PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (Keesaan Zat, Sifat dan Afaal Allah Taala)


SOALAN: Apakah yang dimaksudkan mengesakan zat Allah Taala, sifatNya dan afaalNya?

JAWAPAN:

~~Mengesakan Allah Taala bermaksud tidak ada yang maujud (yang ada) di alam ini hanya Allah Taala sahaja. Wujud yang lain daripada Allah Taala itu, tidak wujud pada hakikatnya. Umpama wujud bayang-bayang yang tidak ada sebenarnya.

~~Mengesakan Sifat Allah Taala bermaksud tidak ada sesiapa yang hidup, tidak ada sesiapa yang mengetahui, dan tidak ada sesiapa yang berkehendak, tidak ada sesiapa yang mendengar dan tidak ada sesiapa yang berkata-kata pada hakikatnya, melainkan Allah Taala. Sifat yang zahir pada makhluk ini merupakan tempat memandang sifat Allah (Tuhan) yang zahir pada makhluk, iaitu bayang-bayang sifat Tuhan yang ada pada hamba seperti kewujudan kita adalah bayang-bayang kewujudan Allah Taala. Mustahil boleh wujud bayang-bayang tanpa ada empunya bayang. Malah mustahil boleh bercerai bayang-bayang dengan empunya bayang-bayang.

*Semua contoh tersebut dibuat untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas. Padahal Allah Taala itu Maha Suci daripada dibuat contoh dan tasybih (penyerupaan). Ini kerana, bayang-bayang hanya ada pada benda yang keras seperti kayu dan batu, sedangkan zat Allah tidak ada ain. Ibarat cahaya matahari menunjukkan adanya matahari.

~~Mengesakan afaal Allah bererti tidak ada sesiapa yang memiliki perbuatan alam ini melainkan perbuatan Allah Taala. Tidak ada langsung perbuatan manusia dan makhluk walau sebesar zarah di alam ini. Sekiranya anda mengatakan bahawa makhluk ada perbuatan ikhtiar sendiri, walau sebesar zarah sekalipun, anda dikatakan SYIRIK.

~~Sementara yang dikatakan makrifat itu ialah membezakan antara muhaddas (yang baru) dengan yang qadim (sedia ada/kekal), sekiranya tidak tahu membezakannya, maka dikatakan sebagai jahil muraqab iaitu tersusun dua kejahilan.

~~Pertama: Jahil tentang dirinya
~~Kedua: Jahil tentang Tuhannya

6 comments:

  1. Bila seorang hamba yang dikasihi Allah, maka penglihatan-nya menjadi penglihatan Allah. Apabila seorang mengalami fana fillah, apa yang ada disekelingnya (dunia nyata) akan binasa, ertinya tiada ujud termasuk diri itu melainkan hanya nur zat Allah. Sesiapa yang dikehendaki Allah untuk diberi petunjuk kepada hamba tersebut, maka tahulah apa erti sebenar ma'rifat dan ujud hanya Allah semata-mata. Jika masih belum menyaksikan, diri itu akan membuat pelbagai alasan untuk membenarkan keadaan dirinya, dan alasan demi alasan tidak akan dapat merobah keadaan melainkan Allah yang berkehendak sehingga Allah berkata,"Jika kau berkehendak, maka tiada ujud Aku, tapi jika Aku berkehendak, maka ujud Aku". Begitulah keadaan sikap manusia, selalu berkehendak atas kemahuannya dengan ilmu dan amalnya padahal segala ilmu yang dimiliki seorang akan kembali kepada Allah dan ilmu itu hanya sebagai sandaran untuk dirinya waktu dia hidup agar diri itu terbimbing dan mendapat bimbingan dari Allah bukan diri itu yang membimbing dirinya sendiri dengan ilmu yang dimilikinya, memikirkan itu hak dia.
    Allahu aliyul alim.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam..bila da baca artikel nie..ati nie seakan-akan memberontak ingin mengetahui..kalau kita wat dosa..adakah itu di kira sume itu adalah kehendak Allah jua?

    Pencari jalan pulang dari terus jauh menyimpang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam warahmatullah.

      ~~sebenarnya Allah tak suruh kita buat dosa. dalam al-quran pun banyak sekali ayat2 firman yg menyuruh kita menghindar perbuatan dosa. jadi dosa itu adalah atas dorongan hawa nafsu kita sendiri. rasulullah pernah cakap : " perang yang paling besar adalah memerangi hawa nafsumu sendiri."

      Delete
  3. terima kasih diatas perkongsian ini...
    tiada lain yang berkuasa melainkan Allah...
    Allah hu akhbar..

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com