahmatullah...

~~di pagi ahad ni, memang tak tahu nak buat apa. amatlah bosan sekali. perut asyik memulas diselangseli dengan muntah2. (bukan pregnant yaw! haha). ni semua bahana makan ikut selera, bukan ikut gerak hati. skang terimalah padahnya, ye tak?. hehe

~~okey la, ada di antara sahabat2 semua kenal saya, ada yang akrab melalui YM tanpa pernah melihat wajah saya. tapi bila dah masuk blog ni, wah, itu rupanya empunya diri. tapi...orang yang melahirkan saya, tak ramai yang kenal. atau mungkin juga, langsung tiada di antara sahabat2 semua tidak tahu permulaan hidup saya. jadi tidak mahulah saya menjadi seperti kacang lupakan kulit.

~~sebelum saya tunjukkan rupa mak dan ayah saya, elok saya bercerita serba sedikit latar belakang dua hamba Allah yang dianugerahkan saluran dalam melahirkan saya.

~~ayah saya dikenali dengan banyak nama. antaranya termasuklah, Pak Mid blok 8 (sebab kat kawasan saya tu ada 3 org Pak Mid. hehehe), tok ayah, ayah mid dan paling special is ABAH dalam kalangan kami anak2 dia. hehhe. ayah saya ni low profile sahaja orangnya. tak suka bercakap hal yang remeh. kalau kami anak2 dia mengata orang depan-depan dia, dia akan guna ayat ni "macamlah kome tu elok sangat" amek, sentap tu. hahaha.

~~ni pulak perenggan mengenai mak saya. mak saya ni perangai dia sekarang lebih mirip abah saya. tapi tidaklah pendiam. kuat membebel. hahaha. biasalah kan, kalau ayah pendiam, mak selalunya kuat bebel. mak saya ni pantang kalau anak2 dia tak bangun subuh. sebab dia kena wat report kat abah saya setiap hari. ehehe. tapi, kalau dah buat subuh, kitorang dibenarkan tido selama mana yang kitorang nak. dasatnye. haha. walaupun macam tu, tak pernahla pulak saya tido sampai pukul 12 tengahari. orang dah bagi betis nak peha pulak. amboiii!!

~~hurm itulah serba sedikit info mengenai mak dan ayah saya. nanti, di masa yang mendatang, saya selitkan pulak cerita adik beradik saya. insyaAllah, saya tak janji ok?, hehe.

~~kat bawah ni gambar mak ayah saya. ni pun gambar lama, lebih kurang 4,5 tahun yang lepas. ayah saya ni susah nak bergambar. kiranya yang ni terlepas dalam kamera kami yang kemudiannya diedit.

4 comments:

  1. ahlan wasahlan...tq pak mid, tq makcik...err xde name lak...sbb lahirkan pia...dak nakal kat alam semesta! haha

    ReplyDelete
  2. salam warahmatullah noraz.

    ~~a ah lupa lak isi nama mak. kalau abah abdul hamid, mak pulak nama dia hamidah. hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh nama mak pak pia cocoklah mcm combination nama gitu.... hehehe

    ReplyDelete
  4. ~~kak mieza, memang cocok amat yaw! hahaha

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com