NAGINATAJUTSU 2

~~Istilah Naginata mula muncul di dalam catatan sejarah Kojiki pada tahun 712 dan digunakan oleh tentera oleh tentera sami sewaktu zaman Nara pada abad ke-6. Di dalam lukisan babak peperangan yang dibuat semasa Perang Tengyo pada tahun 936, Naginata boleh dilihat sedang digunakan. pada tahun 1086, buku "Oshu Gosannenki" (Diari Tiga Tahun Di Oshu) menyatakan penggunaan Naginata dalam pertempuran dicatat buat pertama kalinya.

~~Di zaman ini, naginata di anggap sebagai senjata yang paling efektif oleh pahlawan. Semasa Perang Genpei (1180-1185), Puak Taira bertempur dengan Puak Minamoto, Naginata terus dilihat sebagai sesuatu yang penting. Pertempuran tentera berkuda menjadi penting pada masa ini dan Naginata terbukti berkesan untuk menentang mobilitinya. Penggunaan naginata yang meluas sebagai senjata utama di medan tempur memaksa kepada pengenalan Sunaete (Zirah yang melindungi kaki seperti yang dipakai oleh pemain bola sepak) sebagai sebahagian daripada sistem baju zirah Jepun.
~~Mungkin sekali pahlawan wanita yang paling terkenal dan contoh terbaik wanita di dalam masyarakat Jepun dan budaya seni bela diri adalah Tomoe Gozen dan Hangaku Gozen (kadangkala dikenali sebagai Itagaki). Mereka berdua aktif pada hujung Zaman Heian dan permulaan Zaman Kamakura serta dikatakan amat gagah di dalam pertempuran.

~~Di dalam kisah Heike Monogatari, Tomoe Gozen muncul sebagai seorang jeneral di dalam tenteranya dandigambarkan sebagai "seorang yang cantik dengan kulit yang putih, berambut panjang dan lembut. Dia seorang pemanah yang handal, dan sebagai seorang pemain pedang, dia adalah seorang pahlawan yang tiada gantinya. Apabila ada pertempuran, dia akan muncul sebagai kapten, dilengkapi dengan zirah yang kuat, Naginata dan busur."
~~Bagi Itagaki pula, dia seorang pemanah yang handal dan mengetuai 3 ribu orang pahlawan yang ditempatkan di Kota Toeizakayama. Seramai 10 ribu pahlawan puak Hojo dihantar untuk menawan kota itu dan Itagaki membawa tenteranya keluar daripada kota itu, membunuh ramai penyerang sebelum ditewaskan. Pada abad ke-17, kemunculan senjata api menyebabkan Naginata jarang sekali digunakan. Namun, Naginata memperlihatkan kegunaannya di dalam peperangan di Aizu pada tahun 1868 dan 1876 di Satsuna. Kedua-duanya digunakan oleh pahlawan perempuan.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com