BANDUAN AKHIR ( Detik Akhir Seorang Pejuang 1)

~~25 Disember 2006 menyaksikan perjalanan hari-hari terakhir Saddam apabila panel hakim menyokong hukuman mati dikenakan ke atasnya. Keahlian panel yang terdiri daripada hakim-hakim negara itu mengarahkan agar hukuman gantung sampai mati dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.

~~Keputusan sebulat suara ini sekaligus menyaksikan penafian atau penolakan rayuan Saddam terhadap hukuman mati yang telah dijatuhkan sebelum ini. Hakim Arif Shahreen yang tertekan dengan desakan al-Sayit membuat kenyataan bahawa hukuman boleh dijalankan pada bila-bila masa.


~~Pemerintahan Saddam Hussain selama 24 tahun sebagai Presiden Iraq telah mencetus pelbagai kontroversi di dalam negara dan di seluruh dunia. Beliau ditangkap pada 13 Disember 2003. Sementara dua anaknya, Uday dan Qussay telah mati di tangan penceroboh dalam serangan dua tahun lalu.

~~Saddam pula yang masih menganggap dirinya sebagai Presiden Iraq dan tidak mengiktiraf kerajaan yang sedia ada. Beliau masih lantang mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman Iraq. Malah beliau sanggup menjadi korban atas prinsip yang dipegangnya. Beliau menyeru agar rakyat Iraq bersatu untuk menentang musuh-musuh mereka.

~~Walaupun Saddam Hussein telah tumbang, namun Amerika Syarikat yang menceroboh Iraq pada 20 Mac 2003 masih gagal mengekang keganasan di Iraq. Malah, keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku letupan bom dan kematian hampir setiap hari. Kata-kata keramat Saddam Hussein, "Saya sanggup mengorbankan diri demi Iraq. Saya berharap Tuhan akan menjadikannya syahid."

~~Apabila Hakim Mahkamah Jenayah Tinggi Iraq, Abdul Razzak Shahreen menandatangani surat penghakiman rasmi, maka ia telah menjadi petanda jelas bahawa tarikh pelaksanaan hukuman semakin hampir. Khabar angin bertiup kencang di sana sini menggambarkan Saddam tiada pilihan lain. Ini diperkukuhkan lagi dengan arahan tentera AS agar barang-barang peribadi milik Saddam dikumpul dan diasingkan.

~~Kenyataan Perdana Menteri Iraq di kaca televisyen bahawa tiada siapa boleh menghalang hukuman mati ke atas Saddam telah menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat Iraq terutama sekali penyokong kuat Saddam

bersambung...

(sumber dipetik daripada: Banduan Akhir
oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com