TAAT PADA SUAMI!!


Taat Suami

BH 5 Mac 08



Peguam Syarie Menulis:


Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak

Oleh Mohamad Isa Abd Ralip



KISAH segelintir wanita sudah berkahwin yang sanggup diusung lelaki lain untuk berhibur hingga ke bilik tidur yang didedahkan akhbar begitu mengejutkan. Malah, mereka sanggup bertukar pasangan antara satu sama lain, sentiasa terbuka menerima kenalan baru untuk dijadikan pasangan. Ini perkara serius yang tidak wajar dipandang ringan walaupun ia dikatakan sebagai kes terpencil. Walau apa alasan mereka seperti tidak puas atau tidak menerima nafkah batin daripada suami, perlakuan sedemikian bukan jalan singkat yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah. Menurut tokoh agama, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan isteri yang menjalin hubungan bersama lelaki lain tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja tidak bermoral, malah lebih teruk daripada nusyuz iaitu tidak menghormati atau ingkar kepada suami. Seorang isteri sewajarnya tidak memandang lelaki lain selain suaminya.

Seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.

Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)


Oleh itu, dapat dilihat di sini pentingnya isteri mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya." (Surah an-nisa', ayat 33)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh."


Tidak ada peruntukan khusus dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau pun Akta Undang-undang Keluarga Islam terhadap dakwaan nusyuz. Cuma dinyatakan mengenai aspek peruntukan nafkah terhadap isteri yang nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan: "Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain; Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;
Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau Apabila dia enggan bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab sah mengikut hukum syarak."


Berdasarkan peruntukan itu, seorang isteri adalah tidak berhak menerima nafkah daripada suaminya jika beliau enggan mengikut perintah sah suaminya dengan melakukan satu atau semua perkara di atas. Namun demikian, mengikut peruntukan sama, seorang isteri tidak dikatakan nusyuz melainkan perbuatannya disahkan mahkamah terlebih dulu. Bagaimanapun, Seksyen 60 (3) Enakmen yang sama memperuntukkan: "Selepas saja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz."

Oleh itu, walaupun isteri nusyuz atau enggan mengikuti perintah sah suaminya, tetapi kemudian dia bertaubat dan menurut semula kehendak suaminya, tidaklah dianggap nusyuz lagi dan dalam keadaan ini suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tindakan dilakukan wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki lain sebenarnya lebih teruk daripada nusyuz kerana isteri sudah menduakan suami tanpa pengetahuan suami, malah yang lebih teruk lagi mereka mencampakkan diri ke lembah kehinaan dengan melakukan perzinaan.

Perilaku itu sewajarnya dibendung bukan di kalangan isteri saja, malah kepada pasangan mereka. Perbuatan mereka memberi kesan buruk kepada diri, agama dan masyarakat dan permasalahan ini akan menjadi lebih rumit jika isteri tadi mengandung serta melahirkan anak di luar nikah. Adalah diingatkan kepada mereka, pulanglah ke pangkuan suami serta ke jalan yang benar. Jika sudah terlanjur, maka kembalilah kepada Allah dengan bertaubat nasuha serta berniat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya. Zina sangat besar dosanya dan memberi kesan buruk kepada masyarakat.


Firman Allah bermaksud: "Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan." (Surah al-Isra, ayat 32)

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysi

15 comments:

  1. zaman sekarang baik lelaki baik perempuan lebih2 pasangan yang dah berkawin dah jadi cam trend pulak tak ingat dosa.tgh2 curang n bersama tu kojol time tu baru tau..

    ReplyDelete
  2. trime kasih kak ats p'kongsian ilmu nie...mudah-mudahan kite d'jauhkan dr perkara2 mcm nie...

    ReplyDelete
  3. kak mieza//kojol tak sempat mengucap, lagi mati dalam keadaan terkutuk. mintak dijauhkan dari kehidupan kita...

    along//amin. mudah2an dijauhkan...

    ReplyDelete
  4. zaman skg tidak tau knapa tlalu ramai istri nusuz mungkin akibat pgaulan bebas dan pengaruh hidup barat berpaksi nafsu n hiburan n maksiat.kes2 minta cerai bleluasa skg.janda2 yg tidak baik akhlak pula jd tarikan istri2 lain meninggalkn suami n anak2 dgn pelbagai alasan, bermula x suka menutup aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahu'alam. hehe. semoga saya kawan2 bukan golongan itu. amin :)

      Delete
  5. kep yc bgelar istri taat lah pd suami kerna itu syurga mu kcuali suami mu blaku zalim. jgn tinggal anak2 demi mgejar nafsu n melayan dunia yg melalaikn .jd lah istri solehah n tutuplah aurat, bila akhlak wanita hancur maka bleluasa lah medan maksiat .tgn mehayun buai bole mgoncang dunia.tmasuk dunia rumah tgga.kep istriku jika tbaca nota ini pintaku pulanglah ke pgkuan suami n anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. terima kasih atas peringatan ni :)

      Delete
  6. kalau aq wanita.....
    aq mahu berkongsi hidup dgn lelaki bergelar suami,
    aq akan mnjadi penasihat secara tidak langsung pd suamiku.Aq akan taat pd suami ku kcuali bersalahan pd agama.aq ingin mjadi plahir zuriat dan ciri2 ibu mithali.aq jd hairan rmai kwn kakak2 ku tidak hrmat pd suami mereka ,tidak mnutup aurat , berpoya - poya , boros , jauh skali berakhlak yg baik . penting kn melawa bkan untuk suami mereka di luar rumah . walau ku lihat suami2 mereka mjaga kpentingan isteri . - NUR AINI ZALINA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~~setiap isteri yng normal, mahu menjadi sebaik itu..

      Delete
  7. Salam...setuju dengn tuan blog...sedang menulis tentang Kelab Taat suami juga. jemput datang

    ReplyDelete
  8. nak tanya, adakah wajib seseorg istri itu mntaati suaminya sedangkan suaminya itu sendiri gagal melakukan tanggjawabnya pada allh swt sperti solat dsbnya

    ReplyDelete
  9. ** salah taip - Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang mengatakan bila suami berlaku zalim, isteri tak wajib taat. dalam hal tidak solat dll...dia menzalimi diri sendiri. wallahu'alam. tapi sebagai isteri, boleh tegur secara berhemah. sayang suami, biarlah bersama hingga ke akhirat. kalau suami tak dapat bimbing isteri, apa salahnya isteri pulak bimbing suami... ada wanita yang pernah berada di tempat itu suatu waktu dulu..

      Delete
  10. Seorg istri mnasihati suaminya agar bersolat & bpuasa. Mninggalkan arak & dadah demi anak mereka. tpi suaminya mgatakan jangan ajar dia kerana dia tahu hukum hakam agama. Selain itu si istri mminta nafkah zahir memandangkan nafkah zahir si istri yang tunaikan selama 5 tahun berkahwin. Nafkah batin mmg tiada masalah kerana suami tau menjalankan t/jawabnya..bru2 ini istri mminta cerai tp suami tidak mahu mlepaskan istri kerana katanya susah pyh dia mgurus harta istri akan sia2 nanti kerana bila dia dh uruskan harta si istri..itu btujuan utk kebaikan anak2..apa kata penulis dgn situasi ini?

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com