TAAT PADA SUAMI!!


Taat Suami

BH 5 Mac 08



Peguam Syarie Menulis:


Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip



KISAH segelintir wanita sudah berkahwin yang sanggup diusung lelaki lain untuk berhibur hingga ke bilik tidur yang didedahkan akhbar begitu mengejutkan. Malah, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, sentiasa terbuka menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan. Ini perkara serius yang tidak wajar dipandang ringan walaupun ia dikatakan sebagai kes terpencil. Walau apa alasan mereka seperti tidak puas atau tidak menerima nafkah batin daripada suami, perlakuan sedemikian bukan jalan singkat yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah. Menurut tokoh agama, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan isteri yang menjalin hubungan bersama lelaki lain tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja tidak bermoral, malah lebih teruk daripada nusyuz iaitu tidak menghormati atau ingkar kepada suami. Seorang isteri sewajarnya tidak memandang lelaki lain selain suaminya.

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.

Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)


Oleh itu, dapat dilihat di sini pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya." (Surah an-nisa', ayat 33)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh."


Tidak ada peruntukan khusus dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau pun Akta Undang-undang Keluarga Islam terhadap dakwaan nusyuz. Cuma dinyatakan mengenai aspek peruntukan nafkah terhadap isteri yang nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan: "Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain; Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab sah mengikut hukum syarak."


Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri adalah tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya jika beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan satu atau semua perkara di atas. Namun demikian, mengikut peruntukan sama, seorang isteri tidak dikatakan nusyuz melainkan perbuatannya disahkan mahkamah terlebih dulu. Bagaimanapun, Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: "Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz."

Oleh itu, walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya, tetapi kemudian dia bertaubat dan menurut semula kehendak suaminya, tidaklah dianggap nusyuz lagi dan dalam keadaan ini suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tindakan dilakukan wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan.

Perilaku itu sewajarnya dibendung bukan di kalangan isteri saja, malah kepada pasangan mereka. Perbuatan mereka memberi kesan buruk kepada diri, agama dan masyarakat dan permasalahan ini akan menjadi lebih rumit jika isteri tadi mengandung serta melahirkan anak di luar nikah. Adalah diingatkan kepada mereka, pulanglah ke pangkuan suami serta ke jalan yang benar. Jika sudah terlanjur, maka kembalilah kepada Allah dengan bertaubat nasuha serta berniat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya. Zina sangat besar dosanya dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.


Firman Allah bermaksud: "Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan." (Surah al-Isra, ayat 32)

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysi

Damasutra-Umpama Mimpi Dalam Mimpi (maksud tersirat)

Salam Warahmatullah...

Kalau semalam lagu Bandar Tasik Selatan...hari ni kita tengok maksud tersirat lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Entah macamana, bangun subuh tadi, fikiran saya asyik terimbau lirik lagu ni. Suatu cerita yang sangat indah tersembunyi di sebalik sebuah lagu yang menjadi siulan anak muda suatu ketika dulu...

~~Kenangan bersamamu kasih...
~~Seumpama mimpi di dalam mimpi...
~~Terasa engkau di sisi...
~~Menemaniku saban hari...

Terasa bagai di alam mimpi...sedangkan itulah realitinya. Diri sudah mengenal Empunya Diri... dan bayang sudah mengenal Empunya Bayang. Mana mungkin bayang akan berpisah dengan Empunya Bayang. Begitulah diibaratkan sebuah kehidupan makhluk...Mana mungkin makhluk boleh berpisah dengan Penciptanya. Kalau ada..maka itu karut!

~~Pabila ku pejamkan mata...
~~Akan terasa hangatnya asmara...
~~Walaupun...sekian lama...
~~Telah terpadam cinta kita...

Apabila seluruh pancaindera di'tiada'kan, maka wujudlah keasyikan dalam menjalin hubungan 'asmara' dengan Pencipta. Walaupun suatu ketika dahulu, kita pernah lupa dan lalai dalam mengingatiNya...

~~Luka yang tak terasa...
~~Mengalir darah yang tak berwarna...
~~Bagai jeritan tanpa...
~~suara...

Kesakitan rindu yang amat berat ditanggung hati. Rindu mahu bersama dengan Penciptanya. Apakah Dia masih mahu menerima diri yang berlumpur dosa?

~~Tangisan dalam ketawa...
~~Sedu sedan...menjadi syair cinta...
~~Terasa ingin ku sentuh...
~~Bayanganmu...

Nah! Terbuka sudah hijab apabila telah mendapat Jalan Allah. Menitislah airmata kegembiraan...air mata kesyukuran. Ya! Allah itu mempunyai sifat yang cukup indah, tetapi mampukah kita menggapai walau hanya sekadar cahayaNya?

~~Walau hanya seketika cuma...
~~Agar hilang rindu dan dahaga...
~~Agar pulih semangat kasih dan mesra...
~~Seperti baru...kenal cinta...

Cukuplah walau sedetik Dia muncul walau dalam keadaan selingkar cahaya sekalipun, pasti dapat mengubat dahaga rindu seorang hamba yang bertaubat. Maka berputik kembali semangat kasih dan mesra dalam mencintai Allah...

~~Kenangan bersamamu kasih...
~~Membakar gedung fikiranku ini...
~~Terasa hidupku ini...
~~Umpama mimpi dalam mimpi...

Kenangan kita di 'alam' itu sebenarnya hampir tidak tercapai dek akal fikiran. Melainkan 'Kembali Kepada Allah'. Inilah realiti kehidupan di mana masih ramai dalam kalangan kita belum temui kebenaran hakiki...
Bagaikan mimpi...tetapi itulah realiti...

Olan-Cinta Bandar Tasik Selatan (maksud tersirat)

salam warahmatullah. hurm ni nak cerita la sikit. macam biasa, tengahari tadi masa masak makanan, mesti dengar radio sinar. dan deejay tu putarkan lagu kumpulan Olan-Cinta Bandar Tasik Selatan. Jadi, secara tak langung, dapat maksud tersirat tu. wallahualam, ini adalah dari fikiran saya sahaja...

~~Tiada apa yang dapat kurasakan...
~~Selain dari cintaku, padamu...
~~Tiada lafaz sendu yang terindah...
~~Yang dapat kugambarkan, padamu..

tiada apa yang dapat menghalang kita untuk terus melayari perasaan asyik cinta dan kasih pada Allah. satu-satunya kekasih yang abadi. tiada pula lafaz yang paling indah melainkan lafaz dan ucapan kalimah "LAAILAHAILLALLAH"

~~Bersama janji kita dipadukan...
~~Seindah rindu yang dirasakan...
~~Iringan bayu senja yang bertiup...
~~Membisikkan cintaku, padamu...

Kita pernah memeterai janji sewaktu kita berada di suatu "alam" bahawa kita akan terus mengesakan Allah. Waktu itu kita terlalu asyik dalam mengenal Allah.
Seperti kedinginan angin senja yang bertiup dengan tenang, aman, begitu jugalah digambarkan betapa hati merintih dan merayu untuk turut mendapatkan secebis cinta daripada sang Kekasih.

~~Mengapakah perpisahan terjadi dalam cintaku...
~~Ketikaku memerlukan kasihmu...
~~Bandar Tasik Selatan mencermin kenangan syahdu...
~~Berderai airmata piluku...

Roh dan jasad saling memerlukan dalam misi meraih cinta Allah. Tanpa jasad, maka roh akan terkapai-kapai...begitu jua sebaliknya. tetapi jasad amat mudah alpa dan leka dengan keindahan dunia sehingga secara tak sedar, jasad mula melupakan roh...dan roh yang bersih semakin hitam dan kotor dalam kelekaan jasad mengejar duniawi...
"Bandar Tasik Selatan" diibaratkan seperti dunia yang sememangnya penuh dengan tipu daya. berderailah airmata pilu apabila Allah mula membuka dan memberikan sedikit jalan hidayahNya pada hamba yang dikehendaki...

~~Bagaikan dedaun layu...
~~Yang gugur kekeringan...
~~Dahaga mengharapkan rindumu...

Dedaunan layu yang keguguran diibaratkan dosa serta ego seseorang yang jatuh bertaburan apabila menyedari keterlanjuran perbuatan dan kini sedang menagih kembali rasa rindu serta cinta kepada Allah...

~~Senyum tangis sendamu...
~~Sentiasa dihatiku...
~~Namun kini kau tiada bersama...

Apakah Allah bersama kita?
Diwaktu kita di alam "itu" Allah memberikan sifat penyayangNya, sifat kasihNya, mengajar kita tentang perbuatan yang mendatangkan kemurkaanNya... Namun hari ini, kita lupa pada Dia, Kita lakukan segalanya sehingga kita membelakangkan soal haram dan halal...terus kita tidak lagi bersama dengan Allah.. (sesat)

~~Oh! Berikan ku sinaran..,
~~Agar dapat ku tempuh...
~~Perjalanan hidupku...
~~Bandar Tasik Selatan...
~~Mencermin kenangan syahdu...
~~Berderai airmata piluku...

Oh! Allah, berikan kami petunjuk. Agar dapat kami tempuh segala onak dan ranjau dalam hidup ini. Dunia "Bandar Tasik Selatan" hanya sebagai kenangan. sebuah kenangan yang penuh dengan dosa...maka..mengalirlah airmata seorang hamba yang bertaubat menyesali kesilapan lalu...

Tachi=pedang Jepun~~



~~Tachi, pedang Jepun yang mana panjang bilahnya mesti sekurang-kurangnya tiga kaki digunakan ketika peperangan sebagai senjata panjang untuk memberikan kelebihan kepada tentera yang berjalan kaki. Namun kini, pedang panjang ini diharamkan di bawah undang-undang Jepun kerana ketidakkeberkesanannya sebagai senjata maut. Rakyat Jepun tidak dibenarkan memiliki sebarang Tachi melainkan untuk upacara dengan permit dari pihak berkuasa. Secara amnya terdapat tiga jenis Tachi iaitu Nodachi, Odachi dan Jintachi.

Nodachi

~~Nodachi atau Tachi Medan mempunayi rupa dan reka bentuk dengan katana tetapi lebih panjang. Nodachi dibawa oleh askar biasa di belakang dan direka sebagai senjata menentang tentera berkuda dan dalam lokasi yang luas. Nodachi pada biasanya digunakan pada ketika peperangan di kawasan terbuka yang lapang kerana panjangnya menyebabkan pertempuran di dalam bangunan dan pertempuran dekat menjadi sukar. Walaupun ia berkesan sebagai senjata membunuh, sebenarnya Nodachi agak jarang digunakan berbanding senjata lain. Nodachi jarang digunakan atas sebab-sebab berikut:
  1. Bilah panjangnya lebih sukar ditempa daripada katana biasa.
  2. memerlukan tenaga yang lebih untuk menggunakannya.
  3. Senjata panjang seperti Naginata atau Nagamaki lebih berkesan di medan perang dengan tujuan yang sama.
~~Ketika zaman yang aman, Nodachi dipakai di belakang sebagai simbol pendudukan sosial. Ia mudah dilihat kerana pedang Jepun seperti Katana, Wakizashi dan Tachi dipakai dipinggang atau diselitkan di tali pinggang. Panjang hulu Nodachi berbeza daripada 30 hingga 33cm, dan bilahnya biasanya melebihi 1 meter.

~~Mungkin pengguna Nodachi paling terkenal ialah Sasaki Kojiro (1585-1612), yang diingati kerana pertarungannya sampai mati dengan Miyamoto musashi (1584-1645) pada 13 April, tahun 1612.



Odachi

~~Odachi atau Tachi Besar juga dikenali sebagai Otachi. Untuk masuk ke dalam kelas Odachi, bilah pedang itu mestilah mempunyai panjang melebihi tiga kaki. Selain daripada saiznya yang luar biasa, odachi juga mempunyai ukiran keagamaan pada bilah.

~~Odachi paling sukar ditempatkan kerana panjangnya menjadi proses pemanasan cara tradisional menjadi amat rumit. Lebih panjang bilahnya, lebih sukar untuk dipanaskan seluruh bilah kepada suhu yang sekata, untuk menempa mahupun mengeraskannya. Proses pemadaman pula memerlukan pelantar yang besar kerana pemadaman yang tidak sekata boleh menyebabkan bilah membengkok malah patah. Cara menggilap juga berbeza. Disebabkan saiznya, Odachi digantung di siling atau diletakkan ditempat yang tegak untuk digilap, tidak seperti pedang biasa yang dilakukan di atas pelantar.

~~Terdapat dua cara Odachi dibawa. satu cara adalah membawanya di belakang, tetapi ia kelihatan tidak praktikal kerana mustahil untuk penggunanya menghunus dengan pantas. Cara kedua adalah dengan membawanya di tangan. Cara ini telah menjadi ikutan ketika zaman Muromachi kerana samurai mempunyai pengikut yang membawa Odachi dan juga untuk membantunya menghunus. Odachi digunakan atas tujuan-tujuan berikut:
  • Sebagai persembahan kepada dewa-dewi. Sesetengah Odachi dipersembahkan dengan doa untuk memenangi peperangan, sementara ada yang ditempatkan di tokong sebagai pedang lagenda daripada mitos
  • Dengan panjang purata Odichi biasanya 165-180cm, ia tidak boleh digunakan dalam pertempuran dekat. ia berkesan dengan menunggang kuda dengan panjangnya melepasi Katana biasa, dan lebih mudah untuk menyerang sasaran di tanah.
  • Sebagai ikutan pada zaman tertentu seperti fesyen pada zaman Edo. Sesetengah pedang juga digunakan untuk upacara.
  • Sebagai hasil seni untuk mempamerkan kebolehan seorang penempa.
~~Kepentingan Odachi hilang dari medan tempur selepas perang Osaka pada tahun 1615, konflik terakhir di antara Tokugawa Leyasu dengan Toyotomi Hideyori. Sejak itu, ia hanya digunakan sebagai alat upacara.

Jintachi

~~Jintachi atau Tachi Upacara adalah sejenis tachi dengan tambahan Koshirae, di mana pedang digantung mata ke bawah daripada dua penggantung di tali pinggang. Hulu biasanya mempunyai bentuk lengkungan yang lebih besar daripada bilah. Untuk meneruskan tradisi klasik Tachi dengan meningkatkan lengkungan dari hujung ke hulu. Pemasangan hulu dikuatkan dengan dua lubang pada bilah, berbanding satu untuk bilah yang pendek seperti Uchigatana dan katana. Jintachi adalah tachi yang dibuat khas untuk upacara.

Bahasa Melayu Pada Batu-batu Bersurat Abad Ketujuh



~~Batu-batu bersurat bukanlah satu perkara yang baru dijumpai di daerah kepulauan Melayu. Bekas-bekas tulisan yang telah dijumpai dan dipercayai bertarikh sejak tahun 450 Masihi, iaitu yang dijumpai di kaki-kaki gunung dekat Bogor dan di daerah Tanjung Periuk dekat Jakarta.Tetapi tulisan-tulisan pada batu tersebut didapati sama ada dalam bahasa Jawa Kuno atau Sankskrit.

~~Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu ialah yang dipercayai ditulis pada kira-kira akhir abad ketujuh. Terdapat sebanyak empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai:
  1. di Kedukan Bukit, Palembang, (683M)
  2. di Talang Tuwo, juga dekat dengan Palembang (684M)
  3. di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M0
  4. di Karang Berahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686M)
Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka, (686M)

Batu bersurat di Kedukan Bukit (683M)

~~Sebagai contoh, diperturunkan di bawah ini bentuk bahasa Melayu yang terdapat pada satu batu bersurat abad ketujuh, iaitu batu yang tertua, yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang:

Swasti Shri
Shakawarsatita 605 ekadashi
shuklapaksa wulan Waishakha dapunta
Hiyang naik disambau mangalap sidhayatra
Di saptami Shuklapaksa Wulan
Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan (Tamvar?)
Mamalawa jang bala dua laksa
dangan...dua ratus
tsyara disambau dangan jalan
saribu tlu ratus sapuloh
dua banyaknya. Datang
di Matajap (Mataya?)
Sukhatshitta
Di Pantshami shuklapaksa wulan
... laghu mudik datang
marwuat manua...Syriwijaya
jayasiddhayatra subhiksa.

~~Perkataan-perkataan yang condong dalam petikan di atas merupakan perkataan-perkataan Melayu. Yang lain itu ialah perkataan dari bahasa lain iaitu Sanskrit. Tanda ... menunjukkan bahagian yang tidak dapat dibaca, dan perkataan-perkataan (nama-nama tempat) yang ditulis dalam kurungan disertai tanda tanya merupakan alternatif bagi nama tempat yang sama. Terjemahannya ke dalam bahasa Melayu moden adalah seperti yang berikut:

Selamat dan bahagia!
Dalam Syaka 605, pada sebelas
hari bulan terang dari bulan
Waisyakha baginda naik kapal
mencari untungnya
Pada tujuh hari bulan terang dari bulan
Jyestha baginda berangkat
dari muara Tamvan (Tamvar?)
membawa bala dua laksa dengan
...dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
Tiga ratus dua belas banyaknya
datang di Matajap (Mataya?)
sukacita
Pada lima hari bulan terang dari
bulan...belayar mudik, datang
membuat benua...Srivijaya
kota yang jaya, yang bahagia, dan yang makmur.

~~Dari segi jumlah, contoh bahasa Melayu kuno amat sedikit, iaitu kira-kira 50 baris. Namun demikian, kita dapat membuat beberapa catatan tentang sifat dan bentuknya, seperti yang berikut:

  1. Bahasa Melayu kuno memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu pada masa itu tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk memperkatakan konsep-konsep baharu yang dibawa daripada kebudayaan asing, dan oleh yang demikian harus meminjam daripada bahasa masyarakat yang membawa konsep-konsep itu.
  2. Dari segi sistem tulisan, kelihatan beberapa sifat yang menarik dalam bentuk perkataan bahasa Melayu kuno. Misalnya, bahasa ini menggunakan huruf w pada beberapa perkataan bagi menggantikan huruf b. Contohnya wulan (bulan) dan wuat (buat). Demikian juga bahasa Melayu kuno tidak mempunyai e pepet. Huruf ini dihilangkan atau ditulis dengan a, misalnya: dgan atau dangan untuk dengan. Awalan ber- muncul sebagai mar dalam bahasa Melayu kuno, dan awalan di sebagai ni, contohnya: marlapas dan niwuat. Tambahan lagi oleh sebab pengaruh bahasa Sanskrt, banyak konsonan yang diucapkan (dieja) dengan aspirasi seperti bh, ph, dh, kh, dan sebagainya.

BAHASA MELAYU KUNO


~~ Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya sederhana, iaitu tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, dan Sumatera. Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan)daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan oleh orang-orang yang mendatang, seperti pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara-pengembara dari India dan China. Untuk melihat perkembangan Bahasa Melayu, mari kita tinjau keadaannya dari tarikh paling awal.

~~Seperi yg disebutkan di atas, sejarah awal kepulauan Melayu agak kabur. Tidak banyak diketahui tentang masyarakat dan bahasa-bahasa Austronesia yang datang menduduki daerah ini. Bahan-bahan sejarah menceritakan kemunculan beberapa buah kerajaan penting, terutama kerajaan-kerajaan Hindu sejak dari abad pertama tahun Masihi. Oleh sebab pengaruh dari India terutamanya agama Hindu, maka Bahasa Sanskrit, iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan, digunakan dengan luasnya. Menurut Ismail Hussein (1966: 10-11, "melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi-tinggi."
~~Pengaruh utama adalah dari segi perbendaharaan kata. Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu pengetahuan, dan pelbagai lagi.

~~Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bahasa Melayu disebabkan sifat bahasa melayu yang mudah dilentur, dan dibentuk untuk disesuaikan dengan segala keadaan dan keperluan. Inilah satu-satunya faktor utama yang telah menjadikannya bahasa yang mudah dipelajari, dan diterima sebagai bahasa perhubungan oleh orang-orangdaripada pelbagai masyarakat bahasa.

~~Istilah "Melayu" timbul buat kali pertama dalam tulisan Cina antara tahun 644-645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu yang mengirimkan utusan ke negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja Cina. Letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan secara tepat: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Walau bagaimanapun, sejarah menyatakan bahawa terdapat satu kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan walaupun bukti yang konkrit tentang bentuk atau tulisannya belum dijumpai lagi.

~~Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya beberapa batu bersurat yang mengandungi bahan-bahan bertulis yang mengikut sesetengah pendapat ditulis dalam bahasa, yang dibentuk dan sususnannya dapat dikatakan bahasa Melayu. Dan inilah bukti catatan yang tertua sekali tentang bahasa Melayu.

PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA(Mengenal Zat, Sifat, Afaal dan Asma Alla)

~~Soalan : Apakah erti sifat, zat, afaal dan asma?

~~Jawapan : Sifat ertinya tabiat-Nya, zat ertinya diriNya, Afaal ertinya perbuatanNya dan Asma' ertinya namaNya.

~~Soalan : Yang manakah dinamakan Asma'?

~~Jawapan : Yang dinamakan Asma'itu ialah sesuatu yang menunjukkan sesuatu iaitu asma' namanya.

~~Soalan : Siapakah yang memberikan nama Allah Taala itu?

~~Jawapan : Allah sendiri yang memberikan namaNya, Allah Taala; bukan makhluk yang memberikan namaNya.

~~Soalan : Nama Allah Taala itu Qadim atau hadis?

~~Jawapan : Nama Allah Taala itu Qadim, bukan hadis (baru)

~~Soalan : Bagaimanakah Allah Taala itu ada? Berikan hukum.

~~Jawapan : Allah Taala itu wajib wujud (Ada), Qidam (sedia ada), baqa' (kekal), Mukhalafatuhu lilhawadis (berlainan daripada segala yang baru), berdiri dengan sendiri (qiamuhu binafsihi) dan wahdaniyat (esa).

~~Soalan : Apakah perbezaan antara sifat dengan mausuf, antara wujud dengan maujud, antara ilah dengan ilahiyah, antara ilah dengan Allah? Berikan jawapannya.

~~Jawapan :
  • Perbezaan antara sifat dengan mausuf ialah sifat itu kenyataan (yang menampakkan diri) mausuf.
  • Wujud boleh menampakkan diri maujud.
  • Ilah menyatakan diri ilahiyat, Allah itu ialah Ilah yang kaya daripada tiap-tiap sesuatu yang lain dan sesuatu yang lain memerlukannya.
  • Allah pula adalah nama Tuhan yang wajibul wujud yang mempunyai dua puluh sifat yang wajib diketahui.
~~soalan : Berikan jawapannya samada sifat itu berkongsi dengan zat?

~~Jawapan : Sifat itu tidak bercerai dengan zat dan tidak bersekutu dengan zat. Kita tidak dapat mengetahui kaifiatnya.

~~Soalan : Berikan kami hukumnya sama ada sifat itu sesuatu atau dua suatu zat?

~~Jawapan : Sifat itu tidak boleh dikatakan sesuatu dan dua suatu dengan zat. Kita tidak dapat mengetahui kaifiatnya.

~~Soalan : Apakah perbezaan antara zat dengan sifat?

~~Jawapan : Perbezaan zat dengan sifat ialah zat itu diri-Nya dan sifat itu kelakuan-Nya. Inilah perbezaannya.


PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (Mengenal Diri dan Mengenal Allah)


~~Soalan : Ke manakah tertaklunya makrifat, mengenal diri dan mengenal Allah?

~~Jawapan : Makrifat tertakluk kepada mengenal diri, sementara mengenal diri pula tertakluk kepada mengenal Allah manakala mengenal Allah pula tertakluk kepada memfana'kan (membinasakan) wujud dirinya. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh sabda Nabi (S.A.W) :

~~ertinya :"Sesiapa yang mengenal dirinya, tentu dia akan mengenal Tuhannya dan sesiapa yang mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya."

~~Soalan : Ketika itu siapa yang mengenal dan siapa pula yang dikenal?

~~Jawapan : Yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal. Sebagaimana isyarat sabda Nabi (S.A.W) :

~~Ertinya:" Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku."

~~Soalan : Dengan apakah kita mengenal Tuhan itu kerana Tuhan itu tidak ada 'ain bagi-Nya (iaitu tidak boleh nampak dengan mata kasar)?

~~Jawapan : Kita boleh mengenal Tuhan dengan sifat-sifatNya iaitu bekas sifat-sifatNya. Sebagaimana firman Allah Taala (Hadis Qudsi):

Ertinya:" Aku menjadikan tiap-tiap sesuatu supaya mengenal Aku yang ada pada tia-tiap suatu."

~~Soalan : Yang manakah dinamakan sifat

~~Jawapan : Yang dinamakan sifat itu ialah sesuatu yang menunjukkan sesuatu yang bertambah ke atas zat iaitu sifat namanya.

PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (Keesaan Zat, Sifat dan Afaal Allah Taala)


SOALAN: Apakah yang dimaksudkan mengesakan zat Allah Taala, sifatNya dan afaalNya?

JAWAPAN:

~~Mengesakan Allah Taala bermaksud tidak ada yang maujud (yang ada) di alam ini hanya Allah Taala sahaja. Wujud yang lain daripada Allah Taala itu, tidak wujud pada hakikatnya. Umpama wujud bayang-bayang yang tidak ada sebenarnya.

~~Mengesakan Sifat Allah Taala bermaksud tidak ada sesiapa yang hidup, tidak ada sesiapa yang mengetahui, dan tidak ada sesiapa yang berkehendak, tidak ada sesiapa yang mendengar dan tidak ada sesiapa yang berkata-kata pada hakikatnya, melainkan Allah Taala. Sifat yang zahir pada makhluk ini merupakan tempat memandang sifat Allah (Tuhan) yang zahir pada makhluk, iaitu bayang-bayang sifat Tuhan yang ada pada hamba seperti kewujudan kita adalah bayang-bayang kewujudan Allah Taala. Mustahil boleh wujud bayang-bayang tanpa ada empunya bayang. Malah mustahil boleh bercerai bayang-bayang dengan empunya bayang-bayang.

*Semua contoh tersebut dibuat untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas. Padahal Allah Taala itu Maha Suci daripada dibuat contoh dan tasybih (penyerupaan). Ini kerana, bayang-bayang hanya ada pada benda yang keras seperti kayu dan batu, sedangkan zat Allah tidak ada ain. Ibarat cahaya matahari menunjukkan adanya matahari.

~~Mengesakan afaal Allah bererti tidak ada sesiapa yang memiliki perbuatan alam ini melainkan perbuatan Allah Taala. Tidak ada langsung perbuatan manusia dan makhluk walau sebesar zarah di alam ini. Sekiranya anda mengatakan bahawa makhluk ada perbuatan ikhtiar sendiri, walau sebesar zarah sekalipun, anda dikatakan SYIRIK.

~~Sementara yang dikatakan makrifat itu ialah membezakan antara muhaddas (yang baru) dengan yang qadim (sedia ada/kekal), sekiranya tidak tahu membezakannya, maka dikatakan sebagai jahil muraqab iaitu tersusun dua kejahilan.

~~Pertama: Jahil tentang dirinya
~~Kedua: Jahil tentang Tuhannya

Mike Tyson 2

~~Perkahwinan bersama Robin Givens menuju kepada perceraian dalam sebuah rumahtangga yang kurang harmoni. Kemudian Tyson berkahwin pula dengan Dr. Monica Turner dan mempunyai beberapa orang anak, namun berantakan.

~~Sepanjang 1989, Tyson hanya bertanding sebanyak 2 kali melawan Frank Bruno di mana dia menang pada pusingan kelima dan melawan Carl Williams pada bulan Julai dengan KO di pusingan pertama.

~~Pada 1990, Tyson kehilangan arah, kehidupan peribadinya kacau bilau dan dia tidak berlatih dengan baik. Dalam pertarungan pada 11 Februari, dengan peninju yang tidak terkenal, James Buster Douglas, dia kalah KO pada pusingan kesepuluh meskipun pada pusingan kelapan, pengurusnya memprotes tindakan pengadil kerana "kiraan yang agak lambat". Akibatnya Tyson kehilangan sabuk juaranya yang direbut Douglas. Dua pertarungan berikutnya, Tyson bangkit dengan yakin apabila dia menang KO dalam pusingan pertama.

~~ Pada 1991, Tyson bertarung dengan Donovan Razor Ruddock dua kali, iaitu pada Mac dan Jun. Kedua-dua perlawanan ini diingati kerana ucapan "penjara" Tyson kepada Ruddock.."Saya tidak akan memukul orang secantik kamu".

~~Pertarunga pertama yang dimenangi Tyson dalam pusingan ketujuh mengundang kontroversi. Tetapi pada pertarungan kedua yang dilakukan Tyson sambil menunggu pertarungan melawan juara baru Evander Holyfield, Tyson menang dengan angka.
PERKOSAAN, PENJARA DAN KESUDAHANNYA...

~~Tyson diadili di Indiana dengan tuduhan perkosaan atas peserta pertandingan Miss Black America tahun 1991 yg bernama Desiree Washington pada 27 Januari 1992. Tyson nyata bersalah melakukan perkosaan pada 10 Februari dan dipenjara selama 3 tahun. Akibatnya Tyson tidak bertarung lagi sehingga 1995.

~~Setelah keluar dari penjara, Peter McNeeley merupakan lawan pertama pada Ogos dan mengaahkan Buster Mathis Jr. dalam tiga pusingan pada Disember 1995.

~~Pada Mac 1996, Tyson memenangi kembali gelar WBA dalam 93 minit dari Bruce Seldon, setelah membayar Lennox Lewis $4 juta untuk menarik diri. Tyson dikritik kerana melawan peninju-peninju yang tidak bermutu.

MASUK ISLAM

~~Tyson secara rasmi memeluk Islam pada tahun 1995, selepas dari penjara di Indiana, Mike Tyson mengumumkan telah memeluk Islam yang telah dipelajarinay selama di dalam penjara. Nama Islam Tyson ialah, Malik Abdul Aziz.

PERTARUNGAN DENGAN HOLYFIELD

~~9 November 1996, Tyson menghadapi tentangan yang lebih berat dari Evander Holyfield. Dalam pertarunga yang lebih dari 11 pusingan, Holyfield menang dengan TKO dan menjadi juara dunia tiga kali.

~~Tyson tidak lagi bertarung sehingga Jun 1997 ketika terjadi pertandingan ulang yang sangat dinanti-nantikan untuk melawan Holyfield pada 28 Jun untuk merebut gelar WBA. Tyson didiskualifikasi dalam pusingan ketiga, ketika dia menjadi marah kerana terkena serudukan oleh Holyfield dan bertarung tanpa memakai pelindung gusi sebelum menggigit sepotong dari telinga Holyfield. Ketika pengadil, Mills Lane memberi peringatan, Tyson mengambil kesempatan menyerang telinga Holyfield lagi satu.

~~9 Julai, Tyson digantung daripada sebarang perlawanan selama 1 tahun dan didenda sebanyak $3 juta.

~~MencariMU~~


Kau di mana...
"Aku di sini..."
Di mana...?
Aku di hatimu...

Mengapakah aku tak bisa melihatmu?
Kerna hijabmu telah ditutup...
Mengapa?
Kerna dosa yang telah kamu lakukan...
Terpunduk..merenung dosa lalu...
sejadah dibentang...tasbih dicapai...
kata-kata keramat membasahi bibir...

mata terpejam...
kamu di mana?...
aku disini...
bagaimana mungkin untuk aku menghampirimu?...
Taubatlah sesungguh hatimu...
apa maksudmu?..
untuk hijabmu kembali tersingkap...

~~Kiasan ciptaan Allah~~


Salam Warahmatullah,

~~Di malam yang hening ni, entah kenapa mata saya tak rasa mengantuk. tiba-tiba saya memikirkan tentang satu ciptaan Allah yang maha Hebat.

~~Saya ada bertanya pada kawan-kawan saya tentang dua jenis bunga yang masing-masing mengeluarkan haruman menawan. Tetapi berbeza karakternya.

~~Soalan saya pada mereka adalah seperti ini: "Apakah bayang yang cuba disampaikan oleh Allah menerusi penciptaan bunga melur dan bunga mawar?" Untuk pengetahuan kalian, banyak juga jawapan yang saya terima, ada yang kata untuk buat perfume. Hehe. betul jugak ye, bunga tu wangi, boleh buat perfume. Bijak kawan saya yang sorang ni.

~~Ada juga sahabat saya siap nyanyi lagu "Kau mawarku"..wah teringat kat zul 2 by 2 dengan Siti Nurhaliza. haha. Apapun, macam pendapat yang saya terima. dan ini adalah pendapat yang lahir dari hati saya.

~~Mari, saya bercerita tentang bunga melur dahulu. seperti mana yang saya tahu, bunga melur hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu putih bersih. Bunganya tidak terlalu besar, kecil sahaja. Sudahlah bunganya kecil, tersembunyi pula disebalik dedaunan rendang. Kita hanya menyedari wujudnya bunga melur apabila terhidu haruman yang wangi. Naluri seorang manusia, pasti mahu melihat gerangan apakah haruman itu..lalu terpaksa menyelak segala daunnya untuk mencari sekuntum bunga melur. Tetapi awas!! di situ seringkali menjadi tempat ular bersarang...

~~Perenggan seterusnya, saya bercerita pula mengenai bunga mawar. Terutama dalam kalangan kaum wanita tahu bahawa bunga mawar ni banyak warna selain daripada merah dan putih. Amat pelbagai warna yang ada. Tambahan apabila dikacukkan. Warnanya amat menyerlah menjamu mata-mata pemerhatinya. Bunganya besar dan begitu mudah dilihat. Baunya tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan bunga melur. Cukup harum. Namun, tidak seperti bunga melur, bunga mawar tidak terpelihara dengan litupan daun-daun yang menutupi parasnya. tak perlu susah mencari untuk memetik bunga mawar. Tetapi awas!! duri yang terhias akan melukakan jemarimu...

~~Andai kita bijak menafsir segala ciptaan Allah, maka beruntunglah kita sebagai manusia. Kerana itu adalah kiasan Allah untuk mengubah perangai manusia. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba-hambaNYA amat mudah lupa dan lalai apatah lagi diuji dengan kemewahan...Begitu juga dengan ciptaan haiwan. Berani saya katakan..sebanyak mana kita lihat sifat dan perangai haiwan..sebanyak itulah sifat dan perangai manusia di muka bumi ini. Wallahu'alam...

Mike Tyson

~~Michael Gerard Tyson atau nama Islamnya Malik Abdul Aziz lahir pada 30 Jun 1966 di New York City, Amerika Syarikat.

~~Merupakan seorang peninju profesioal dan mantan juara kelas berat. Jolokan nama "Mike Tyson" secara amnya ialah "Iron Mike" merujuk postur tubuh yang kuat bagaikan besi.

~~Media massa lebih suka menyebutnya sebagai "The Baddest Man on Earth" yang merujuk kepada perangainya yang buruk samada di dalam atau di luar ring tinju.

~~Mike Tyson seorang peninju yang paling ditakuti kerana keganasannya.

~~Kehidupan semasa mudanya, Mike Tyson seringkali keluar masuk penjara kanak-kanak dan diberhentikan sekolah. Ketika menyambung persekolahan di sekolah budak nakal, Mike Tyson ditarik keluar oleh pelatih tinju terkenal, Cus D'Amato apabila melihat potensi dan bakat yang ada pada Mike Tyson.

~~ Mike Tyson mengatur langkah bermula dari seorang peninju amatur sebelum terjun ke bidang peninju profesional, setelah kalah angkabdalam kelayakan tinju amatur menuju Olimpiade dari Henry Tillman.

~~Bertanding secara profesional kali pertama pada 6 Mac 1985 di Albany, New York dan menang pada pusingan pertama. Sebanyak 15 kali bertinju pada tahun 1985, memenangi pertandingan dengan KO (knockout), dan hampir kesemuanya pada pusingan yang pertama.
~~Pada 1986, dia bertanding sebanyak 16 kali, melonjak dalam peringkat para peninju dan menarik perhatian media massa. Pada 22 November 1986, Tyson mendapat kesempatan pertama untuk meraih gelar melawan Trevor Berbick untuk kelas berat versi WBC (World Boxing Council).

~~Dua pusingan kemudian, ketika berumur 20 tahun, Tyson menjadi juara dunia kelas berat termuda di dunia.

~~Pada 1987, Tyson mempertahankan gelar melawan James Bonecrusher Smith pada 7 Mac di Las Vegas Nevada. Tyson menang angka dan menambahkan gelarnya WBA milik Smith menjadi koleksinya.

~~"Tyson Mania" meledak di media massa. Dia mengalahkan Pinklon Thomas pada Mei dengan KO di pusingan keenam.

~~Pada 1 Ogos, dia merebut gelar IBF (International Boxing Federation) dari Tony Tucker dengan menang angka untuk menjadi "juara tinju dunia kelas berat sejati".

~~Setelah itu, dia hanya bertinju sekali lagi pada 1987 melawan juara Olimpiade 1984, Tyrell Biggs pada bulan Oktober, menang KO pada pusingan ketujuh.

~~Pada 1988, Tyson bertanding sebanyak 3 kali melawan peninju veteran dan mantan juara kelas berat Larry Holmes pada 22 Januari dengan kemenangan TKO (Technical Knockout) pada pusingan keempat, melawan Tony Tubbs dari Tokyo pada Mac, KO pusingan kedua dan melawan Michael Spinks yang diramalkan menjadi lawan berat Tyson, pada 27 Jun dan tersungkur KO pada minit ke 90 dalam pusingan pertama.

bersambung...

NAGINATAJUTSU 2

~~Istilah Naginata mula muncul di dalam catatan sejarah Kojiki pada tahun 712 dan digunakan oleh tentera oleh tentera sami sewaktu zaman Nara pada abad ke-6. Di dalam lukisan babak peperangan yang dibuat semasa Perang Tengyo pada tahun 936, Naginata boleh dilihat sedang digunakan. pada tahun 1086, buku "Oshu Gosannenki" (Diari Tiga Tahun Di Oshu) menyatakan penggunaan Naginata dalam pertempuran dicatat buat pertama kalinya.

~~Di zaman ini, naginata di anggap sebagai senjata yang paling efektif oleh pahlawan. Semasa Perang Genpei (1180-1185), Puak Taira bertempur dengan Puak Minamoto, Naginata terus dilihat sebagai sesuatu yang penting. Pertempuran tentera berkuda menjadi penting pada masa ini dan Naginata terbukti berkesan untuk menentang mobilitinya. Penggunaan naginata yang meluas sebagai senjata utama di medan tempur memaksa kepada pengenalan Sunaete (Zirah yang melindungi kaki seperti yang dipakai oleh pemain bola sepak) sebagai sebahagian daripada sistem baju zirah Jepun.
~~Mungkin sekali pahlawan wanita yang paling terkenal dan contoh terbaik wanita di dalam masyarakat Jepun dan budaya seni bela diri adalah Tomoe Gozen dan Hangaku Gozen (kadangkala dikenali sebagai Itagaki). Mereka berdua aktif pada hujung Zaman Heian dan permulaan Zaman Kamakura serta dikatakan amat gagah di dalam pertempuran.

~~Di dalam kisah Heike Monogatari, Tomoe Gozen muncul sebagai seorang jeneral di dalam tenteranya dandigambarkan sebagai "seorang yang cantik dengan kulit yang putih, berambut panjang dan lembut. Dia seorang pemanah yang handal, dan sebagai seorang pemain pedang, dia adalah seorang pahlawan yang tiada gantinya. Apabila ada pertempuran, dia akan muncul sebagai kapten, dilengkapi dengan zirah yang kuat, Naginata dan busur."
~~Bagi Itagaki pula, dia seorang pemanah yang handal dan mengetuai 3 ribu orang pahlawan yang ditempatkan di Kota Toeizakayama. Seramai 10 ribu pahlawan puak Hojo dihantar untuk menawan kota itu dan Itagaki membawa tenteranya keluar daripada kota itu, membunuh ramai penyerang sebelum ditewaskan. Pada abad ke-17, kemunculan senjata api menyebabkan Naginata jarang sekali digunakan. Namun, Naginata memperlihatkan kegunaannya di dalam peperangan di Aizu pada tahun 1868 dan 1876 di Satsuna. Kedua-duanya digunakan oleh pahlawan perempuan.

NAGINATAJUTSU


~~Naginatajutsu adalah seni bela diri jepun yang menggunakan naginata, sejenia senjata panjang yang berupa seperti lembing tetapi mempunyai bilah katana. Apa yang lebih istimewa tentang Naginatajutsu adalah ia sentiasa dilihat sebagai seni bela diri yang bukannya digunakan oleh pahlawan lelaki, tetapi perempuan. Sebenarnya Naginatajutsu dihasilkan oleh sami pahlawan pada zaman pertengahan Jepun dan turut digunakan oleh golongan Samurai. Kebanyakan Naginatajutsu yang wujud pada hari ini telah berkembang kepada bentuk yang moden dan menjadi sejenis sukan.

~~ Pada asalnya, Naginata digunakan untuk menentang tentera berkuda. Panjangnya membolehkan pengguna berada di jarak yang selamat daripada kuda dan penunggangnya. Semasa zaman Sengoku (1573-1676) yang penuh dengan konflik ketenteraan, Naginata telah ditukar menjadi simbol status pahlawan wanita, di samping menjadi satu cara untuk wanita mempertahankan keluarganya ketika suami pergi berperang.

~~Oleh itu, memang penting untuk mereka mempunyai kebolehan bersenjata yang mempunyai jarak yang panjang untuk mempertahankan diri dari musuh yang menunggang kuda. Selain itu, kebanyakan wanita lemah dalam pertarungan jarak dekat di mana lelaki boleh menggunakan berat badan dan kekuatan badan untuk menanganinya. Wanita yang berbadan kecil tetapi mahir dalam Naginata boleh memastikan setiap lawan berada di jarak yg jauh, di mana, kekuatan, berat badan serta pedang tidak berguna langsung.

~~Zaman ini juga memperlihatkan kedudukan Naginata bertukar menjadi seni senjata wanita dan ia adalah simbol kepada kesetiaan wanita terhadap keluarganya.

~~Pelbagai teori berkenaan asal usul Naginata masih diperdebatkan. Dikatakan ia dihasilkan pada waktu sama seperti Kabudo (seni bela diri purba) yang mengubah alat pertanian sebagai senjata. Satu lagi teori mengatakan ia dihasilkan oleh seorang samurai yang bijak yang memerlukan senjata panjang dan mengikat pedang pada sebatang kayu. Satu lagi teori mengatakan ia adalah hasil orang jepun mengubah "guan dao" dari China yang sama dengannya. Mungkin penjelasan yang paling mudah adalah keperluan senjata panjang.

~~Dalam budaya seluruh dunia, senjata panjang adalah senjata yang bukan sahaja digunakan oleh pahlawan individu, tetapi formasi tentera di medan perjuangan yang luas dan bukannya untuk pertarungan satu lawan satu. Apabila bertarung secara dekat, senjata dua tangan untuk membelah dan menikam adalah lebih efisien daripada lembing ataupun pedang disebabkan cara penggunaan. Bertarung dalam formasi yang besar tidak memerlukan kebolehan mengendalikan senjata persendirian seperti yang diperlukan oleh seorang ahli pedang. Naginata sama seperti "glaive" bangsa Eropah dan "guan dao" bangsa China, dan ia adalah sebahagian daripada perkembangan sejajar penggunaan senjata.

bersambung...

ABU BAKAR BA'ASYIR (Ketakutan Amerika!) 3


~~ 25 September 2002, dalam wawancara khusus dengan wartawan TEMPO, Ba'asyir mengatakan bahawa selama di Malaysia dia tidak mewujudkan sebarang organisasi atau apa-apa gerakan Islam. "Saya tidak ikut-ikut politik. sebulan atau dua bulan sekali saya akan turun ke Singapura. Kami memang mengajarkan jihad. dan ada di antara m vrereka berjihad ke Filipina dan Afghanistan. semuanya bersifat perseorangan."

~~1 Oktober 2002, Ba'asyir mengatakan berita yang ditulis di dalam Majalah TIME pada tanggal 23 September 2002 mencemarkan nama baiknya. Ba'asyir membantah semua tuduhan yang ditujukan kepadanya. Malahan dia juga mengatakan tidak langsung mengenali Al-Farouq.

~~11 Oktober 2002, Ba'asyir meminta pemerintah membawa Omar Al-Farouq ke Indonesia berkaitan dengan pengakuannya mengenali Abu Bakar Ba'asyir. Atas dasar tuduhan Amerika Syarikat yang mengatakan Farouq terlibat dalam jaringan al-Qaeda dan aksi-aksi teroris menurut CIA yang dilakukan di Indonesia, Ba'asyir mengatakan sudah semestinya al-Farouq dibawa dan diperiksa di Indonesia.

~~14 Oktober 2002, Ba'asyir mengadakan sidang akhbar di pondok al-Islam, Solo. Dalam perjumpaan itu, Ba'asyir mengatakan bahawa itu adalah usaha Amerika Syarikat untuk membuktikan tuduhan selama ini bahawa Indonesia adalah "sarang teroris".

~~17 oktober 2002, Markas Besar Polri telah menghantar surat panggilan sebagai tertuduh kepada Ba'asyir. Namun, Ba'asyir tidak memenuhi panggilan MABES Polri untuk memberi keterangan mengenai pencemaran nama baiknya yang dilakukan oleh Majalah TIME.

~~18 Oktober 2002, Baasyir ditetapkan sebagai tertuduh menyusul pengakuan al-Farouq kepada Timbalan Mabes Polri di Afghanistan juga sebagai salah seorang tertuduh yang melakukan pengeboman di Bali.

~~3 Mac 2005, Ba'asyir dinyatakan bersalah atas konspirasi serangan bom 2002, tetapi tidak disabit bersalah atas tuduhan terkait dengan bom 2003. Dia divonis 2-6 tahun penjara.

~~17 Ogos 2005, Masa tahanan Ba'asyir dikurangkan 4 bulan 15 hari. Hal ini merupakan satu tradisi pada peringatan Hari Kemerdekaan Indonesia. Dia dibebaskan pada 14 Jun 2006

** Pada tanggal 9 Ogos 2010 Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat. Ketua unit antikeganasan kerajaan, Ansyaad Mbai menyatakan Abu Baka]t terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh. Mereka merancang membunuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jamaah Ansharut Tauhid (JAT)

ABU BAKAR BA'ASYIR (Ketakutan Amerika!) 2

~~10 Januari 2002, Ketua Kejaksaan Negeri (KEJARI) Sukaoharjo, Muljadji menyatakan bahawa pihaknya akan segera memberi kata putus mengenai penarikan balik hukuman Mahkamah Agung terhadap pemimpin tertinggi Majelis Mujahidin Indonesia (MMI), Abu Bakar Ba'asyir. Untuk itu, KEJARI akan segera melakukan koordinasi dengan POLRES dan Kodim Sukoharjo.

~~25 Januari 2002, Ba'asyir memenuhi panggilan untuk melakukan klarifikasi di MABES (Markas Besar) Polri. Beliau datang ke Gedung Direktorat Intelijen di Jakarta sekitar jam 9.30 pagi ketika konferensi pers (sidang akhbar). Pengacara Abu Bakar Ba'asyir, Achmad Michdan mengatakan pemanggilan Abu BAkar Ba'asyir oleh Mabes Polri bukan sebahagian daripada tugas INTERPOL untuk memeriksa Ba'asyir. "Pemanggilan itu merupakan klarifikasi dan pengayoman terhadap warganegara." Tegas Achmad.

~~28 Februari 2002, Menteri Senior Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan Indonesia terutama Kota Solo sebagai "sarang teroris". Salah satu teroris yang dimaksudkan ialah Ba'asyir yang dikenali sebagai ketua JI.

~~19 April 2002, Ba'asyir menolak eksekusi atas keputusan Mahkamah Agung (MA), untuk menjalani hukuman pidana (kesalahan jenayah) selama 9 tahun penjara ke atas dirinya dalam hal penolakannya terhadap pancasila sebagai asas tunggal pada 1982. Ba'asyir menganggap, Amerika Syarikat berada disebalik eksekusi atas keputusan yang sudah diputuskan itu.

~~20 April 2002, Ba'asyir meminta perlindungan hukum kepada pemerintah kalau dipaksa menjalani hukuman sesuai dengan keputusan pembatalan hukum Mahkamah Agung pada tahun 1985. Hal ini disebabkan, dasar hukum untuk penghukuman Ba'asyir iaitu Undang-undang bernombor 11/PNPS/1963 mengenai Pembanterasan Tindak Pidana Subversi kini tidak berlaku lagi dan pemerintah sudha pun memberi pengampunan (amnesti) serta abolisi kepada tahanan narapidana politik (tahanan politik).

~~April 2002, pemerintah masih mempertimbangkan akan memberikan amnesti kepada Ba'asyir yang dijatuhi hukuman penjara selama 9 tahun oleh Mahkamah Agung kerana dinilai melakukan tindak pidana dengan menolak asas pancasila. Menurut Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia (MENKEH dan HAM), Yusril Ihza Mahendra ternyata Ba'asyir belum termasuk tahanan politik / narapidana politik yang memperoleh amnesti dan abolisi dalam pemerintahan Presiden Habibie mahupun Abdurrahman Wahid.

~~8 Mei 2002, Kejaksaan Agung (KEJAGUNG) akhirnya memutuskan tidak akan melaksanakan eksekusi terhadap Abu Bakar Ba'asyir atas keputusan Mahkamah Agung untuk menjalani hukuman pidana selama 9 tahun penjara. Baginya dasar eksekusi tersebut yakni undang-undang nombor 11/PNPS/1963 sudah dicabut dan melanggar hak asasi manusia (HAM). Sebaliknya, KEJAGUNG menyarankan kepada Ketua KEJARI sukoharjo, Jawa Tengah untuk meminta amnesti bagi Ba'asyir kepada Presiden Megawati Soekarnoputri.

~~8 Ogos 2002, Organisasi MMI mengadakan Kongres pertama di Yogjakarta untuk membentuk pimpinan mujahidin. Maka Ustaz Abu Bakar Ba'asyir dilantik menjadi ketua sementara.

~~19 September 2002, Ba'asyir terbang ke Medan dan Banjar Masin untuk berceramah. dari sana, dia kembali ke Ngruki untuk mengajar di pesantrennya (asrama)

~~25 September 2002, Majalah TIME menulis artikel dengan tajuk "Confessioms of an al-Qaeda Terrorist" yang menyatakan bahawa Abu Bakar Ba'asyir disebut sebagai dalang peledakan di Masjid Istiqlal. TIME menduga Ba'asyir sebagai sebahagian dati jaringan terorisme antarabangsa yang beroperasi di Indonesia. TIME mengutip dari dokumen CIA mengatakan bahawa Ba'asyir "terlibat dalam pelbagai plot". Menurut pengakuan Umar Al-Farouq, seorang pemuda Yaman berusia 31 tahun yang ditangkap di Bogor pada Jun, mengaku menjadi tenaga kerja al-Qaeda di asia tenggara. Dia juga mengatakan mempunyai hubungan yang agak rapat dengan Abu Bakar Ba'asyir. Menurut pelbagai laporan tyang dikombinasikan dengan siasatan majalah TIME, Ba'asyir merupakan pemimpin spiritual Jamaah Islamiyah yang bercita-cita membentuk negara Islam di Assia Tenggara. Ba'asyir juga dituduh mengetuai Gerakan Farouq

bersambung...

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com