BANDUAN AKHIR (Jalan Berliku Seorang Pejuang Tersohor 2)

(sambungan dari BANDUAN AKHIR (jalan berliku seorang pejuang tersohor)

~~Soalan pertama pakciknya yang menyaksikan pembunuhan tersebut ialah, "Adakah Abdul Karim terbunuh?" Panik dengan soalan tersebut, Saddam terpaksa berpura-pura sakit tekak dan tidak boleh berbicara. Beliau segera membakar gambar-gambar peribadi di rumah pakciknya dan melarikan diri. Tidak lama selepas itu, pihak polis telah menyerbu rumah pakciknya.

~~Setelah bermalam di rumah rakannya, Saddam menyamar dengan memakai jubah panjang dan bertudung kepala pakaian arab, sepasang sepatu buruk dan sebilah pisau sambil berlagak sebagai orang kampung. Setelah gagal menyewa kereta (mengesyaki pemandu sebagai pemberi maklumat), beliau menggagahkan diri (menahan sakit) dan membeli kuda dengan harga 10 Dinar.

~~Kuda tersebut ditunggang sehingga ke Sungai Tigris. Apabila tiba di Tigris, beliau membelikan kudanya sedikit rumput dan kurma serta roti untuk mengalas perutnya sendiri. Setelah bertahan dengan air, roti, dan kurma, Saddam akhirnya tiba di Samarra. Beliau hanya selamat bergerak di siang hari.

~~nasib beliau baik kerana sebuah rumah yang sedang meraikan majlis pertunangan menjemput dan menjamu beliau dengan makanan yang lazat. Pada malam itu, dapatlah beliau tidur lena di rumah tersebut setelah berhari-hari bermalam di padang pasir.

~~Esoknya, perjalanan beliau dihalang oleh dua buah kereta dan diacukan senjata automatik sambil diarahkan berhenti. Segera Saddam mencari helah dan bertanya dengan pantas mengapa beliau ditahan. Mereka menjawab dengan kasar bahawa mereka adalaha pegawai kastam yang sedang memasang perangkap. Saddam dipukul dan diberi amaran agar menyimpan rahsia lalu dibebeaskan.

~~Perjalanan Saddam seterusnya adalah ke sebuah bandar yang pernah dikunjunginya empat tahun lalu. beliau berenang bersama kudanya dan menyembunyikan jubahnyabagi mengelakkan daripada disyaki oleh Kaum Badmin di sana. sejuk sungai menggigit tulang-temulangnya, namun Saddam tetap menyeberang dengan menggigit pisau sambil menarik kudanya.

~~Setelah sampai di seberang sungai, beliau yang amat keletihan telah mengetuk sebuah rumah. Wanita yang membuka pintu tersebut menjerit, "Pencuri!!" beberapa kali. Seorang lelaki keluar dari rumah sebelah lalu cuba memukul Saddam. Dalam keadaan yang kritikal itu, sekali lagi Saddam mencari akal dengan bertanya, "Adakah saya kelihatan seperti pencuri?" beberapa ketika meyakinkan mereka, akhirnya Saddam dibenarkan bermalam dan mengeringkan pakaian basah di unggun api yang disediakan.

~~Keesokan harinya, Saddam dihalang meninggalkan tempat tersebut sebelum menerangkan mengapa beliau menyeberang sungai. Oleh kerana terdesak dengan situasi tersebut, maka segera Saddam berkata, "Andai kata saya diburu sehingga ke sini dan dibunuh di hadapan kamu dan kaum saya mengetahui perkara tersebut..." Mereka yakin dengan kata-kata Saddam dan mendoakan beliau selamat untuk perjalanan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com