~~Banyak bercakap atau diam?!~~

salam warahmatullah...

dah lama jugak saya tak buat entri kat blog ni. kadang-kadang ada mood, tapi malas nak cari bahan. hehe. tapi sempena hari jumaat ni, nah saya sajikan sedikit topik ringan berkenaan penjagaan lidah. sebenarnya banyak lagi firman ALLAH (SWT), sabda Rasulullah (SAW) dan hadis-hadis yang menyebut tentang topik ni. tapi, saya cuma ambil sebahagian sahaja.

~~Allah ada berfirman di mana maksudnya berbunyi sebegini:

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh yang baik bagi kamu," (Al-Ahzab:21)

~~Rasulullah bersabda:

"Ketika seseorang manusia memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya merayu kepada lidahnya seraya berkata:

"Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, maka kami pun akan beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, maka kami turut menyimpang,"

~~Sabda Rasulullah:

" Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak sepatutnya, selesakanlah rumahmu, dan menangislah di atas dosa-dosamu,"

~~Sabda Rasulullah:

" Seseorang hamba itu tidak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Tuhannya sehingga dia menjaga lidahnya,"

~~Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

;" Hai anakku, bahawasanya seorang lelaki akan terus bercakap sehingga dia dikatakan bodoh sedangkan dia bukanlah bodoh...Dan seorang lelaki akan terus berdiam diri sehinggalah dia dikatakan sopan santun sedangkan dia bukan begitu"

~~Kata Luqman lagi :" Barangsiapa yang tidak berbincang akan menyesal, barangsiapa yang duduk bergaul dengan ulama akan menjadi alim dan barang siapa yang kurang percakapannya, kesihatannya akan berkekalan"

~~Pesanan Imam Syafie:"Mengapa engkau diam, padahal engkau dimusuhi?

"Aku kata kepada mereka, menganggap sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang gila adalah kebaikan jiwa."

"Dalam sikap diam juga ada penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika diam, sedangkan anjing-anjing di jalanan selalu dilempari kerana sering menyalak,"

~~Berkata Imam Syafie lagi :

" Aku menganggap diam sebagai perniagaan, Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak akn rugi."


video
Sumber gambar:
Sumber video:

PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (20 sifat wajib Allah Taala)


Soalan : Apakah sebab 20 sifat itu dibahagikan kepada empat iaitu nafsyah, salbiyah, maani, dan maknawiyah?

Jawapan : 20 sifat dibahagikan kepada empat bahagian kerana 20 sifat itu mempunyai 4 bangsa:
  1. wujud
  2. 'adam
  3. hal
  4. iktibar
Soalan : Yang manakah bangsa wujud, bangsa 'adam, bangsa hal dan bangsa iktibar?

Jawapan :
  1. Bangsa wujud ialah sifat maani kerana sifat maani itu maujud dalam ingatan hati dan di luar.
  2. Bangsa 'adam itu ialah sifat salbiyah yang berkeadaan tidak maujud dalam ingatan hati dan di luar.
  3. Bangsa hal itu ialah sifat nafsiyah yang berkeadaan maujud.
  4. Bangsa Iktibar itu ialah sifat maknawiyah kerana ia adalah nama bagi zat, yang dianggap sifat. Sebagai contoh, zat itu dinamakan Yang Hidup (hayyun) kerana sifat Hayat itu berdiri pada zat.
Inilah pengertian yang dikeranakan oleh adanya sesuatu kerana.

Soalan: Ada berapa martabat dalam 20 sifat itu? Berikan petua kepada kami.

Jawapan : Terdapat tiga martabat dalam 20 sifat iaitu:
  1. Martabat zat
  2. Martabat sifat
  3. Martabat asma'
Soalan : Yang manakah martabat zat, martabat sifat dan martabat asma'?

Jawapan :
  1. Martabat zat itu ialah sifat nafsiyah dan salbiyah.
  2. Martabat sifat itu ialah sifat maani
  3. Martabat asma' itu ialah sifat maknawiyah
Soalan : Apakah sebab sifat nafsiyah dan salbiyah dinamakan sifat zat sifat maani dinamakan martabat zat dan sifat maknawiyah dinamakan asma'? Bagaimanakah caranya? Berikan kami petuanya.

Jawapan :
  1. Martabat zat itu tidak ada sesiapa pun yang mengetahui kunhu zat Allah Taala, walaupun malaikat muqarrabin. Sifat nafsiyah tidak nyata (nampak) di luar, manakala sifat salbiyah tidak nampak (nyata) maujudnya di luar (tidak nampak dengan mata kasar) kecuali sifat yang diberitahu (dikhabarkan). itulah caranya.
  2. Martabat sifat itu pula dinamakan maani kerana bekas kelakuan sifat itu menjadi kenyataan (boleh nampak) pada alam yang dijadikan. Tegasnya sifat maani memberi bekas untuk menyatakan kejadian alam ini. Itulah caranya.
  3. Sifat maknawiyah itu dinamakan martabat asma' kerana sifat maknawiyah adalah nama bagi zat. Sebagai contoh keadaan zat yang bernama Qadir (yang berkuasa) kerana sifat Qudrat ada berdiri pada zat.
Soalan : Apakah sebab sifat wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhulilhawadis dan qiyamuhu binafsihi termasuk dalam sifat yang kaya? apa caranya?

Jawapan : Kelima-lima sifat tersebut termasuk dalam sifat yang kaya kerana kelima-lima sifat itu juga dinamakan kaya zat iaitu zat Allah Taala itu wujud tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana, Qidam-Nya tidak ada permulaan, Baqa'-Nya tidak ada kesudahan, mukhalafatuhu-Nya tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya, dan Qiyamuhu binafsihi-Nya tidak berkehendakkan pada tempat. Oleh sebab itulah ia dinamakan sifat kaya.

Soalan : Apakah sebab sifat sama', basar, kalam, sami'un, basirun, mutakallimun, termasuk dalam sifat kaya? Berikan jawapannya.

Jawapan : Sebab termasuk dalam sifat kaya kerana nama sifat itu bernama sifat kaya, Maha Suci Allah Taala daripada kekurangan.

Soalan : Apakah sebab sifat hayat, ilmu, qudrat, iradat, hayyun, alimun, muridun, dan wahdaniyat diadakan?

Jawapan : Sekiranya Allah Taala itu tidak bersifat dengan sembilan sifat ini, sudah pasti sesuatu yang ada di alam tidak diperoleh,

Soalan : Apakah erti maujud pada ingatan hati dan maujud di luar?

Jawapan : Erti maujud pada ingatan hati ialah maujud sifat kepada zat. Manakala erti maujud yang di luar ialah sifat memberi bekas (menampakkan) kejadian alam.

Soalan : Apakah sebab sifat nafsiyah dan maknawiyah maujud dalam ingatan hati dan tidak di luar?

Jawapan : Ini kerana sifat nafsiyah dan maknawiyah itu menyatakan kewujudannya sebagai bukti. Manakala sifat maknawiyah itu nama bagi zat. Nama itu tidak memberi bekas (tidak boleh menampakkan dirinya). Itulah sebabnya.

Soalan : Apakah sebab sifat salbiyah itu tidak maujud dalam ingatan hati dan di luar?

Jawapan : Ini kerana sifat salbiyah itu adalah sifat 'adami yang tidak maujud pada zat, hanya maujud pada orang yang mengetahuinya sebenar-benar ('alam) dan juga hanya sifat yang menanggalkan dan menafikan sesuatu yang tidak patut bagi Tuhan kita Azza Wajalla. Itulah sebabnya.

Soalan : Apakah sebab sifat maknawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi zat, selama itu ada bersifat maani, dan maai itu pula diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan zat Allah Taala?

Jawapan : Sifat maknawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi zat kerana adanya perantaraan antara maujud dan 'adam iaitu kerana sifat itu tidak maujud dan tiada 'adam.

Manakala sifat maani itu diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan zat Allah kerana untuk membezakan antara maknawiyah qadim dengan maknawiyah muhaddas (yang baru)

Dakwah bil hal pikat Gerald (bahagian 3)

CANTINYA ISLAM

Sehinggalah Jamal kemudiannya memperkenalkan keluarga Arab lain, beliau semakin mengagumi Islam apabila melihat cantiknya Islam yang dibawa oleh keluarga-keluarga tersebut.

Pada Disember 1992, Gerald mula memikirkan dengan lebih serius akan kedudukan diri atau lebih tepat agama yang menjadi anutannya. Ini membuatkan beliau mengkaji semula mengenai Islam terutama melalui al-Quran yang beliau baca dari dua kitab terjemahan.

"Saya tidak pernah memberitahu rakan-rakan Islam pencarian yang saya lakukan secara bersendirian itu. Akhirnya saya dan isteri mengakui bahawa tidak ada apa yang perlu diragui mengenai Islam. Malah saya juga menerima hakikat mengenai kerasulan Nabi Muhammad dan saya dapat menerima sepenuhnya tuhan yang wajib dipercayai dan disembah hanyalah Allah, tiada yang lain selain dari-NYA!!," katanya.

Begitupun, beliau masih meragui untuk membuat keputusan yang pasti kerana merasakan banyak lagi mengenai Islam perlu diketahui. "saya cukup sebati dengan Kristian, iaitu hampir 43 tahun lamanya. Jadi untuk menanggalkan label Kristian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dengan agama itu juga saya sebenarnya dapat menikmati kehidupan yang selayaknya untuk dinikmati," kata beliau.

Namun, Gerald mengakui bahawa beliau begitu berat untuk meletakkan Kristian sebagai perakuan agama ketika mengisi borang pasport, dokumen untuk memohon perjalanan ke Timur Tengah. "Saya ketawa bagi melindungi perasaan sebenar saya yang masih begitu bermain sedangkan dari akademik dan logik, saya dapat mengakui Islam," katanya.

sehinggalah suatu hari ketika sedang khusyuk membaca al-quran terjemahan yang ketiga di sebuah restoran Arab, beliau ditegur oleh Iman, isteri tuan punya restoran itu. Sebabnya, hanya mereka yang memeluk Islam sahaja yang akan membaca al-quran mahupun terjemahan kitab suci itu.

"Secara spontan saya menjawab, tidak!," kata Gerald. Beliau kemudiannya telah menyedari telah bersikap kasar lalu menemui semula Iman dan menjelaskan kepadanya. "Bahawa sekiranya dia bertanya sama ada saya percaya tuhan yang satu, pasti saya menjawab 'ya' dan sekiranya ditanya saya mempercayai Nabi Muhammad, jawapan saya sama, saya percaya kerasulan baginda!" katanya.

mungkin dengan jawapan Dr. Gerald itu sebenarnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah tanpa beliau sedari. Namun beliau masih belum mempunyai kekuatan yang jitu bagi membulatkan sebarang perubahan baru yang akan mengubah keseluruhan hidupnya dan apatah lagi untuk berhadapan dengan pandangan masyarakat terhadap beliau selama ini.

Begitu pun, kunjungan beliau ke Amman, ibu negara Jordan merupakan titik yang menjadi transformasi kepada Jerald dan isterinya. Ketika melakukan kajian di negara itu, secara tiba-tiba Jerald ditegur oleh seorang rakyat Jordan yang beliau tidak kenali.

Selepas memberi salam kepada Jerald yang hanya mampu menjawab dengan menganggukkan kepala, tidak semena-mena lelaki ini bertanya samada beliau seorang muslim.

"Ketika itu saya benar-benar terperangkap, saya tidak mampu lagi bermain dengan sebarang permainan perkataan yang intelektual untuk menipu kebenaran yang ada.

"Semudah samada saya menjawab 'ya' atau 'tidak'. lalu saya benar-benar membuat satu pilihan apabila saya akhirnya menjawab "Na'am ana Muslim"(ya saya muslim)" katanya.

Allahuakbar! Tuhan Maha Besar! sejurus jawapan itu keluar dari mulut Jerald beliau dapat berasakan seluruh beban kini bagaikan telah jatuh luruh daripada dirinya.

"Saya berasa sungguh ringan dan satu ketenangan yang luar biasa menyelinap masuk ke dalam hati saya. Keputusan ini bukan satu kesilapan walaupun saya menyedari pelbagai risiko dan cabaran yang bakal saya hadapi," katanya.

tamat...
sumber: UTUSAN MALAYSIA. KHAMIS 23 APRIL 2009
DAKWAH BIL HAL PIKAT JERALD
SUSUNAN OLEH SITI AINIZA KAMSARI

Dakwah bil hal pikat Jerald (bahagian 2)

MENGENALI ISLAM

Ketika inilah buat pertama kalinya beliau dan isterinya mula mengenali Islam yang kebetulan mereka berdua sedang membuat kajian mengenai sejarah kuda-kuda Arab. Matlamat utama kajian itu untuk menyelamatkan dokumen-dokumen atau naskhah-naskhah sejarah Arab lama.

Tugas itu memerlukan beliau mendapat pertolongan kalangan bangsa Arab, terutama untuk menterjemahkan teks-teks berbahasa Arab dan memberi panduan mengenai sejarah kuda serta Arab itu sendiri. Seorang berbangsa Arab bernama Jamal akhirnya menawarkan diri membantu mereka dengan hadir ke rumah Jerald hampir setiap hari. Selain membantu Jerald, Jamal melakukan dakwah secara halus yang berjaya menyentuh hati Jerald yang mula kagum dengan cara hidup yang ditunjukkan oleh Jamal.

Ini kerana sebelum pulang, Jamal akan meminta kebenaran mengambil air sembahyang diikuti meminta hanya sehelai kertas sebagai alas atau sejadah. Jamal kemudiannya solat tanpa sebarang rasa ragu dan janggal walaupun di dalam sebuah rumah milik seorang paderi Kristian.

"Tanpa kami sedari bahawa Jamal sebenarnya sedang menunjukkan satu bentuk dakwah yang sangat cantik yang menyebabkan hati kami begitu tertarik," katanya.

Jamal benar-benar menjayakan konsep dakwah bil hal (dengan contoh) dengan tidak pernah mengambil kesempatan untuk bercerita mengenai Islam. Jauh sekali untuk memaksa Dr. Jerald dan isterinya memeluk Islam, walaupun peluang itu ada untuk Jamal berbuat demikian.

"Banyak yang saya belajar dari Jamal yang tidak pernah cuai mendirikan solat, sampai masa dan waktunya dia akan segera solat tetapi itu pun dengan terlebih dahulu meminta kebenaran dari saya sebagai tuan rumah," katanya.

Jerald suami isteri benar-benar tertarik dengan cara Jamal mengendalikan kehidupannya baik untuk soal kerja dan cara beliau bersosial. Malah cara Jamal mendidik anak-anaknya juga amat menarik perhatian keluarga Kristian ini.

"Jika Jamal memberi penerangan mengenai Islam pun, dia akan memberitahu dengan begitu profesional tanpa menyelitkan sebarang propaganda mengenai Islam di situ," katanya.

ini termasuklah Jamal membantu Jerald memahami mengenai sejarah tanah Arab, sejarah Islam, Nabi Muhammad, al-Quran termasuk terjemahan-terjemahan penting kitab itu.

bersambung...

sumber: UTUSAN MALAYSIA. KHAMIS 23 APRIL 2009
DAKWAH BIL HAL PIKAT JERALD
SUSUNAN OLEH SITI AINIZA KAMSARI

Dakwah bil hal pikat Jerald (bahagian 1)

Seseorang yang tidak punyai pegangan agama atau tidak menyatakan agama apa yang dianuti dianggap sebagai tidak mempunyai identiti diri. Begitulah pentingnya agama kepada warga Amerika Syarikat, Dr. Jerald Dirks.

Bukan sahaja atas nama identiti, agama kepada Jerald juga turut bermakna mesti dipertahankan dan disebar kepada orang lain!

Namun bagaimana beliau yang merupakan penganut agama kristian yang sangat taat, akhirnya tunduk kepada Islam?

Ini berlaku pada tahun 1993, Jerald akhirnya memeluk islam. Nama Abu Yahya dipilih untuk menyerlahkan lagi identiti agama yang beliau baru anuti itu. Jika ditelusuri kehidupan lampau beliau, , kita mendapati Jerald adalah 'umat' Kristian yang paling baik yang pernah ditemui.

"Pada lewat 1950an, dengan tiga buah gereja terdapat di pekan kelahiran saya, menjadikan seluruh penduduk begitu kuat berpegang pada agama itu," katanya.

Beliau melakukan pelbagai aktiviti untuk gereja milik keluarganya, Gereja Methodist. Jerald tidak pernah gagal menghadiri sebarang upacara sembahyang sehingga pernah dianugerahkan pelbagai trofi kejuaraan kerana kehadiran penuh dan berjaya menghafal ayat-ayat dari Bible.

Pada usia 17 tahun, ketika memasuki Kolej Harvard atas nama cintakan agamanya, dia memilih kursus yang membolehkannya menjadi paderi yang bertauliah. Ini termasuk keperluan kursus Perbandingan Agama yang membolehkannya pertama kali mengenal Islam. Kursusu itu diajar oleh seorang pensyarah iaitu Wilfred Cantwell Smith, yang mempunyai kepakaran dalam pengajian agama itu.

Bagaimanapun, Jerald tidak begitu memberi tumpuan terhadap pengajian Islam berbanding minat yang tinggi terhadap agama Hindu dan Buddha.

HOLLIS SCHOLAR

Atas kesungguhannya, kalangan warga Harvard menggelar beliau Hollis Scholar. Tamat pengajian, beliau menyambung pengajian tinggi di Harvard Divinity School atas tajaan Biasiswa Stewart iaitu sumbangan dari pihak gereja bagi membolehkan beliau beroleh ijazah Master of Divinity pada tahun 1974.

Sebaik sahaja tamat pengajian, Jerald terus dihantar bertugas sebagai paderi di dua buah Gereja United Methodist. Sekaligus di kawasan pedalaman Kansas yang menyaksikan semakin ramai kembali mengunjungi gereja berbanding keadaan sebelumnya.

Semua ini 'berkat' kesungguhan Jerald sebagai seorang paderi yang berwibawa. Dengan latar belakang pendidikan dan prestasi kerjaya yang sebaik itu tentunya Jerald seorang yang tidak lagi dalam pencarian. Sebabnya, segala-galanya kini telah terjawab dan tidak mungkin iman akan tergugat dengan apa jua gejala yang melanda.

"Tetapi mungkin secara luaran saya dilihat begitu, tetapi jauh di sudut hati saya sebenarnya berperang!" ujarnya.

Walaupun sudah semakin jauh dan begitu mengenali agama sendiri, namun beliau akhirnya menyedari beberapa aspek yang tidak kena dengan agama asalnya.

Antara 'keaslian Bacaan' daripada pelbagai teks kitab-kitab Bible, konsep triniti yang sentiasa mengalami evolusi sebagai 'Tuhan yang satu' namun tetap meletakkan Nabi Isa itu sebagai Tuhan.

bersambung...

sumber: UTUSAN MALAYSIA. KHAMIS 23 APRIL 2009
DAKWAH BIL HAL PIKAT JERALD
SUSUNAN OLEH SITI AINIZA KAMSARI

~~Tiga Malam...Tanpa Bintang..~~

~~TIGA MALAM TANPA BINTANG~~

Kasih…maafkan diriku…

Banyak…dosaku padamu…

Tidak terhitung jari jemari daku…

Tak dapat dibilang bagai bintang beribu…

Sukarnya diriku…menebus kekhilafan yang lalu…

Ya Allah…ampunkan aku…Terlalu banyak aku berbuat dosa padaMU.Banyaknya dosaku sehingga tidak dapat dihitung dengan jari..Tak dapat dibilang dengan perkiraan bintang…Terlalu sukar untuk aku menebus semula kesilapan dalam kealpaanku padaMU…

Kasih…engkau tak bersalah…

Hanya…hatiku yang buta…

Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga…

Dan tanpa belas buat kau kecewa…

Ku tahu dirimu…sukar melupakan segalanya…

Aku terlalu mengejar nikmat dunia sehingga aku lupa padaMU…hatiku kian hitam sehingga terkadang aku menyalahkanMU sedangkan itu bukan kelayakan aku…namun..kasih sayangMU tetap bersama aku…biarpun segala dosa yang aku lakukan..tidak akan dihapus dengan semudahnya…

Tiga malam…tanpa bintang…

Dan diriku…dihimpit penyesalan…

Arah tuju kian fana…

Kerna hilangnya manira…

Bagaikan siang…diselubung gerhana…

Tanpa walau ada sepicing cahaya…aku terus bertaubat padaMU. Diriku penuh penyesalan…aku tidak tahu ke mana arah tujuan…kerana…AKU telah hilang dalam AKU…Apabila siang tidak lagi terasa dan malam tidak lagi hadir…

Kembalikan…senda tawa…

Pulangkanlah manis disenyum manja…

Ku pahatkan keinsafan…

Dan patrikan kesetiaan…

Sehingga nadi…menafikan nyawa…

Aku rindukan ‘dunia’ itu…aku pernah hadir di ‘dunia’ itu…Kini aku kembali berada di ‘dunia’ itu…dan aku akan terus setia berada di situ sehingga aku hidup dalam mati…

~~IBU~~

Ibu…

Kehilanganmu kini semakin terkesan…

Syahdu… semakin membelai hati…

Sayu…makin menguasai suasana…

Sedih…tidak dapat ku ungkapkan dengan kata…

Ibu…

Di mana harus aku mengadu…?

Di mana harus aku menagih kasih dahulu…?

Apakah masih dapat mengharungi kenangan lalu…?

Ibu…

Aku terima mereka seadanya…

Walau perlakuan menyiksa jiwa…

Aku terima mereka seadanya…

Walau perlakuan mengguris hati…

Tetap menerima mereka seadanya…

Ibu…

Entah bila pula aku akan menyusulmu…

Tidak cukup bagiku hanya bertemu di ‘alam’ itu…

Aku rindu sentuhanmu…

Aku rindu bicaramu…

Aku rindu gelak tawamu…

Aku rindu segalanya tentang kamu…

Ibu…

Aku mohon dosamu diampunkan…

Aku sedekahkan segala amalanku yang diterima Tuhan…

Demi meringankan pembalasan…

Aku masih punya kesempatan…

Kesempatan untu aku beramalan…

Ilmu Tuhan…

Semoga segalanya dipermudahkan…

Al-Fatihah untukmu…




~~Mati??~~

~~hah, mati???!! siapa yang mati? siapa yang meninggal dunia?? hehe, saja je kan bikin gempak tajuk pagi-pagi buta ni. Salam warahmatullah. mula tadi nak letak puisi tentang "ibu"..tapi tak dapat nak upload gambar... takpe lah, kita layan topik ni dulu.

~~Mati, Meninggal dunia...dua frasa berbeza tetapi punyai maksud yang sama. Ya! setiap orang pasti akan merasai 'nikmat' kematian. Berbahagialah mereka yang telah cukup amal ibadahnya...

~~Aku, kita, kau dan dia...apakah sudah cukup segala amalan di dada? Sudah penuhkah iman yang benar-benar mantap? Terkadang dalam diam, kita sendri mengaku bahawa kita adalah yang terbaik. menuding jari pada semua keburukan manusia lain...tidak macam kita ni, amalan memenuhi dunia. semua baik-baik belaka. Tetapi, pernahkah kita terfikir bahawa Allah akan menerima segala amalan baik tu?? Tepuk dada tanya hati...tepuk dada tanya nurani...pasti ada jawapannya. Tepuk dada tanya iman...bukan lagi jawapannya...kerana kita tidak tahu sebanyak mana iman yang kita ada...10%kah? 20%kah? 50%kah? 80%kah ataupun 100%??

~~Kita mengaku kita beriman dengan Allah, tetapi pengakuan itu hanya dengan lidah, lisan, rongga mulut. Bagaimana dengan hati? Apa pula yang dimaksudkan dengan 'berikrar dengan hati'? Apakah cuma cakap dalam hati "Aku beriman dengan Allah"? Begitu ke? Kalau itu jawapan kita, maka, masih belum lagi kita beriman. Berikrar dengan hati adalah yakin, percaya yang tetap dan teguh bahawa Allah itu ada. Tiada Tuhan melainkan Allah! Apa itu "Tiada Tuhan melainkan Allah?" Apa itu "Laailaahaillallah?" Apa itu Tuhan? Siapa itu Allah??Apakah Allah dan Tuhan itu sama? hehe susah kan nak fikir. pening kepala?? nanti kita bincang bab ni kemudian. insyaAllah.

~~Apakah kita benar-benar Islam yang beriman? Pilihlah salah satu situasi yang menjadi cita-cita kita semua. kemudian, berusaha mengejar cita-cita tersebut. InsyaAllah, You'll find your way~~

  • Islam di sisi manusia, kafir di sisi Allah
  • Kafir di sisi manusia, Kafir jua di sisi Allah
  • kafir di sisi manusia, Islam di sisi Allah
  • Islam di sisi manusia, Islam jua di sisi Allah
fikirkan... cari keputusan cita-cita yang terbaik...

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com