PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (Mengenal Diri dan Mengenal Allah)


~~Soalan : Ke manakah tertaklunya makrifat, mengenal diri dan mengenal Allah?

~~Jawapan : Makrifat tertakluk kepada mengenal diri, sementara mengenal diri pula tertakluk kepada mengenal Allah manakala mengenal Allah pula tertakluk kepada memfana'kan (membinasakan) wujud dirinya. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh sabda Nabi (S.A.W) :

~~ertinya :"Sesiapa yang mengenal dirinya, tentu dia akan mengenal Tuhannya dan sesiapa yang mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya."

~~Soalan : Ketika itu siapa yang mengenal dan siapa pula yang dikenal?

~~Jawapan : Yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal. Sebagaimana isyarat sabda Nabi (S.A.W) :

~~Ertinya:" Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku."

~~Soalan : Dengan apakah kita mengenal Tuhan itu kerana Tuhan itu tidak ada 'ain bagi-Nya (iaitu tidak boleh nampak dengan mata kasar)?

~~Jawapan : Kita boleh mengenal Tuhan dengan sifat-sifatNya iaitu bekas sifat-sifatNya. Sebagaimana firman Allah Taala (Hadis Qudsi):

Ertinya:" Aku menjadikan tiap-tiap sesuatu supaya mengenal Aku yang ada pada tia-tiap suatu."

~~Soalan : Yang manakah dinamakan sifat

~~Jawapan : Yang dinamakan sifat itu ialah sesuatu yang menunjukkan sesuatu yang bertambah ke atas zat iaitu sifat namanya.

36 comments:

  1. Kenal dahulu iblis itu rata2...baru kenal allah..kerana iblis itu musuhnya...jgn hanya tahu diatas nama dan mengatakan apa sahaja atas sebabnya..kerana itu lah yang dikatakan syirik..iklas dari iblis yang mengetahui kajian

    ReplyDelete
    Replies
    1. iblis itu susah utk dikenal. kenal diri yg mempunyai sifat iblis, itu yg sebetulnya :)

      Delete
  2. kenl iblis plok dio... x dop pekdoh lasung kenal iblis... hok x molek tu iblis blako...

    ReplyDelete
  3. Kenal tu secara literal melalui makrifat bukan secara akademik.

    ReplyDelete
  4. Kenal yg mana satu, yang mana satu dinamakan kenal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal yang mengenali. bukan berkenalan. heheh :)

      Delete
  5. Jika tidak, syok sendiri namanya. Cakap x serupa bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. syok sendiri dengan Maha Mengenal pun bahaya. takut lain jadinya. :)

      Delete
  6. Kitab2 lama spt kashful asrar, muftajannah,darul nafis x tunjuk camna nak bikin amal. Den dah baca tahun 76 dulu. Kena ada mursyid yg dah khawas ul khawas , ahli saufi atau sekurang2nya kasyaf hati (kasyaf mata x leh lagi, belum kenal nyawa). Jika tidak gila isem la jadinya. Berbanyak ampun dan maaf jika menyinggung perasaan sesiapa. Bukan apenya, saja nak test tab10.1 aje. Dah lama benar tinggal alam internet nie. Malas nak pakai keyboard conventional tu. He...he...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah 76 tahun dulu? sekarang umur berapa?

      ~~saya tak ada tab pun. pakai jelah yang biasa ni. hehehe

      Delete
    2. Tahun 1976 bukan 76 tahun

      Delete
    3. hahah, salah baca. sorry :)

      Delete
    4. salam

      rasanya mcm kenal pun kita [Anonymous]..baguslah ada usaha mencari erti diri..cari dalam diri kamu bukan di luar..jadikan Quran sebagai panduan..kerna Quran itu KITAB..hehehehe..

      Delete
  7. asalkan niat ingin mendekatiNya, nescaya Ia akan lebih mendekati kita. Tanpa sesat tiadalah yg benar... Maka ia akan tunjukkan jalan menuju kepadaNya iaitu melalui ilmu. Ilmu itu hanya akan menyampaikan kepada hadapan pintu baitullah sahaja, untuk memasuki baitullah perlulah ditinggalkan segala ilmu. "hai jiwa2 nan tenang,kembalilah dalam keadaan redho dan meredhoi".....tanpa apa2 bekal hanya dirimu sahaja,masuklah ternyata kau akan melihat Aku sendiri.

    ReplyDelete
  8. betul la tu...seorang hamba itu kena mematikan dirinya.maksudnya buang segala sifat keduniaan dan juga sifat kebinatangan.dan tenggelam dengan lakuan allah semata.sebagai status seorang hamba,kita ini manusia hanyalah menyerah.seorang hamba hanyalah sebagai alat,robot...yang dicontrol dan dipandu oleh allah.tidak patut untuk kita manusia berkehendak.seolah-olah kita mengajar tuhan apa yang baik untuk kita.mana tahu yang kita sangka baik itu,sebenarnya tidak baik buat kita.sepatutnya kita redha dengan apa sahaja lakuannya pada kita.baik dan buruk adalah ujian semata.

    ReplyDelete
  9. banyakkan berguru,bukan mengumpul banyak buku.....mohon maaf,mencelah tanpa izin....

    ReplyDelete
  10. Mengenal diri dulu baru mengenal Allah. boleh terangkan siapa diri kita ni? Adakah jasad ini diri kita atau kita ini hanya roh. Jikalau hendak mengenal Allah boleh terangkan sifat Allah? Apa tujuan kita hidup di dunia ini? dan kemana kita akan pergi selepas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berjumpa guru la. kalau saya taip kat sini, org kata sesat. :)

      Delete
  11. Carilah aku di dalam aku, aku bersembunyi di dalam terang. Tahajjud & tafakkur agar yang lurus menjadi terang.

    ReplyDelete
  12. aku mengenal ALLAH dengan ALLAH. sifat 20 yg kita blajar 2 cuma tamsilan sahaja. ALLAH bukan ain, ALLAH bukan benda, ilmu yg ada pada kita sekalipun ilmu makrifat xdpt megenal ALLAH dengan mutlak. Hanya ALLAH sahaja yang mengenal Diri Nya sendiri. Hamba spt kita nie dapat mengenal ALLAH jika ALLAH izinkan. ALLAH itu zat yang ghaib, mana mungkin makhluk zahir spt kita dapat mengenal yang batin dan ghaib. tapi, mencari ilmu itu fardhu. ilmu makrifat itulah ilmu penamat. ilmu yang sebenar-benar ilmu.

    ReplyDelete
  13. maafkan hamba jika tersalah bicara. hamba tidak layak utk berbicara isu ini, janganlah berbalah lagi..hendak mengenal ALLAH itu tidak memerlukan kepada sebarang dalil. tiada yang serupa dengan ALLAH. i love u all.

    ReplyDelete
  14. kalbu mukminin baitullah...hati seorang mukmin istana mahligai bagi Allah...awalluddin makrifatullah..Awal agama menganal Allah...kenal diri rata rata kenal Allah yang nyata..bace buku xkan dapat petunjuk jika kita sebok mengaji tanpa mengkaji..Allah sediakan dunia untuk mengenal dia..wujud manusia untuk memujinya..jadikan satu kepada yg banyak jadikan yang banyak kepada satu dan jadikan satu kepada yang satu..baru lenyap diri wujud yang satu..

    ReplyDelete
  15. Surah al bakorah.. ayat 115.. di mana saja kita pandang itu wajah Allah... cuba korang cari kisah Nabi Musa a.s nk tngk wajah Allah

    ReplyDelete
  16. jika nak cari guru,pasti belum tentu jumpa kalau bukan dgn kehendak.Berserah diri saja kepada Allah, yang membawa maksud segala perbuatan, nama, sifat dan roh kamu kepada tuhan yang Esa. Nafi diri kamu dan Isbat kan hanya Diri Nya sahaja. Barulah kamu kenal Allah.Tetapi perlu ada amalan.

    ReplyDelete
  17. Hahaha...masing2 nk tunjuk dia handal...ilmu mengenal bkn bualan kedai kopi der...chill yo..kipidap

    ReplyDelete
  18. kenal diri rata rata supaya mengenal allah yang nyata

    ReplyDelete
  19. mcm mana sy nk knal Allah..xkn melaluai fikiran je..ada x amalan yg perlu sy buat..mana taw ada guru dtg dlm mimpi..skg ni sy bleh melihat sesuatu yg amat hebat..sy bleh trbang

    ReplyDelete
  20. Kemuncak ilmu, 'tidak tahu' ..
    Kemuncak kenal, tiada daya lagi 'mengenal'

    “Hakikat Tauhid (sebanar-benarnya tauhid) tiada lagi tanya, kenapa dan bagaimana.”

    Rasa yang tiada berasa..

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com