BANDUAN AKHIR ( Detik Akhir Seorang Pejuang 3)

Kronologi kes Perbicaraan

Saddam 2005:

17 Jun

~~kes jenayah pertama difailkan terhadap Saddam dan tujuh defendan bersama atas dakwaan pembunuhan kira-kira 150 orang penduduk Syiah selepas insiden cubaan membunuh ke atas pemimpin Iraq tersebut di Dujail pada tahun 1982

19 Okt

~~Perbicaraan bermula dengan Saddam mempersoalkan kesahihan mahkamah.

20 Okt

~~Peguam bela Saddam, Saadoun al-Janabi diculik di pejabatnya oleh sekumpulan lelaki bertopeng. Mayatnya dijumpai keeseokan harinya dengan kesan tembakan di kepala.

8 Nov

~~Seorang lagi peguam bela Saddam, Adel al-Zubeidi terbunuh dalam satu serangan hendap yang turut mencederakan rakan sepasukannya, Thamir al-Khuzaie. Thamir kemudian melarikan diri ke luar Negara

28 Nov

~~Perbicaraan diteruskan setelah tertangguh selama lima minggu dan Saddam menggelar Amerika Syarikat sebagai ‘penjajah dan penceroboh’. Beliau dan dua lagi defendan mengadu mengenai layanan yang diterima ketika berada di dalam tahanan.

04 Dis

~~Salah seorang daripada lima orang hakim meletakkan jawatan selepas mendapati salah seorang defendan bersama Saddam terlibat dalam pembunuhan saudara lelakinya.

05 Dis

~~Pasukan peguambela meninggalkan kamar mahkamah selepas dinafikan hak untuk mencabar kesahihan mahkamah. Ketua hakim kemudiannya menarik balik peraturan tersebut dan membenarkan bekas Peguam Negara AS, Ramsey Clark yang juga salah seorang pasukan peguambela Saddam untuk memulakan hujah.

07 Dis

~~Saddam enggan hadir ke mahkamah sehari selepas menjerit “Saya tidak akan hadir ke sebuah mahkamah yang tidak adil. Celaka!”

21 Dis

~~Saddam mendakwa tentera AS telah menyiksa dan memukul beliau dan defendan lain dan berdoa secara terang-terangan di mahkamah walaupun hakim mengarahkan perbicaraan diteruskan

Tahun 2006

15 Jan

~~Ketua hakim dari puak Kurdis, Rizgar Amin meletak jawatan setelah rungutan ahli politik Syiah berhubung kegagalannya untuk mengawal prosiding mahkamah.

23 Jan

~~Pegawai mahkamah bernama Raouf Abdul Rahman, juga dari Kurdis menggantikan Rizgar.

21 Jun

~~Seorang lagi peguambela Saddam, Khamis al-Obeidi diculik dan dibunuh.

07 Jul

~~Saddam dan tiga lagi defendan melancarkan mogok lapar bagi memprotes kawalan keselamatan bagi peguambelanya dan perbicaraan yang lemah.

23 Jul

~~Saddam dimasukkan ke hospital pada hari ke 17 mogok lapar sehingga terpaksa makan melalui tiub.

27 Jul

~~perbicaraan Dujail ditangguhkan.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com