BANDUAN AKHIR (Banduan Akhir)


~~Bagi banduan akhir, iaitu banduan yang dijatuhkan hukuman mati, mereka juga berpeluang mendalami ilmu agama melalui kelas yang diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Bagaimanapun, banduan-banduan ini belajar secara bergilir-gilir dalam kumpulan yang tidak melebihi lima orang. Banduan akhir juga boleh memohon kepada pegawai blok mereka untuk mengikuti kelas secara persendirian.

~~Banduan akhir boleh membuat apa-apa permintaan. Katakan banduan A tidak tahu membaca Al-Quran, dia boleh meminta izin pegawai mendapatkan seorang ustaz untuk mengajarnya seorang sahaja. Ramai yang membuat permintaan demikian.

~~Contohnya di Penjara Kajang terdapat seorang banduan akhir yang sememangnya tidak tahu apa-apa termasuk mengucap. Namun, dia ada keinsafan untuk belajar dan membaiki kesilapan lampau.

~~Selepas beberapa bulan, banduan tersebut sudah boleh membaca ayat Qursi dan ayat-ayat lain. Banduan akhir dapat perhatian lebih. Mereka tidak ada perasaan malu dan lebih mudah menerima tunjuk ajar.

(sumber dipetik daripada buku: Banduan Akhir
oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com