CERITA SEORANG P.RAMLEE


CERITA SEORANG P. RAMLEE

LATAR BELAKANG

Ø Nama sebenar beliau ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidilfitri.

Ø Ayahnya seorang perantau dan ahli pelayaran dari Pekan Lhokesemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah Hussein, berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Malaya.

Ø P. Ramlee telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.

Ø Beliau mendapat gelaran Tan Sri pada tahun 1990 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dengan dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota.

LATAR PENDIDIKAN

Ø P. Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Jawa. Kemudian di Sekolah Francis Light sehingga darjah 5. seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya ke Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Ø Keadaan tersebut menyebabkan beliau memasuki sekolah tentera jepun.

Ø Apabila Perang Dunia Kedua tamat, P. Ramlee meneruskan semula pengajiannya di Penang Free School, sehingga darjah 7.

PENGALAMAN DALAM BIDANG SENI

Ø Bermula dengan bermain ukele, beliau beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School)

Ø Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan telah terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya.

Ø Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf “P” pada pangkal namanya.

Ø Filem pertama lakonan beliau adalah CHINTA dan memegang watak sebagai penjahat serta nyanyia latar.

Ø Kejayaannya telah berkembang dan telah berjaya berlakon dalam 27 buah filem antara tahun 1948-1955.

Ø Lagu pertama ciptaan P. Ramlee ialah AZIZAH yang ditulis pada 1945 dan ditujukan pada gadis pujaannya iaitu Azizah.

Ø Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya itu datang daripada Rajhans yang kemudiannya mengajak P. Ramlee ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP)

Ø P. Ramlee dapat mengarahkan filem pertamanya iaitu PENARIK BECA (1955) yang telah memasyhurkan namanya.

Ø Antara filem-filem box-office beliau:

o Anakku Sazali

o Semerah Padi

o Bujang Lapok

o Antara Dua Darjat

o Seniman Bujang Lapok

o Ibu Mertuaku

o Labu-Labi

o Madu Tiga

Ø Sepanjang berada di Singapura, beliau sempat mengarahkan 16 buah filem dan selepas kembali ke Kuala Lumpur pada 16 April 1964 beliau menghasilkan 18 buah filem bermula dengan SI TORA HARIMAU JADIAN sehingga yang terakhir iaitu LAKSAMANA DO RE MI (1972)

Ø Dalam penciptaan lagu, beliau seringkali menerima bantuan penulis lirik seperti S.Sudarmaji, Jamil Sulong, HM. Rohaizad dan Ainol Jamal.

Ø Ketika hayatnya, P. Ramlee mencipta kira-kira 1000 lagu.

Ø Dalam pemikiran terbuka, P. Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak muzik seperti rentak melayu tradisional, tempo waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, cina dan Hindustan.

Ø Andai lagu pertama beliau adalah AZIZAH, lagu terakhir beliau pula adalah HUJAN AIRMATA DI KUALA LUMPUR.

ANTARA DIALOG DALAM CERITA P. RAMLEE

Ø “Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku…” (Seniman Bujang Lapok-Aziz)

Ø Alkisaaahhh…Tayiiibbb…Alkisah maka tersebutlah kisaaahhh… Tayiiibbb… Sang kancil datang beramai-ramai menghadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaauuuunnn…. Mana Firauunn pakai sultan… entah…” (Pendekar Bujang Lapok –Ramli, Aziz dan Sudin)

Ø “1 untuk engkau, 1 untuk aku…2 untuk engkau, 2 untuk aku… 3 untuk engkau,3 untuk aku…lepas 3 apa? Hentam sajalah… hentam sajalah untuk engkau, hentam sajalah untuk aku… lepas hentam sajalah?... Bedallah… Bedallah untuk engkau..bedallah untuk aku… eh, dalam dunia mana ada huruf bedallah… eh dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk engkau, eh dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku…” (Nujum Pak Belalang- Badan dan Nyawa)

Ø “Alamaaakkk…nombor dua lagilah. Apa boleh buat, nombor dua lagilah. Mari kita lihat, siapa yang kena…” (Ali Baba Bujang Lapok-sarjan)

Link Download - credits to Jiwang.org

P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part1.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part2.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part3.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part4.rar.html
P_Ramlee_-_BiographycrimsonXJWG.part5.rar.html
sumber: http://www.murai.com.my/ dan http://forum.cari.com.my/

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com