PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (Ilmu dan Amal)


SOAL JAWAB

~~Soalan:

**Yang mana satukah ilmu fardhu ain yang dituntut ke atas kita?

~~Jawapan

**Ilmu fardhu ain ada tiga bahagian ilmu iaitu :

Ø ilmu usuluddin

Ø ilmu feqah

Ø ilmu tasawwuf

~~Soalan

**Sampai manakah had belajar ilmu usuluddin, ilmu feqah dan ilmu tasawwuf yang difardhukan ke atas kita?

~~Jawapan

**Ilmu Usuluddin wajib dipelajari sekadar mengetahui perkara yang wajib, mustahil dan yang harus kepada Tuhan kita. Begitu juga para Rasul sekadar mengesahkan keimanannya.

**Ilmu Feqah juga menjadi fardhu ain dan dituntut sekadar mengesahkan amalan seperti mengetahui segala syarat dan rukunnya dan yang membatalkannya.

**Ilmu Tasawwuf juga menjadi fardhu ain dan dituntut sekadar mengetahui yang membatalkan pahala dan amalan ibadat seperti riyak, sum’ah, ujub, takabbur dan lain-lain yang dicela oleh syarak

~~Soalan

**Apa kata kamu jika orang yang beramal itu tidak mengetahui ketiga-tiga ilmu tersebut?

~~Jawapan

**Sabda Nabi (saw) :

Ø “tidak sesekali diterima amal ibadahnya walaupun menunaikan haji di Mekah”

**Malah haram hukumnya menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ilmu fardhu ain. Sebagai contoh, seseorang yang qadha dalam sembahyang, padahal tidak uzur, maka haram hukumnya ia mendirikan sembahyang sunat sebelum menunaikan qadha dalam sembahyang tanpa uzur. Lebih-lebih lagi meninggalkan yang fardhu, hukumnya fasiq, sehingga kalau meninggalkan fardhu ain yang dituntut, tidak sah menjadi wali nikah dan menjadi saksi nikah kerana kefasikannya.

~~Soalan

** Dari mana asal amalan dan makrifat?

~~Jawapan

** Asal amalan dan makrifat daripada ilmu. Oleh itu wajib menuntut ilmu.

~~Soalan

**Daripada mana asalnya ilmu?

~~Jawapan

**Ilmu itu berasal daripada al-Quran. Ilmu yang tidak berpandukan al-Quran dan Hadis, tertolak sama sekali dan tidak boleh dipegangi.

~~Soalan

** Bagaimanakah yang dikatakan awal-awal agama?

~~Jawapan

**Awal-awal agama itu ialah sabda Nabi (saw):

Ø ertinya: “Awal-awal agama itu mengenal Allah”

~~Soalan

**Daripada manakah asal mengenal Allah?

~~Jawapan

**Mengenal Allah berasal daripada mengenal diri.

~~Soalan

**Yang manakah dinamakan agama?

~~Jawapan

**Yang dinamakan agama ialah, iman, islam, tauhid dan makrifat

~~Soalan

**Apakah erti iman, islam, tauhid dan makrifat?

~~Jawapan

**

Ø Iman ertinya percaya kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kemudian dan untung baik serta jahat daripada Allah

Ø Islam ertinya menjunjung perintah Allah dan meninggalkan segala yang ditegah oleh syarak

Ø Tauhid ertinya mengesakan zat, sifat dan afaal Allah.

Ø Makrifat ertinya membezakan antara yang bersifat baru dan bersifat Qadim.

(Sumber daripada buku Pembukaan Segala Rahsia

Oleh As-Syeikh Mohd Salleh bin Abdullah,

Mengkabau (Q.S))

4 comments:

  1. mana nak cari buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai2 buku banyak, saya banyak cari di kedai popular dan mph. kadang2 di pasar2 malam pun ada..tapi kena tanya..

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com