BANDUAN AKHIR (Jalan Berliku Seorang Pejuang Tersohor))


~~Saddam Hussien dilahirkan di Al-Auya, iaitu sebuah perkampungan di Iraq pada 28 April 1937 dalam sebuah keluarga yang sangat miskin. Saddam berusia lapan tahun ketika kebangkitan Parti Baath yang dipimpin oleh Mikhel Aflaq di Damaskus.

~~Beliau tidak mempunyai pendidikan formal kerana keluarganya berharap agar Saddam boleh menjadi petani sama seperti mereka. Namun pakciknya, Adnan Khairullah mempunyai harapan yang berbeza tentang masa depan Saddam.

Saddam ketika berkuasa sebagai Presiden

~~Demi masa depan dan minat untuk berjaya dalam pelajaran, maka Saddam telah mengikut pakciknya ke Tirkit secara senyap-senyap. Saudara-mara Saddam memberi sokongan kuat atas tindakannya itu. Beliau dibekalkan sepucuk pistol dan kenderaan untuk keselamatan dan pengangkutan ketika berpindah ke Tirkit.

~~Selepas tamat tahun pertama, Saddam telah berpindah bersama pakciknya ke Baghdad. beliau sangat disayangi oleh pakciknya dan memeliharanya dari kecil kerana ayah Saddam telah meninggal dunia sebelum kelahirannya lagi.

~~Pada usia 20 tahun, (tahun 1957) Saddam telah menganggotai Parti Baath kerana jiwa nasionalisme yang dimilikinya bersesuaian dengan ideologi parti tersebut. Beliau menganggap dirinya seorang nasionalis setelah ibunya menceritakan tentang perjuangan pakciknya (Talfah) yang bertempur dengan British pada bulan Mei 1941.

~~Semarak jiwa pejuang semakin tinggi terutama sekali apabila ramai saudara-maranya terbunuh dan rumah-rumah mereka dibakar oleh British. Pada Perang Dunia Pertama, datuk-datuk beliau telah berperang menentang Turki dengan penuh semangat juang yang tinggi.

~~Bergerak dari situlah timbulnya rasa benci terhadap penjajah dan pemerintah yang mengikut telunjuk penjajah. Beliau berpendapat bahawa dengan menyertai politik, beliau boleh berjuang membebaskan Iraq. Pada tahun 1958, ketika berlakunya revolusi, seorang pegawai pemerintah telah terbunuh dan Saddam dipenjara kerana dituduh terlibat dalam merancang pembunuhan tersebut.

~~Pada ketika itu, Mahkamah Mahdawi yang dipimpin oleh Abdul Karim telah menanam rasa takut dalam kalangan rakyat di mana hampir setiap yang bersalah akan dijatuhi hukuman mati.

~~Saddam pula cuba meraih simpati pengawal penjara agar memihak kepadanya dan menyelamatkan dunia-dunia penjajah di luar agar dimasukkan ke dalam penjara kerana hanya dengan cara tersebut mereka boleh diselamatkan. Ketika di dalam penjara, Saddam berjaya meraih sokongan lalu menyeludup keluar penjara untuk melakukan gerakan-gerakan dan aktiviti menyebarkan pengaruh.

~~Saddam dibebaskan akibat tekanan yang diterima daripada pemerintah dan masyarakat umum. Seterusya, Saddam telah dipanggil ke Baghdad atas permintaan Parti Baath. Beliau ditanya sama ada sanggup membunuh Abdul Karim Kassim atau tidak. Beliau menerima tugasan tersebut dengan rasa bangga dan penghargaan baginya.

~~Dalam tempoh yang singkat, Saddam berlatih menggunakan senjata automatik dan membuat tinjauan untuk menembak Abdul Karim, iaitu ketika beliau melintas Jalan Rashid menuju ke markas tertinggi Menteri Pertahanan. Beliau menyewa sebuah bilik untuk menjalankan segala perancangannya.

~~Setelah tertunda beberapa kerana anggota yang ditugaskan mengawasi pergerakan Abdul Karim terlambat menyampaikan maklumat, maka tibalahnketikanya operasi dijalankan dengan hanya lima orang yang terlibat dalam tugas membunuh ini. Saddam hanya ditugaskan untuk memberi perlindungan kepada empat orang rakannya.

~~Dua orang ditugaskan menembak dari bahagian hadapan manakala dua lagi dari bahagian belakang. Namun, Saddam menjadi agresif lalu melepaskan tembakan bertalu-talu ke kenderaan Abdul Karim. seorang rakannya terkena tembakan polis di dada dan Saddam terkena tembakan di kaki.

~~Mereka berjaya melarikan diri dan bersembunyi di tempat persembunyian parti mereka. Luka tembusan peluru semakin parah di kaki Saddam. Dengan bantuan rakan, peluru dapat dicungkil dengan pisau tapi sakitnya Tuhan saja yang tahu. Apabila hari malam, mereka bergerak secara praktikal ke rumah pakciknya.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com