BANDUAN AKHIR (Jalan Berliku Seorang Pejuang Tersohor 3)

~~Saddam berasa lega dan segera bergerak ke Perkampungan Oweinat di mana saudara lelakinya, Adham bekerja sebagai pengawal sekolah. Ketibaan Saddam disambut dengan linangan air mata oleh saudaranya. Setelah itu, Saddam dibawa bertemu teman-teman dan keluarganya di Ouja.

~~Perjalanan seterusnya adalah dari Ouja ke lokasi rahsia Parti Baath. Beliau diarahkan bergerak bersama anggota Baath dengan jip bersambung dengan keldai. Perjalanan penuh rahsia dan dramatik itu dilakukan pada waktu malam dan bersembunyi pada waktu siang.

~~Perjalanan itu amat memeritkan kerana mereka juga terpaksa minum air yang dicemari oleh najis binatang serta mengering air yang berpasir serta berulat. Apabila tiba di sempadan Syria, mereka berehat di gua dan menikmati takungan air bersih. Akhirnya mereka tiba di Damaskus, Syria dan berlindung di sana selama 6 bulan.

~~Pada 21 Februari 1960, Saddam bergerak meninggalkan Kota Damaskus dan membuka lebaran baru di Kaherah. Parti Baath diperkukuhkan di situ dalam penuh kesukaran. Beliau sering diganggu dan digeledah sehingga satu hari beliau membuat pengaduan kepada pegawai tertinggi di pejabat presiden. Aduan tersebut telah menyelamatkan mereka dari gangguan serta penghinaan. Saddam pula dilantik memegang pelbagai jawatan di Mesir.

~~Saddam Hussein kembali ke Iraq setelah Abdul Karim Hussain digulingkan pada tahun 1963. Beliau terpaksa bekerja keras membentuk sebuah Parti Baath yang kuat. Beliau juga pernah dipenjara kerana disyaki cuba merampas kuasa.

~~Setelah keluar penjara, Saddam membeli senjata, kenderaan, dan rumah untuk markas operasi partinya setelah merancang rampasan kuasa. Bom dari letupan ikan dicipta untuk menyerang istana. orang di dalam istana bakal membantu operasi rampasan kuasa tidak dapat membantu kerana dipindahkan. Rancangan rampasan kuasa dapat dihidu dan Saddam ditangkap sekali lagi.


~~Namun Saddam dapat mengukuhkan pengaruhnya melalui pengawal-pengawal penjara yang bersekongkol dengan beliau. Rancangan Saddam untuk melarikan diri dari penjara dapat dikesan. Beliau dan kumpulannya dipindahkan ke penjara lain serta menjalani sesi peras otak.

~~Beliau diberi kebenaran untuk dilawati oleh anaknya, Adi yang berusia enam bulan. Kesempatan tersebut beliau ambil dengan menyelitkan surat untuk Ahmad Hassan Bakar (agen Saddam) di celah-celah pakaian anaknya ketika memeluk bayi tersebut.

~~Saddam berjaya meracuni fikiran pengawal penjara dengan menyatakan bahawa mereka sama-sama menjadi mangsa penganiayaan. Maklumat yang diterima rakan-rakan bahawa telah tiba masanya untuk merampas kuasa. Beliau meminta izin untuk memasuki sebuah kedai makan di Jalan Abu NAwas.

~~Ketika dalam perjalanan pulang dari mahkamah, Saddam juga meyakinkan mereka dengan mencadangkan agar dua pengawal mengikut sama untuk mengawasi beliau. Setelah mendapat kelulusan, beliau memasuki pintu hadapan kedai tersebut. Saddam terus menuju ke pintu belakang dan menaiki kenderaan rakannya yang sedia menunggu lalu menghilangkan diri.

~~Pada 17 Julai 1968 Saddam bersama rakan-rakannya yang berpakaian tentera telah menyerang istana dengan kereta kebal. Saddam pula memegang senjata-senjata penting. Rampasan kuasa tersebut telah berjaya dilakukan tanpa banyak tentangan. Beliau kemudian memegang jawatan Perdana menteri Iraq.

~~Perletakan jawatan Presiden oleh Hassan Bakar yang sering sakit telah memberi laluan kepada Saddam untuk mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Presiden iraq. Sehari selepas itu, iaitu pada 17 Julai 1979 Saddam telah memberi taklimat pertama sebagai Presiden. Beliau juga memberi gelaran kepada Hassan Bakar sebagai "Bapa dan Pejuang Agung".

~~Pada sambutan Hari Revolusi yang kesebelas, Saddam Hussein telah membuat penyiasatan terhadap komplot yang cuba menggulingkan pemerintah. Pembelot tersebut telah mendapat bantuan kewangan dari Syria sejak tahun 1975. Seramai 22 orang telah dijatuhi hukuman mati, 33 dihukum penjara dari 1 hingga 13 tahun serta 13 orang telah dibebaskan.


(sumber dipetik daripada: banduan akhir
oleh, Mohammad Qayyum A. Badaruddin)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com