selamat...

~~salam warahmatullah

~~kini segalanya telah selesai, rumusan yang dapat saya tulis kat sini, hati saya puas dapat melihat arwah mak kali terakhir. wajah nya berkeringat.

~~tatkala proses memandikan jenazah, kakak ipar awal2 lagi hulur tangan untuk turut sama menjirus air. kemudian ada seorang makcik (yang turut memandikan arwah) panggil saya. dia tanya samada saya nak turut jiruskan air. tapi saya geleng kepala. saya rasa tak mampu...

~~apabila jenazah siap dimandikan, dorang letak arwah betul2 depan saya. saya sendiri menyaksikan mereka kapan badan arwah sedikit demi sedikit. dan akhirnya hanya tinggal wajah sahaja. muka arwah, bersih, macam orang tidur.

~~kemudian saya nampak mak cik2 kat situ renjis air mawar pada arwah. bau semerbak bercampur dengan wangian kayu cendana.

~~satu persatu proses telah selesai, dan akhirnya tibalah saat anak2 dan menantu cium arwah untuk kali terakhir sebelum diusung ke masjid utk disolatkan dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan islam.

~~menurut cerita suami, ketika tahlil diadakan di tanah perkuburan, dia nampak arwah mak usap kepala abang yie, dia dan adik bongsu iaitu yat. terdengar2 di pendengarannya arwah memesan agar menjaga keluarga dengan baik.

~~mungkin apa yg saya ceritakan ini, sesuatu yg mustahil..tetapi tidak menjadi mustahil apabila Allah menghendaki...wallahu'alam

~~al-fatihah..

1 comment:

  1. bila baca citer pia teringat juga kat arwah nenek juga bln sama cuma arwah 10hb jan 2010.mmg sedih sgt bila ahli keluarga sendiri meninggalkan kita buat selamanya...sampai skrg still terkenang2..apapun moga pia dan keluarga suami tabah menghadapi dugaan ini.moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh..

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com