NAGINATAJUTSU


~~Naginatajutsu adalah seni bela diri jepun yang menggunakan naginata, sejenia senjata panjang yang berupa seperti lembing tetapi mempunyai bilah katana. Apa yang lebih istimewa tentang Naginatajutsu adalah ia sentiasa dilihat sebagai seni bela diri yang bukannya digunakan oleh pahlawan lelaki, tetapi perempuan. Sebenarnya Naginatajutsu dihasilkan oleh sami pahlawan pada zaman pertengahan Jepun dan turut digunakan oleh golongan Samurai. Kebanyakan Naginatajutsu yang wujud pada hari ini telah berkembang kepada bentuk yang moden dan menjadi sejenis sukan.

~~ Pada asalnya, Naginata digunakan untuk menentang tentera berkuda. Panjangnya membolehkan pengguna berada di jarak yang selamat daripada kuda dan penunggangnya. Semasa zaman Sengoku (1573-1676) yang penuh dengan konflik ketenteraan, Naginata telah ditukar menjadi simbol status pahlawan wanita, di samping menjadi satu cara untuk wanita mempertahankan keluarganya ketika suami pergi berperang.

~~Oleh itu, memang penting untuk mereka mempunyai kebolehan bersenjata yang mempunyai jarak yang panjang untuk mempertahankan diri dari musuh yang menunggang kuda. Selain itu, kebanyakan wanita lemah dalam pertarungan jarak dekat di mana lelaki boleh menggunakan berat badan dan kekuatan badan untuk menanganinya. Wanita yang berbadan kecil tetapi mahir dalam Naginata boleh memastikan setiap lawan berada di jarak yg jauh, di mana, kekuatan, berat badan serta pedang tidak berguna langsung.

~~Zaman ini juga memperlihatkan kedudukan Naginata bertukar menjadi seni senjata wanita dan ia adalah simbol kepada kesetiaan wanita terhadap keluarganya.

~~Pelbagai teori berkenaan asal usul Naginata masih diperdebatkan. Dikatakan ia dihasilkan pada waktu sama seperti Kabudo (seni bela diri purba) yang mengubah alat pertanian sebagai senjata. Satu lagi teori mengatakan ia dihasilkan oleh seorang samurai yang bijak yang memerlukan senjata panjang dan mengikat pedang pada sebatang kayu. Satu lagi teori mengatakan ia adalah hasil orang jepun mengubah "guan dao" dari China yang sama dengannya. Mungkin penjelasan yang paling mudah adalah keperluan senjata panjang.

~~Dalam budaya seluruh dunia, senjata panjang adalah senjata yang bukan sahaja digunakan oleh pahlawan individu, tetapi formasi tentera di medan perjuangan yang luas dan bukannya untuk pertarungan satu lawan satu. Apabila bertarung secara dekat, senjata dua tangan untuk membelah dan menikam adalah lebih efisien daripada lembing ataupun pedang disebabkan cara penggunaan. Bertarung dalam formasi yang besar tidak memerlukan kebolehan mengendalikan senjata persendirian seperti yang diperlukan oleh seorang ahli pedang. Naginata sama seperti "glaive" bangsa Eropah dan "guan dao" bangsa China, dan ia adalah sebahagian daripada perkembangan sejajar penggunaan senjata.

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com