ABU BAKAR BA'ASYIR (Ketakutan Amerika!)


~~Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Ba'asyir bin Abu Bakar Abud. Beliau juga turut digelar sebagai Ustaz Abu dan Abdus Samad. Beliau lahir di Jombang, Jawa Timur pada 17 Ogos 1938 dan berkuturunan arab. Beliau merupakan pemimpin Majelis Mujahidin Indonesia (MMI) serta salah seorang pendiri Pondok Pesantren (asrama) Islam al-Mu'min.

~~Pelbagai badan intelijen (cendekiawan) menuduh Ba'asyir sebagai ketua Spiritual Jemaah Islamiyah (JI), iaitu sebuah kumpulan separa militan Islam yang mempunyai hubungkait dengan kumpulan al-Qaeda. Mereka tetap menuduh walaupun Ba'asyir tegas menafikan bahawa beliau tidak menjalinkan hubungan dengan JI atau terorisme.

~~Ba'asyir pernah menjalani pendidikan sebagai siswa Pondok Pesantren Gontor, Ponorogo, Jawa Timur pada tahun 1959 dan alumni Fakultas Dakwah Universitas al-Irsyad, Solo, Jawa Tengah pada tahun 1963.

~~Bermula dengan giat dalam aktiviti Himpunan Mahasiswa Islam Solo. beliau kemudiannya terlibat dengan Sekretaris Pemuda al-Irsyad Solo sebelum terpilih menjadi Ketua Gerakan Pemuda Islam Indonesia pada tahun 1961. Beliau turut menjadi Ketua Lembaga Dakwah Mahasiswa Islam, memimpin Pondok Pesantren al-Mu'min pada 1972 dan menjadi ketua Organisasi Majelis Mujahidin Islam(MMI) pada 2002.

~~Pesantren al-Mu'min didirikan di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah, bersama dengan Abdullah Sungkar, Yoyo Roswadi, Abdul Qohar H.Daeng Matase, dan Abdullah Baraja pada 10 Mac 1972 pada masa orde baru (Pemerintahan baru). Pembinaan pondok ini telah menggunakan kawasan seluas 8.000 meter persegi sama seperti 2.5km dari Solo. Kebangkitan semula pondok ini adalah disebabkan kegiatan pengajian kuliah Zohor di Masjid Agung Surakarta. Jumlah jemaah yang semakin ramai menyebabkan para mubaligh dan ustaz mengembangkan pengajian itu menjadi Madrasah Diniyah.

~~Pada 1983, beliau ditangkap bersama dengan Abdullah Sungkar. Mereka dituduh menghasut orang ramai menolak asas tunggal Pancasila (kalau di Malaysia ialah Rukunegara). Beliau juga menghalang santrinya (cari dalam kamus tak jumpa maksud santri...) melakukan hormat bendera kerana menurutnya itu adalah suatu perbuatan syirik.

*Pancasila (rukunegara)
> Ketuhanan yang maha Esa
> Kebangsaan
> Perikemanusiaan
> Kedaulatan Rakyat
> Keadilan Sosial

~~Selain daripada itu, Ba'asyir turut dikaitkan menyertai gerakan Hispran (Haji Ismail Pranoto) iaitu salah satu tokoh di Darul Islam/Tentera Islam Indonesia Jawa Tengah. Hal itu menyebabkan mereka dipenjara selama 9 tahun.

~~11 Februari 1985, ketika mahkamah membatalkan hukuman tahanan ke atas Ba'asyir dan Sungkar, masa itulah mereka berdua melarikan diri ke Malaysia melalui Medan.

~~Menurut pemerintah Amerika Syarikat, di Malaysia Ba'asyir membentuk gerakan Islam radikal, Jamaah Islamiyah yang menjalin hubungan dengan al-Qaeda.

~~Pada 1985-1999, aktiviti Ba'asyir di Singapura dan Malaysia adalah "menyampaikan Islam kepada masyarakat Islam berdasarkan al-Quran dan Hadith". Aktiviti tersebut dilakukan dalam sebuah forum yang hanya memakan masa beberapa jam sahaja. Menurut Ba'asyir, aktiviti tersebut tidak ada kena-mengena dengan pembentukan organisasi atau apa-apa gerakan Islam. Tuduhan berlaku apabila pemerintah Amerika Syarikat (sangat benci tulis statement ni!) memasukkan nama Ba'asyir sebagai salah seorang terorist kerana membentuk Jemaah Islamiyah dan langsung dikaitkan dengan al-Qaeda.

~~1999, Ba'asyir kembali ke Indonesia dan terlibat dalam Organisasi Majelis Mujahidin Islam (MMI) yang merupakan salah satu organisasi Islam yang bergaris keras. Organisasi ini bertujuan menegakkan syariah Islam di Indonesia.

bersambung...

CERITA SEORANG P.RAMLEE (3)


CERITA PENDEK MENGENAI P.RAMLEE

~~Pengarah B. S. Rajhans yang mewakili Malay Film Productions (MFP) menawarkan pekerjaan di MFP kepada P. Ramlee. P. Ramlee menerima tawaran tersebut kerana mengangapnya sebagai peluang keemasan yang mungkin hanya datang sekali dalam hidup beliau. P. Ramlee bersama-sama seorang teman beliau, Sukardi meninggalkan Pulau Pinang menuju ke Singapura dengan kereta api pada 28 Ogos 1948, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri. P. Ramlee terus bekerja di MFP sementara teman beliau, Sukardi pulang ke Pulau Pinang setelah seminggu bekerja di studio filem tersebut.


~~P. Ramlee tidak pernah menolak tugas yang diberikan walaupun disuruh membuat pelbagai kerja, umpamanya menolak kamera, menjadi clipper boy menjadi pelakon tambahan dan penyanyi P. Ramlee sentiasa senang dan riang dengan segala tugas yang berkaitan dengan filem dan muzik. Pertama kali wajah P. Ramlee muncul di layar perak adalah filem Chinta pada tahun 1948. P. Ramlee kemudiannya tampil dalam beberapa buah filem lagi sebagai pelakon pembantu, yang menyerlahkan nama beliau disebabkan oleh kekuatan vokal dalam nyanyian beliau.

~~Pengarah L. Krishnan yangn baharu bertugas dengan MFP menaikkan kedudukan P. Ramlee hero dalam filem, Bakti pada tahun 1950. Ternyata percubaan tersebut berjaya. P. Ramlee diterima baik oleh peminat filem Melayu ketika itu. Mereka memberikan sokongan kepada hero baharu itu yang boleh menyanyidengan suara yang merdu. P. Ramlee mendapat sokongan yang kuat daripada para peminat beliau yang semakin ramai. Setiap filem lakonan P. Ramlee mencatat rekod pecah panggung yang mengaut keuntungan besar kepada syarikat pengeluar filem yang memayungi beliau.

~~Pengarah filem dari India di MFP berebut-rebut mengambil P. Ramlee berlakon. Malah, ada pengarah filem seperti B. N. Rao yang sanggup menagguhkan penggambaran filem baharu beliau semata-mata menunggu P. Ramlee selesai berlakon dalam filem arahan pengarah lain, S. Ramanathan. Hal ini demikian kerana lakonan P. Ramlee dijamin mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Pada kemuncak populariti beliau sebagai pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, P. Ramlee dilantik sebagai pengarah filem.

~~P. Ramlee merupakan anak Melayu kedua begelar pengarah selepas Haji Mahadi. Haji Mahadi gagal mengarah filem, Permata di Perlimbahan pada tahun 1952. Pada tahun 1955, P. Ramlee mengarah filem beliau yang pertama, Penarek Becha. Beliau turut berlakon dalam filem tersebut bersama-sama Saadiah, Salleh Kamil, Udo Omar, Saamah, dan beberapa orang pelakon lain. Penarek Becha bukan sahaja berjaya dari segi mutunya, malah mengaut keuntungan besar dengan pencapaian pecah panggung.

~~P. Ramlee memperlihatkan kehebatan beliau yang sukar ditandingi oleh pengarah lain, termasuklah pengarah dari India yang pernah memberikan tunjuk ajar kepada beliau. Kehebatan P. Ramlee dalam bidang pengarahan terselah melalui filem kedua beliau, Semerah Padi. Malah, ada pihak yang berpendapat bahawa Semerah Padi merupakan mahakarya P. Ramlee. Setelah mengarah filem yang bercorak drama barat, P. Ramlee membuat kejutan dengan filem yang bercorak komedi. Garapan filem komedi beliau seperti siri Bujan Lapok, Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, dan lain bukan sahaja lucu, malah pengisian ceritanya sangat menarik kerana sarat dengan nilai-nilai kemasyarakatan, sindiran, dan kritikan sosial.

~~Semasa bertugas di MFP, P. Ramlee banyak menempa kejayaan peribadi sama ada melalui bidang lakonan ataupun bidang pengarahan filem. P. Ramlee memenangi banyak anugerah di Festival Filem Asia. Misalnya, anugerah untuk penciptaan Lagu Terbaik melalui filem, Hang Tuah pada tahun 1956, Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem, Anakku Sazali pada tahun 1957, Fotografi Hitam Putih Terbaik melalui filem, Sumpah Orang Minyak pada tahun 1958, Filem Komedi Terbaik melalui filem, Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959, Filem Komedi Terbaik melalui filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1963, dan Filem Komedi Terbaik melalui filem, Madu Tiga pada tahun 1964. Setelah mengarah filem, Tiga Abdul pada tahun 1964, P. Ramlee berhenti dari MFP untuk berkhidmat di Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor. Filem pertama arahan P. Ramlee di studio itu ialah Si Tora Harimau Jadian yang diterbitkan pada tahun 1964.

~~Walau bagaimanapun, bintang P. Ramlee di Studio Merdeka tidak secemerlang di MFP. Sambutan terhadap filem-filem arahan merosot disebabkan oleh filem Melayu tidak mendapat tempat lagi di hati penonton tempatan yang bertukar selera kepada filem asing seperti filem Indonesia dan Hindustan.. P. Ramlee pernah terlibat dengan Jins Shamsudin dalam penubuhan PERFIMA tetapi akhirnya beliau menarik diri. Bersama-sama Datuk H. M. Shah, P. Ramlee menubuhkan pula Syarikat Rumpun Melayu. Malangnya, syarikat tersebut tidak sempat beroperasi kerana P. Ramlee lebih dahulu dijempu Ilahi.

~~Pada 29 Mei 1973, seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian P. Ramlee. Daripada rakyat biasa hinggalah kepada pemimpin negara, semuanya terkejut dengan berita sedih tersebut. P. Ramlee meninggal dunia di Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, Kuala Lumpur.

CERITA SEORANG P.RAMLEE (2)


PERKAHWINAN

~~P.Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama beliau bernama Junaidah Daeng Harris (1950) hanya bertahan selama 4 tahun. Junaidah menyintai P.Ramlee ketika beliau masih belum ternama.

~~Isteri kedua beliau pula merupakan salah seorang kerabat diraja negeri Perak iaitu Noorizan Mohd Noor (16 Februari 1955). Noorizan sanggup meninggalkan alam istananya demi orang yang dicintainya itu. Noorizan menyintai P.Ramlee ketika beliau sudah terkena sebagai seniman dan juga pembikin filem. Noorizan mengharapkan sesuatu yang lebih dalam perkahwinan mereka. Tetapi P.Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya keseniannya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak.

~~Isteri P.Ramlee yang ketiga ialah Salmah binti Ismail (Saloma). Mereka bergelar pasangan suami isteri pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya. Saloma mencintai P.Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan juga sebagai manusia biasa. Hal ini menyebabkan Saloma berjaya menjadi teman hidup sehati dan sejiwa P.Ramlee sehingga ke akhir hayatnya.

ANAK-ANAK

~~P. Ramlee hanya mempunyai dua orang anak kandung hasil perkahwinannya dengan Junaidah. Yang selebihnya hanyalah anak-anak angkat sahaja.

~~Antara anak-anak beliau:

Allahyarham Nasir P.Ramlee

> Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
> Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
> Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
> Abdul Rahman : Anak tiri (Anak Junaidah)
> Norma : Anak tiri (Noorizan)
> Armali : Anak tiri (Saloma dan A.R. Tompel)
> Betty : Anak angkat
> Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir tahun 1963)
> Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
> Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan cina)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

salah sebuah rumah P.Ramlee

~~Rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan Pustaka Peringatan P.Ramlee pada tahun 1986.

~~Beliau turut mendapat pernghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "Doktor".

~~Penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) turut diberikan kepada beliau oleh kerajaan Negeri Sarawak menerusi anak angkatnya, Dian P.Ramlee.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ANUGERAH LAIN

~~1945 > Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3"-P.Ramlee

~~1946 > Pertandingan Nyanyian keroncong Pulau Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
> Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat Kedua" -P.Ramlee

~~1947 > Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat Pertama" - P. Ramlee

~~1951 > Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee

~~1952 > Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P. Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum dan Tangis
"Filem Kegemaran"- Juwita

~~1953 > Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik"-Hujan Panas
"Pelakon Terbaik"-P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya"-Antara Senyum dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia"-Antara Senyum dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia"-P.Ramlee

> Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953"-P.Ramlee
"Filem Terbaik"-Hujan Panas
>Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik"-P.Ramlee

~~1956 >Festival Filem Asia ke-3 Hongkong
"Skor Muzik Terbaik"-P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik"-Zaiton bagi Hang Tuah

>Majalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik"-P.Ramlee
"Pengarah Terbaik"-P.Ramlee
"Penggubah Terbaik"-P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik"-P.Ramlee
"Filem Terbaik"-Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik"-Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik"- Phani Majumdar (Anakku Sazali)
"Pelakon Wanita Terbaik"-Saadiah Baharom (Semerah Padi)

> Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik"-Penarik Beca
"Pengarah Terbaik"-P.Ramlee
"Seniman Terbaik"-P.Ramlee
"Lagu Terbaik"-Inang Baru (Penarik Beca)

~~1957 > Festival Filem Antarabangsa Berlin
"Terpilih Untuk Tayangan"-Hang Tuah
>Festival Filem Asia Ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik"-P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik"-Tony Castillo (Anakku Sazali)

~~1958 > Festival Filem Asia Ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" -Abu Bakar ALi (Sumpah Orang Minyak)
>Majalah Kisah Bintang dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik"-P.Ramlee
"Filem Terbaik"-Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik"-Tudung Periuk (Sumpah Orang Minyak)

~~1959 > Festival Filem Asia Ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik"-Pendekar Bujang Lapok
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik"-Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas"-P.Ramlee
"Lagu Kegemaran"-Jangan Adik Angan-angan(Musang Berjanggut)

> Festival Filem Asia Ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik"-Nujum Pak Belalang

~~1962 > Filem Festival Asia Ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik"- Seniman Bujang Lapok

> Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tunku Syed Putra Jamalullail "Ahli Mangku Negara" - P.Ramlee A.M.N.

P.Ramlee A.M.N

~~1963 > Festival Filem Asia Ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik"-Abu Bakar Ali (Ibu Mertuaku)
"Bakat Paling Pelbagai"-P.Ramlee

~~1964 > Festival Filem Asia Ke-11 Taipei
"Filem Komedi Terbaik"-Madu Tiga

~~1965 > Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas"-Ibu Mertuaku

TENTANG MAHSURI


LATAR BELAKANG...

~~Nama sebenar beliau ialah Mahsuri binti Pandak Mayah. Beliau dilahirkan dipenghujung kurun ke-18 Masihi, di Kampung Ulu Melaka, Langkawi.

~~Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

KEHIDUPAN...

~~Semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) ketika Pandak Mayah berhijrah ke Langkawi.

~~Kelahiran Mahsuri dikatakan bahawa selepas ibunya Mak Andak (ada yang mengatakan bahawah nama ibunya sebagai Mak Andak Alang) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Mahsuri.

~~Mahsuri diasuh seperti gadis melayu lain dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat melayu.

~~Kecantikan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan terutama dalam kalangan kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempata iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

FITNAH

~~Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni Al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedam-Siam menjadi keruh.

~~Sepeninggalan Wan Derus ke luar Langkawi untuk berperang dengan Siam, Mahsuri ditinggalkan bersama dengan ibu dan bapanya di mana ketika itu Mahsuri sedang hamil.

~~Ketika itu Deramang seorang penyair kembara singgah di Langkawi. kebolehannya bersyair telah menambat hati penduduk Langkawai lalu ditawar oleh Pandak Mayah agar tinggal di rumahnya untuk mengajar syair dan dendang.

~~Hal ini telah menimbulkan perasaan cemburu di hati ibu mertuanya iaitu Wan Mahura.

~~Kelahiran Wan Hakim telah mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah dengan Deramang.Disebabkan itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya, Wan Yahya atas hasutan Wan Mahura. (Ada sumber yang mengatakan Deramang sempat melarikan diri)

~~Mahsuri dibawa ke Padang Mat Sirat, pusat langkawi ketika itu untuk dijatuhi hukuman bunuh.

~~Mahsuri diikat di sebatang pokok (ada yang mengatakan pokok tersebut adalah pokok asam) dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang menikam Mahsuri tidak menembusi badannya.

pokok tempat mahsuri di tikam (hanya dalam teater)

~~Kata-kata Mahsuri untuk tidak menghalalkan darahnya tumpah di bumi telah menjadi satu sumpahan apabila dia menyebut "Pulau Langkawi tidak akan tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan."

SUMPAHAN MAHSURI

~~Setelah Wan Derus pulang apabila Kedah gagal menewaskan Siam, dia telah mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa isterinya. Kecewa dengan berita tersebut, dia membawa Wan Hakim keluar dari Langkawi.

~~Sejurus tentera Siam menyerang Pulau tersebut, Langkawi hancur dan hangus.

~~datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama orang kuatnya Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Wan Mahura pula dirogol dan diseksa tentera Siam.

~~Anak mereka Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai peganti bapanya, Wan Yahya.

PENGAKHIRAN SUMPAH

~~Sebelum 1980an, Langkawi memang tidak makmur sehinggakan ada yang mengatakan bahawa kerbau lebih banyak dari manusia.

~~Menjelang tahun 1980, Langkawi menjadi lebih makmur disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau Wan Aisyah binti Wan Nawawi yang menetap di Pulau Phuket.

Wan Aisyah yang dikatakan keturunan ketujuh Mahsuri

.................................................................................................................

~~Kesungguhan Tunku Abdul Rahman yang dibantu seluruh pemimpin, masyarakat dan penduduk setempat menjejaki semua kubur lama sehingga ke seluruh pelosok pulau itu memakan masa berbulan-bulan lamanya.

~~Akhirnya sekitar tahun 1940an, Tunku menemui kubur misteri itu di sebuah tempat tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam dan dikenali Makam mahsuri yang terletaknya di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka kira-kira 12 kilometer dari Kuah.

.................................................................................................................

FAKTA:

~~Kejadian dikaitkan dengan sumpah keramat Mahsuri

~~Langkawi diserang hebat oleh tentera Siam

~~Jelapang padi kepunyaan penduduk dimusnahkan

~~Padi milik penduduk dikumpulkan di Kampung Raja, Padang Mat Sirat dan dibakar hingga hangus.

~~Penduduk Langkawi yang terselamat dijadikan tawanan dan dibawa ke Siam

~~Langkawi tidak membangun selama 7 keturunan.

MAKAM MAHSURI

~~Letaknya di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, Langkawi.

~~Jaraknya 12 km dari jeti Kuah

~~Dijumpai di bawah pohon cenderai yang rendang

~~Kawasan itu turut dikelilingi oleh pohon rumbia

~~Terdapat perigi di kawasan berhampiran

~~Dibina semula oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1940an.


CERITA SEORANG P.RAMLEE


CERITA SEORANG P. RAMLEE

LATAR BELAKANG

Ø Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidilfitri.

Ø Ayahnya seorang perantau dan ahli pelayaran dari Pekan Lhokesemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah Hussein, berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Malaya.

Ø P. Ramlee telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.

Ø Beliau mendapat gelaran Tan Sri pada tahun 1990 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dengan dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota.

LATAR PENDIDIKAN

Ø P. Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Jawa. Kemudian di Sekolah Francis Light sehingga darjah 5. seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya ke Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Ø Keadaan tersebut menyebabkan beliau memasuki sekolah tentera jepun.

Ø Apabila Perang Dunia Kedua tamat, P. Ramlee meneruskan semula pengajiannya di Penang Free School, sehingga darjah 7.

PENGALAMAN DALAM BIDANG SENI

Ø Bermula dengan bermain ukele, beliau beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School)

Ø Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan telah terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya.

Ø Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf “P” pada pangkal namanya.

Ø Filem pertama lakonan beliau adalah CHINTA dan memegang watak sebagai penjahat serta nyanyia latar.

Ø Kejayaannya telah berkembang dan telah berjaya berlakon dalam 27 buah filem antara tahun 1948-1955.

Ø Lagu pertama ciptaan P. Ramlee ialah AZIZAH yang ditulis pada 1945 dan ditujukan pada gadis pujaannya iaitu Azizah.

Ø Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya itu datang daripada Rajhans yang kemudiannya mengajak P. Ramlee ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP)

Ø P. Ramlee dapat mengarahkan filem pertamanya iaitu PENARIK BECA (1955) yang telah memasyhurkan namanya.

Ø Antara filem-filem box-office beliau:

o Anakku Sazali

o Semerah Padi

o Bujang Lapok

o Antara Dua Darjat

o Seniman Bujang Lapok

o Ibu Mertuaku

o Labu-Labi

o Madu Tiga

Ø Sepanjang berada di Singapura, beliau sempat mengarahkan 16 buah filem dan selepas kembali ke Kuala Lumpur pada 16 April 1964 beliau menghasilkan 18 buah filem bermula dengan SI TORA HARIMAU JADIAN sehingga yang terakhir iaitu LAKSAMANA DO RE MI (1972)

Ø Dalam penciptaan lagu, beliau seringkali menerima bantuan penulis lirik seperti S.Sudarmaji, Jamil Sulong, HM. Rohaizad dan Ainol Jamal.

Ø Ketika hayatnya, P. Ramlee mencipta kira-kira 1000 lagu.

Ø Dalam pemikiran terbuka, P. Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak muzik seperti rentak melayu tradisional, tempo waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, cina dan Hindustan.

Ø Andai lagu pertama beliau adalah AZIZAH, lagu terakhir beliau pula adalah HUJAN AIRMATA DI KUALA LUMPUR.

ANTARA DIALOG DALAM CERITA P. RAMLEE

Ø “Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku…” (Seniman Bujang Lapok-Aziz)

Ø Alkisaaahhh…Tayiiibbb…Alkisah maka tersebutlah kisaaahhh… Tayiiibbb… Sang kancil datang beramai-ramai menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaauuuunnn…. Mana Firauunn pakai sultan… entah…” (Pendekar Bujang Lapok –Ramli, Aziz dan Sudin)

Ø “1 untuk engkau, 1 untuk aku…2 untuk engkau, 2 untuk aku… 3 untuk engkau,3 untuk aku…lepas 3 apa? Hentam sajalah… hentam sajalah untuk engkau, hentam sajalah untuk aku… lepas hentam sajalah?... Bedallah… Bedallah untuk engkau..bedallah untuk aku… eh, dalam dunia mana ada huruf bedallah… eh dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk engkau, eh dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku…” (Nujum Pak Belalang- Badan dan Nyawa)

Ø “Alamaaakkk…nombor dua lagilah. Apa boleh buat, nombor dua lagilah. Mari kita lihat, siapa yang kena…” (Ali Baba Bujang Lapok-sarjan)

Link Download - credits to Jiwang.org

P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part1.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part2.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part3.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part4.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part5.rar.html
sumber: http://www.murai.com.my/ dan http://forum.cari.com.my/

PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (Ilmu dan Amal)


SOAL JAWAB

~~Soalan:

**Yang mana satukah ilmu fardhu ain yang dituntut ke atas kita?

~~Jawapan

**Ilmu fardhu ain ada tiga bahagian ilmu iaitu :

Ø ilmu usuluddin

Ø ilmu feqah

Ø ilmu tasawwuf

~~Soalan

**Sampai manakah had belajar ilmu usuluddin, ilmu feqah dan ilmu tasawwuf yang difardhukan ke atas kita?

~~Jawapan

**Ilmu Usuluddin wajib dipelajari sekadar mengetahui perkara yang wajib, mustahil dan yang harus kepada Tuhan kita. Begitu juga para Rasul sekadar mengesahkan keimanannya.

**Ilmu Feqah juga menjadi fardhu ain dan dituntut sekadar mengesahkan amalan seperti mengetahui segala syarat dan rukunnya dan yang membatalkannya.

**Ilmu Tasawwuf juga menjadi fardhu ain dan dituntut sekadar mengetahui yang membatalkan pahala dan amalan ibadat seperti riyak, sum’ah, ujub, takabbur dan lain-lain yang dicela oleh syarak

~~Soalan

**Apa kata kamu jika orang yang beramal itu tidak mengetahui ketiga-tiga ilmu tersebut?

~~Jawapan

**Sabda Nabi (saw) :

Ø “tidak sesekali diterima amal ibadahnya walaupun menunaikan haji di Mekah”

**Malah haram hukumnya menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ain. Sebagai contoh, seseorang yang qadha dalam sembahyang, padahal tidak uzur, maka haram hukumnya ia mendirikan sembahyang sunat sebelum menunaikan qadha dalam sembahyang tanpa uzur. Lebih-lebih lagi meninggalkan yang fardhu, hukumnya fasiq, sehingga kalau meninggalkan fardhu ain yang dituntut, tidak sah menjadi wali nikah dan menjadi saksi nikah kerana kefasikannya.

~~Soalan

** Dari mana asal amalan dan makrifat?

~~Jawapan

** Asal amalan dan makrifat daripada ilmu. Oleh itu wajib menuntut ilmu.

~~Soalan

**Daripada mana asalnya ilmu?

~~Jawapan

**Ilmu itu berasal daripada al-Quran. Ilmu yang tidak berpandukan al-Quran dan Hadis, tertolak sama sekali dan tidak boleh dipegangi.

~~Soalan

** Bagaimanakah yang dikatakan awal-awal agama?

~~Jawapan

**Awal-awal agama itu ialah sabda Nabi (saw):

Ø ertinya: “Awal-awal agama itu mengenal Allah”

~~Soalan

**Daripada manakah asal mengenal Allah?

~~Jawapan

**Mengenal Allah berasal daripada mengenal diri.

~~Soalan

**Yang manakah dinamakan agama?

~~Jawapan

**Yang dinamakan agama ialah, iman, islam, tauhid dan makrifat

~~Soalan

**Apakah erti iman, islam, tauhid dan makrifat?

~~Jawapan

**

Ø Iman ertinya percaya kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kemudian dan untung baik serta jahat daripada Allah

Ø Islam ertinya menjunjung perintah Allah dan meninggalkan segala yang ditegah oleh syarak

Ø Tauhid ertinya mengesakan zat, sifat dan afaal Allah.

Ø Makrifat ertinya membezakan antara yang bersifat baru dan bersifat Qadim.

(Sumber daripada buku Pembukaan Segala Rahsia

Oleh As-Syeikh Mohd Salleh bin Abdullah,

Mengkabau (Q.S))

Fitnah Wanita ke Atas Lelaki


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

  1. Ayahnya

~~Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

~~( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?… pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

  1. Suaminya

~~Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh dan tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

~~(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?

~~Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)


3. Abangnya

~~Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

~~(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

~~Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam.. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

~~(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

~~Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

(Sumber: daripada email yg dihantar seorang sahabat)

Serangan 11 September 2001

~~Serangan 11 September 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan al-Qaeda ke atasAmerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001.

~~Pada pagi hari itu, 19 pengganas al-Qaeda[1] telah merampas empat pesawat komersil[2]. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines danPenerbangan 11 American Airlines) terhempas ke dalam bangunan World Trade Center dibandaraya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping daripada mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Perampas-perampas al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke dalam bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington, D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih kembali pesawat mereka daripada pengganas[3]. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat daripada keempat-empat pesawat ini.



~~Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2973 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu.[4] Majoriti mangsa merupakan orang awam, termasuk rakyat asing dari 70 negara.[5] Selain itu, sekurang-kurangny satu kematian akibat penyakit paru-paru disebut seorang pemeriksa perubatan sebagai akibat pendedahan kepada debu runtuhan World Trade Center.[6]

~~Amerika Syarikat bertindak balas terhadap serangan ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan. Ia menyerang Afghanistan untuk menggulingkan Taliban, yang memberikan perlindungan kepada al-Qaeda. Ia turut mengambil kesempatan itu menyerangIraq. A.S. juga menggubal Akta Patriot. Banyak negara lain turut berbuat sama dan memperkuat undang-undang anti-keganasan mereka.


Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com