Tachi=pedang Jepun~~



~~Tachi, pedang Jepun yang mana panjang bilahnya mesti sekurang-kurangnya tiga kaki digunakan ketika peperangan sebagai senjata panjang untuk memberikan kelebihan kepada tentera yang berjalan kaki. Namun kini, pedang panjang ini diharamkan di bawah undang-undang Jepun kerana ketidakkeberkesanannya sebagai senjata maut. Rakyat Jepun tidak dibenarkan memiliki sebarang Tachi melainkan untuk upacara dengan permit dari pihak berkuasa. Secara amnya terdapat tiga jenis Tachi iaitu Nodachi, Odachi dan Jintachi.

Nodachi

~~Nodachi atau Tachi Medan mempunayi rupa dan reka bentuk dengan katana tetapi lebih panjang. Nodachi dibawa oleh askar biasa di belakang dan direka sebagai senjata menentang tentera berkuda dan dalam lokasi yang luas. Nodachi pada biasanya digunakan pada ketika peperangan di kawasan terbuka yang lapang kerana panjangnya menyebabkan pertempuran di dalam bangunan dan pertempuran dekat menjadi sukar. Walaupun ia berkesan sebagai senjata membunuh, sebenarnya Nodachi agak jarang digunakan berbanding senjata lain. Nodachi jarang digunakan atas sebab-sebab berikut:
  1. Bilah panjangnya lebih sukar ditempa daripada katana biasa.
  2. memerlukan tenaga yang lebih untuk menggunakannya.
  3. Senjata panjang seperti Naginata atau Nagamaki lebih berkesan di medan perang dengan tujuan yang sama.
~~Ketika zaman yang aman, Nodachi dipakai di belakang sebagai simbol pendudukan sosial. Ia mudah dilihat kerana pedang Jepun seperti Katana, Wakizashi dan Tachi dipakai dipinggang atau diselitkan di tali pinggang. Panjang hulu Nodachi berbeza daripada 30 hingga 33cm, dan bilahnya biasanya melebihi 1 meter.

~~Mungkin pengguna Nodachi paling terkenal ialah Sasaki Kojiro (1585-1612), yang diingati kerana pertarungannya sampai mati dengan Miyamoto musashi (1584-1645) pada 13 April, tahun 1612.



Odachi

~~Odachi atau Tachi Besar juga dikenali sebagai Otachi. Untuk masuk ke dalam kelas Odachi, bilah pedang itu mestilah mempunyai panjang melebihi tiga kaki. Selain daripada saiznya yang luar biasa, odachi juga mempunyai ukiran keagamaan pada bilah.

~~Odachi paling sukar ditempatkan kerana panjangnya menjadi proses pemanasan cara tradisional menjadi amat rumit. Lebih panjang bilahnya, lebih sukar untuk dipanaskan seluruh bilah kepada suhu yang sekata, untuk menempa mahupun mengeraskannya. Proses pemadaman pula memerlukan pelantar yang besar kerana pemadaman yang tidak sekata boleh menyebabkan bilah membengkok malah patah. Cara menggilap juga berbeza. Disebabkan saiznya, Odachi digantung di siling atau diletakkan ditempat yang tegak untuk digilap, tidak seperti pedang biasa yang dilakukan di atas pelantar.

~~Terdapat dua cara Odachi dibawa. satu cara adalah membawanya di belakang, tetapi ia kelihatan tidak praktikal kerana mustahil untuk penggunanya menghunus dengan pantas. Cara kedua adalah dengan membawanya di tangan. Cara ini telah menjadi ikutan ketika zaman Muromachi kerana samurai mempunyai pengikut yang membawa Odachi dan juga untuk membantunya menghunus. Odachi digunakan atas tujuan-tujuan berikut:
  • Sebagai persembahan kepada dewa-dewi. Sesetengah Odachi dipersembahkan dengan doa untuk memenangi peperangan, sementara ada yang ditempatkan di tokong sebagai pedang lagenda daripada mitos
  • Dengan panjang purata Odichi biasanya 165-180cm, ia tidak boleh digunakan dalam pertempuran dekat. ia berkesan dengan menunggang kuda dengan panjangnya melepasi Katana biasa, dan lebih mudah untuk menyerang sasaran di tanah.
  • Sebagai ikutan pada zaman tertentu seperti fesyen pada zaman Edo. Sesetengah pedang juga digunakan untuk upacara.
  • Sebagai hasil seni untuk mempamerkan kebolehan seorang penempa.
~~Kepentingan Odachi hilang dari medan tempur selepas perang Osaka pada tahun 1615, konflik terakhir di antara Tokugawa Leyasu dengan Toyotomi Hideyori. Sejak itu, ia hanya digunakan sebagai alat upacara.

Jintachi

~~Jintachi atau Tachi Upacara adalah sejenis tachi dengan tambahan Koshirae, di mana pedang digantung mata ke bawah daripada dua penggantung di tali pinggang. Hulu biasanya mempunyai bentuk lengkungan yang lebih besar daripada bilah. Untuk meneruskan tradisi klasik Tachi dengan meningkatkan lengkungan dari hujung ke hulu. Pemasangan hulu dikuatkan dengan dua lubang pada bilah, berbanding satu untuk bilah yang pendek seperti Uchigatana dan katana. Jintachi adalah tachi yang dibuat khas untuk upacara.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com