~~Kiasan ciptaan Allah~~


Salam Warahmatullah,

~~Di malam yang hening ni, entah kenapa mata saya tak rasa mengantuk. tiba-tiba saya memikirkan tentang satu ciptaan Allah yang maha Hebat.

~~Saya ada bertanya pada kawan-kawan saya tentang dua jenis bunga yang masing-masing mengeluarkan haruman menawan. Tetapi berbeza karakternya.

~~Soalan saya pada mereka adalah seperti ini: "Apakah bayang yang cuba disampaikan oleh Allah menerusi penciptaan bunga melur dan bunga mawar?" Untuk pengetahuan kalian, banyak juga jawapan yang saya terima, ada yang kata untuk buat perfume. Hehe. betul jugak ye, bunga tu wangi, boleh buat perfume. Bijak kawan saya yang sorang ni.

~~Ada juga sahabat saya siap nyanyi lagu "Kau mawarku"..wah teringat kat zul 2 by 2 dengan Siti Nurhaliza. haha. Apapun, macam pendapat yang saya terima. dan ini adalah pendapat yang lahir dari hati saya.

~~Mari, saya bercerita tentang bunga melur dahulu. seperti mana yang saya tahu, bunga melur hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu putih bersih. Bunganya tidak terlalu besar, kecil sahaja. Sudahlah bunganya kecil, tersembunyi pula disebalik dedaunan rendang. Kita hanya menyedari wujudnya bunga melur apabila terhidu haruman yang wangi. Naluri seorang manusia, pasti mahu melihat gerangan apakah haruman itu..lalu terpaksa menyelak segala daunnya untuk mencari sekuntum bunga melur. Tetapi awas!! di situ seringkali menjadi tempat ular bersarang...

~~Perenggan seterusnya, saya bercerita pula mengenai bunga mawar. Terutama dalam kalangan kaum wanita tahu bahawa bunga mawar ni banyak warna selain daripada merah dan putih. Amat pelbagai warna yang ada. Tambahan apabila dikacukkan. Warnanya amat menyerlah menjamu mata-mata pemerhatinya. Bunganya besar dan begitu mudah dilihat. Baunya tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan bunga melur. Cukup harum. Namun, tidak seperti bunga melur, bunga mawar tidak terpelihara dengan litupan daun-daun yang menutupi parasnya. tak perlu susah mencari untuk memetik bunga mawar. Tetapi awas!! duri yang terhias akan melukakan jemarimu...

~~Andai kita bijak menafsir segala ciptaan Allah, maka beruntunglah kita sebagai manusia. Kerana itu adalah kiasan Allah untuk mengubah perangai manusia. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba-hambaNYA amat mudah lupa dan lalai apatah lagi diuji dengan kemewahan...Begitu juga dengan ciptaan haiwan. Berani saya katakan..sebanyak mana kita lihat sifat dan perangai haiwan..sebanyak itulah sifat dan perangai manusia di muka bumi ini. Wallahu'alam...

3 comments:

  1. teka teki yg memeningkan kepala kami ahahaha..

    ReplyDelete
  2. hehehe, sebab tu pia cecepat bg jawapan. kang lagi pening. hehehe

    ReplyDelete
  3. tetiba hati ini syahdu...bila terus berfirkir...

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com