BANDUAN AKHIR (Tenang Ketika Digantung)


~~Sehingga ke detik terakhir pergantungan, Saddam tidak menunjukkan sebarang reaksi sama ada gementar atau bimbang terhadap hukuman mati yang dijalankan. Lazimnya banduan akhir yang akan dijatuhi hukuman gantung terpaksa dipapah sehingga ke tali gantung. Mereka tidak bermaya dan berada dalam ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi kematian.

~~Terbayang di depan mata, Malaikat Maut yang cukup bengins bakal meragut nyawanya dari tubuh longlai. Apa lagi bayangan maut yang disusuli dengan soal jawab di alam kubur. Ke mana arah selepas itu? Syurga atau neraka? Segala persoalan bermain di benak fikiran. Semakin hampir detik itu, maka semakin gementarlah mereka.

~~Namun tidak bagi Saddam Hussein. Dengan berpakaian lagak pemimpin agung, beliau meniti satu-persatu anak tangga tanpa ragu-ragu. Renungan mata beliau cukup tajam terhadap Algojo (pelaksana hukuman gantung). Beliau mengamati setiap arahan dan taklimat yang diberii oleh mereka. Algojo yang bertopeng (Balaklawar) ini kelihatan lebih gementar daripada Saddam Hussein. Mereka sebolehnya ingin mengelak daripada rakaman lensa kamera.


~~Mana tidaknya, jika wajah mereka dikenal pasti oleh penyokong Saddam, maka pasti keselamatan mereka tidak akan terjamin. Kemungkinan mereka akan menjadi mangsa balas dendam penyokong Saddam adalah tinggi. Hukuman dijalankan di hadapan 15 orang saksi yang terdiri daripada beberapa orang menteri, mangsa kekejaman Saddam serta perwakilan dari Mahkamah Khas dan Kementerian Kehakiman.

~~Saddam Hussein merenung tajam ke arah saksi walaupun dikritik hebat dengan perkataan mutaqa berulang kali, Saddam tetap berada dalam keadaan tenang. Beliau tidak mahu kepalanya ditutup dan permintaan tersebut terpaksa dipenuhi.

~~Hukuman yang dijalankan pada jam 6.10 pagi waktu tempatan (11.10 pagi waktu malaysia) telah menamatkan riwayat Saddam Hussain pada usia beliau 69 tahun.

jenazah

~~Hanya Allah Ta'ala Yang Maha Tahu, lewat jalan mana seseorang akan meninggalkan tempat yang fana ini (mati). Dan kepadaNYA jua kita berdoa agar diberikan jalan yang mudah untuk menemuiNYA...Amin"

~~Kematian Saddam juga tidak pernah terlepas daripada senario Allah. Allah SWT memberi kesempatan emas kepada Saddam untuk mengetahui bila dia akan mengakhiri hidupnya di dunia. Alhamdulillah, Saddam mampu meninggalkan dunia dengan tenang dan mengucap syahadah. ALLAHUAKBAR!!

perkuburan pahlawan

semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh allahyarham
dan ditempatkan di sisiNYA.

(sumber:Banduan Akhir oleh:
Mohammad Qayyum A. Badaruddin)

1 comment:

  1. hanya saddam dapat mentadbir negaranya.lihat iraq sekarang.tak pernah bersatu.dah tak kuat.cara pentadbiran saddam yang mampu menundukkan rakyatnya.salah satu negara islam yang kuat telah lenyap.di lenyapkan oleh tentera dajjal.negara kita bila lagi?nampaknya sudah hampir2 kepada kebinasaan.dalam senyap,dalam kita kelalaian,dalam kita mengelamun.....bangun...bangun....harimau bangun!bangun!

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com