BANDUAN AKHIR (Jalan Berliku Seorang Pejuang Tersohor 4)

~~Saddam Hussein ialah nama yang sama sekali tidak dikenali oleh rakyat biasa. Namun nama tersebut yang bermaksud "Pahlawan Yang Tabah" cukup taat pada agama dan beliau bercita-cita untuk mencetak dan mengedar al-Quran serta membina beberapa buah masjid di Afrika, Asia dan Amerika Latin. Beliau juga banyak bergerak dan meninjau kehidupan penduduk awam bagi melihat sendiri penderitaan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

antara masjid-masjid Saddam Hussein




~~Beliau juga amat menghormati orang yang mempunyai jawatan. Tidak pernah beliau menyebut nama orang itu dengan melupakan pangkat atau jawatan mereka. Beliau juga sering menyatakan "Orang yang dekat denganku akan menjadi jauh." Itulah gambaran yang diberikan kepada orang yang sengaja melakukan kesalahan.

~~Saddam juga bijak menyesuaikan diri dengan angkatan tentera walaupun beliau tidak mempunyai asas ketenteraan sehingga beliau disenangi oleh semua peringkat tentera. Dari segi strategi peperangan, pandangan daripada pakar serta pegawai kanan tentera sentiasa diutamakan.

~~Tindakan Saddam membuat lawatan mengejut di sebuah desa yang bernama Mosul, di mana terdapat 30 buah keluarga yang beragama Kristian amat mengahrukan mereka. Pendaratan helikopter Saddam pada 18 April 1980 di kampung tersebut untuk bertanya khabar dan mengambil tahu tentang masalah mereka mengikis persepsi buruk terhadap Islam. Dua orang paderi telah dihantar ke luar negara untuk menerima rawatan mata.

~~Begitu juga kunjungan mengejut yang dibuat oleh Saddam ke atas pengembala kambing, bersarapan bersama orang kampung di rumah mereka. Malah suatu hari beliau telah menumpangkan seorang budak yang seusia anaknya bernama Qussei untuk pergi ke sekolah.

~~"Saya akan melawat sekolah anda bersama," ujar Saddam.

~~Budak tersebut sangat gembira kerana guru-guru dan rakan-rakan menyaksikan sendiri kehadirannya bersama Presiden Iraq. Begitulah juga ketika Saddam menyarungkan baju tradisional lalu menyamar dan melawat pasar yang menjual sayur dengan harga yang tinggi. Apabila beliau membuka pakaian luar dan menunjukkan dirinya yang sebenar, penduduk kampung ketakutan lalu memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Namun Saddam juga berjanji tidak akan mengapa-apakan mereka.

~~Kumpulan remaja lelaki dan wanita juga dijemput untuk menerangkan dan membincangkan tentang kemerdekaan dan revolusi. Saddam Hussein mempunyai cara tersendiri untuk mengawal dan mentadbir kerajaannya. pada peringkat awal, semua jawatan penting kerajaan dipegang olehnya. Namun, rata-rata rakyat Iraq melihat beliau sebagai pemimpin yang memegang dua watak, iaitu sebagai individu yang bersikap sederhana kepada orang awam tetapi merupakan pemimpin yang bersikap tegas dan berkarisma.

(sumber dipetik daripada buku Banduan Akhir
oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin)

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com