Peristiwa antara Iblis dan Qarun


~~Iblis telah diperintahkan oleh Allah agar sujud kepada Adam. Iblis menolak perintah Allah itu kerana iblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam. padahal dia harus ingat bahawa kelebihan dirinya (menurut anggapannya) semata-mata kerana adanya anugerah Allah. disebabkan perilaku iblis yang demikian itulah, akhirnya dia dilaknat oleh Allah selama-lamanya.

~~Begitu juga dengan Qarun. Dia telah melanggar hukum Allah dengan anggapan bahawa kekayaan yang dimilikinya itu berkat kepandaiannya dalam ilmu kimia. dia lupa bahawa ilmu kimia yang dimilikinya itu adalah anugerah Allah. tanpa anugerah-Nya, mustahil seeorang itu dapat berbuat sesuatu. perhatikanlah firman Allah mengenai Nabi Sulaiman:

~~"Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab: "Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matahari berkelip," maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata:"Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat- Nya). barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."
(surah An Naml: ayat 40)

~~Oleh sebab itu diwajibkan bagi setiap orang yang melakukan maksiat agar perbanyakkan ibadahnya, dan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya bagi orang yang taat menjalankan perintah Allah tidak harus mengharapkan pahala dari amalannya. Ini kerana manusia tidak berupaya melakukan sesuatu amalan melainkan dengan izin Allah SWT. Seseorang yang telah menjalankan ketaatan hendaklah memperbanyakkan rasa syukur kepada-Nya, kerana tidak dijadikan sebagai orang yang berbuat maksiat.

~~Selalu bersandar pada Allah adalah sifat orang-orang yang mempunyai makrifat (mengenal Allah SWT). Sedangkan bersandar kepada selain dari Allah adalah sifat orang-orang bodoh yang lupa padaNYA.

(Sumber dipetik dari buku: Hiasan Rohani Insan Mukmin
Mutiara Hikmah Al-Hikam oleh Syeikh Ahmad Ibn 'Athaillah)

2 comments:

  1. tazkirah hari jumaaat thanks kerana ingat mengingati..

    ReplyDelete
  2. a aa tak perasan kata hari ni jumaat. tetiba dapat tajuk best nak kongsi skali. heheehe

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com