PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA(Mengenal Zat, Sifat, Afaal dan Asma Alla)

~~Soalan : Apakah erti sifat, zat, afaal dan asma?

~~Jawapan : Sifat ertinya tabiat-Nya, zat ertinya diriNya, Afaal ertinya perbuatanNya dan Asma' ertinya namaNya.

~~Soalan : Yang manakah dinamakan Asma'?

~~Jawapan : Yang dinamakan Asma'itu ialah sesuatu yang menunjukkan sesuatu iaitu asma' namanya.

~~Soalan : Siapakah yang memberikan nama Allah Taala itu?

~~Jawapan : Allah sendiri yang memberikan namaNya, Allah Taala; bukan makhluk yang memberikan namaNya.

~~Soalan : Nama Allah Taala itu Qadim atau hadis?

~~Jawapan : Nama Allah Taala itu Qadim, bukan hadis (baru)

~~Soalan : Bagaimanakah Allah Taala itu ada? Berikan hukum.

~~Jawapan : Allah Taala itu wajib wujud (Ada), Qidam (sedia ada), baqa' (kekal), Mukhalafatuhu lilhawadis (berlainan daripada segala yang baru), berdiri dengan sendiri (qiamuhu binafsihi) dan wahdaniyat (esa).

~~Soalan : Apakah perbezaan antara sifat dengan mausuf, antara wujud dengan maujud, antara ilah dengan ilahiyah, antara ilah dengan Allah? Berikan jawapannya.

~~Jawapan :
  • Perbezaan antara sifat dengan mausuf ialah sifat itu kenyataan (yang menampakkan diri) mausuf.
  • Wujud boleh menampakkan diri maujud.
  • Ilah menyatakan diri ilahiyat, Allah itu ialah Ilah yang kaya daripada tiap-tiap sesuatu yang lain dan sesuatu yang lain memerlukannya.
  • Allah pula adalah nama Tuhan yang wajibul wujud yang mempunyai dua puluh sifat yang wajib diketahui.
~~soalan : Berikan jawapannya samada sifat itu berkongsi dengan zat?

~~Jawapan : Sifat itu tidak bercerai dengan zat dan tidak bersekutu dengan zat. Kita tidak dapat mengetahui kaifiatnya.

~~Soalan : Berikan kami hukumnya sama ada sifat itu sesuatu atau dua suatu zat?

~~Jawapan : Sifat itu tidak boleh dikatakan sesuatu dan dua suatu dengan zat. Kita tidak dapat mengetahui kaifiatnya.

~~Soalan : Apakah perbezaan antara zat dengan sifat?

~~Jawapan : Perbezaan zat dengan sifat ialah zat itu diri-Nya dan sifat itu kelakuan-Nya. Inilah perbezaannya.


1 comment:

  1. terima kasih kerana menyampaikannya dsini...saya orang baru dalam bidang ini...dengan penjelasn ini sedikit sebnyak boleh menbantu perjalanan saya...harap2 berterusan...

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com