~~Banyak bercakap atau diam?!~~

salam warahmatullah...

dah lama jugak saya tak buat entri kat blog ni. kadang-kadang ada mood, tapi malas nak cari bahan. hehe. tapi sempena hari jumaat ni, nah saya sajikan sedikit topik ringan berkenaan penjagaan lidah. sebenarnya banyak lagi firman ALLAH (SWT), sabda Rasulullah (SAW) dan hadis-hadis yang menyebut tentang topik ni. tapi, saya cuma ambil sebahagian sahaja.

~~Allah ada berfirman di mana maksudnya berbunyi sebegini:

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh yang baik bagi kamu," (Al-Ahzab:21)

~~Rasulullah bersabda:

"Ketika seseorang manusia memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya merayu kepada lidahnya seraya berkata:

"Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, maka kami pun akan beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang dari jalan yang benar, maka kami turut menyimpang,"

~~Sabda Rasulullah:

" Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak sepatutnya, selesakanlah rumahmu, dan menangislah di atas dosa-dosamu,"

~~Sabda Rasulullah:

" Seseorang hamba itu tidak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Tuhannya sehingga dia menjaga lidahnya,"

~~Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

;" Hai anakku, bahawasanya seorang lelaki akan terus bercakap sehingga dia dikatakan bodoh sedangkan dia bukanlah bodoh...Dan seorang lelaki akan terus berdiam diri sehinggalah dia dikatakan sopan santun sedangkan dia bukan begitu"

~~Kata Luqman lagi :" Barangsiapa yang tidak berbincang akan menyesal, barangsiapa yang duduk bergaul dengan ulama akan menjadi alim dan barang siapa yang kurang percakapannya, kesihatannya akan berkekalan"

~~Pesanan Imam Syafie:"Mengapa engkau diam, padahal engkau dimusuhi?

"Aku kata kepada mereka, menganggap sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang gila adalah kebaikan jiwa."

"Dalam sikap diam juga ada penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika diam, sedangkan anjing-anjing di jalanan selalu dilempari kerana sering menyalak,"

~~Berkata Imam Syafie lagi :

" Aku menganggap diam sebagai perniagaan, Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak akn rugi."


video
Sumber gambar:
Sumber video:

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com