Serangan 11 September 2001

~~Serangan 11 September 2001 (yang juga dipanggil 9/11) terdiri dari beberapa siri serangan berani mati yang dikatakan dilaksanakan secara teratur oleh kumpulan al-Qaeda ke atasAmerika Syarikat pada hari Selasa, 11 September 2001.

~~Pada pagi hari itu, 19 pengganas al-Qaeda[1] telah merampas empat pesawat komersil[2]. Setiap kumpulan pengganas itu mempunyai satu juruterbang terlatih. Pengganas-pengganas ini secara sengaja telah menyebabkan dua pesawat (Penerbangan 175 United Airlines danPenerbangan 11 American Airlines) terhempas ke dalam bangunan World Trade Center dibandaraya New York, di mana satu pesawat telah melanggar bangunan Utara manakala satu lagi pesawat telah melanggar bangunan Selatan. Ini telah menyebabkan keruntuhan dua bangunan tersebut, di samping daripada mengakibatkan kerosakan yang banyak kepada bangunan yang berdekatan. Perampas-perampas al-Qaeda itu juga telah menghempaskan pesawat ketiga (Penerbangan 77 American Airlines) ke dalam bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia, berhampiran dengan Washington, D.C. Penumpang dan anak kapal pesawat keempat (Penerbangan 93 United Airlines) telah cuba mengambil alih kembali pesawat mereka daripada pengganas[3]. Pesawat itu terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang terselamat daripada keempat-empat pesawat ini.



~~Tidak termasuk 19 pengganas tersebut, 2973 orang telah meninggal dunia sejurus selepas serangan itu.[4] Majoriti mangsa merupakan orang awam, termasuk rakyat asing dari 70 negara.[5] Selain itu, sekurang-kurangny satu kematian akibat penyakit paru-paru disebut seorang pemeriksa perubatan sebagai akibat pendedahan kepada debu runtuhan World Trade Center.[6]

~~Amerika Syarikat bertindak balas terhadap serangan ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan. Ia menyerang Afghanistan untuk menggulingkan Taliban, yang memberikan perlindungan kepada al-Qaeda. Ia turut mengambil kesempatan itu menyerangIraq. A.S. juga menggubal Akta Patriot. Banyak negara lain turut berbuat sama dan memperkuat undang-undang anti-keganasan mereka.


3 comments:

  1. dorg kata kisah benarnya orang amerika sendiri yg buat dajal tu saja nak blame org islam supaya nampak yg orang islam ni pengganas...huhhuhu

    ReplyDelete
  2. kak miza// amerika ni memang nak jatuhkan islam yg sebenarnya. tu dia kata islam ni pengganas. memangla nampak cam ganas..tapi islam pada mulanya tak ganggu org...bila islam diganggu...islam kena bangkit lawan la. tu yg dorang kata pengganas.

    ReplyDelete
  3. its illumination ritual. ia adalah ultimate dr segala mcm ritual mereka.

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com