BANDUAN AKHIR (Jalan Berliku Seorang Pejuang Tersohor 5)

~~ Pada tahun 1984, Saddam Hussein telah membuat persiapan rapi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM). Pemilihannya sebagai pengerusi NAM adalah pencapaian tertinggi beliau bukan sahaja kerana beliau seorang ketua Negara Arab yang sedang pesat membangun dan berkuasa, malah inspirasi beliau untuk bergiat aktif dalam politik dunia.

~~ pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang dibina bagi menyambut deligasi itu. Lapangan terbang baru, Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam dan pembinaan lebuhraya bawah tanah menuju ke tempat persidangan merupakan satu mercu tanda yang disiapkan bagi menghadapi persidangan tersebut.

~~Pembinaan bangunan-bangunan hebat di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Saddam ke Hotel Rashead (sempena nama khalifah Abasyiah, Harun Al-Rasyid) mencerminkan ideology Beathis iaitu gabungan Nasionalisma, Arabisma, Modenisma, Militarisma, Sosialisma dan Megalomania. Saddam sebagai seorang dictator yang berwawasan jauh dan bercita-cita tinggi untuk mengembalikan kegemilangan kuasa politik Negara Arab di zaman moden melalui pendekatan ketenteraan.

~~beliau ingin mewarisi wawasan Presiden sebelumnya, iaitu menggabungkan semua bangsa arab dan menjadi kuasa besar. Impian ini tidak mustahil kerana kuasa minyak yang mereka miliki mampu menjana ekonomi dan menguasai dunia. Namun, syarat utama adalah mereka mesti mampu bercakap dalam bahasa, visi dan perjuangan yang sama serta menjadikan matlamat dan gerak kerja ke arah itu sebagai suatu yang konsisten.

~~**Saddam melihat tiga musuh utama bangsa Arab iaitu Israel yang telah merampas Wilayah Palestin. kedua, Parsi yang menjadi musuh tradisi bangsa Arab dan ketiga ialah Puak Kurdis yang cuba melemahkan dunia Arab dengan memohon pemisahan daripada Iraq.

Saddam international airport

(sumber dipetik daripada buku Banduan Akhir

oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com