PEMBUKAAN SEGALA RAHSIA (20 sifat wajib Allah Taala)


Soalan : Apakah sebab 20 sifat itu dibahagikan kepada empat iaitu nafsyah, salbiyah, maani, dan maknawiyah?

Jawapan : 20 sifat dibahagikan kepada empat bahagian kerana 20 sifat itu mempunyai 4 bangsa:
  1. wujud
  2. 'adam
  3. hal
  4. iktibar
Soalan : Yang manakah bangsa wujud, bangsa 'adam, bangsa hal dan bangsa iktibar?

Jawapan :
  1. Bangsa wujud ialah sifat maani kerana sifat maani itu maujud dalam ingatan hati dan di luar.
  2. Bangsa 'adam itu ialah sifat salbiyah yang berkeadaan tidak maujud dalam ingatan hati dan di luar.
  3. Bangsa hal itu ialah sifat nafsiyah yang berkeadaan maujud.
  4. Bangsa Iktibar itu ialah sifat maknawiyah kerana ia adalah nama bagi zat, yang dianggap sifat. Sebagai contoh, zat itu dinamakan Yang Hidup (hayyun) kerana sifat Hayat itu berdiri pada zat.
Inilah pengertian yang dikeranakan oleh adanya sesuatu kerana.

Soalan: Ada berapa martabat dalam 20 sifat itu? Berikan petua kepada kami.

Jawapan : Terdapat tiga martabat dalam 20 sifat iaitu:
  1. Martabat zat
  2. Martabat sifat
  3. Martabat asma'
Soalan : Yang manakah martabat zat, martabat sifat dan martabat asma'?

Jawapan :
  1. Martabat zat itu ialah sifat nafsiyah dan salbiyah.
  2. Martabat sifat itu ialah sifat maani
  3. Martabat asma' itu ialah sifat maknawiyah
Soalan : Apakah sebab sifat nafsiyah dan salbiyah dinamakan sifat zat sifat maani dinamakan martabat zat dan sifat maknawiyah dinamakan asma'? Bagaimanakah caranya? Berikan kami petuanya.

Jawapan :
  1. Martabat zat itu tidak ada sesiapa pun yang mengetahui kunhu zat Allah Taala, walaupun malaikat muqarrabin. Sifat nafsiyah tidak nyata (nampak) di luar, manakala sifat salbiyah tidak nampak (nyata) maujudnya di luar (tidak nampak dengan mata kasar) kecuali sifat yang diberitahu (dikhabarkan). itulah caranya.
  2. Martabat sifat itu pula dinamakan maani kerana bekas kelakuan sifat itu menjadi kenyataan (boleh nampak) pada alam yang dijadikan. Tegasnya sifat maani memberi bekas untuk menyatakan kejadian alam ini. Itulah caranya.
  3. Sifat maknawiyah itu dinamakan martabat asma' kerana sifat maknawiyah adalah nama bagi zat. Sebagai contoh keadaan zat yang bernama Qadir (yang berkuasa) kerana sifat Qudrat ada berdiri pada zat.
Soalan : Apakah sebab sifat wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhulilhawadis dan qiyamuhu binafsihi termasuk dalam sifat yang kaya? apa caranya?

Jawapan : Kelima-lima sifat tersebut termasuk dalam sifat yang kaya kerana kelima-lima sifat itu juga dinamakan kaya zat iaitu zat Allah Taala itu wujud tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana, Qidam-Nya tidak ada permulaan, Baqa'-Nya tidak ada kesudahan, mukhalafatuhu-Nya tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya, dan Qiyamuhu binafsihi-Nya tidak berkehendakkan pada tempat. Oleh sebab itulah ia dinamakan sifat kaya.

Soalan : Apakah sebab sifat sama', basar, kalam, sami'un, basirun, mutakallimun, termasuk dalam sifat kaya? Berikan jawapannya.

Jawapan : Sebab termasuk dalam sifat kaya kerana nama sifat itu bernama sifat kaya, Maha Suci Allah Taala daripada kekurangan.

Soalan : Apakah sebab sifat hayat, ilmu, qudrat, iradat, hayyun, alimun, muridun, dan wahdaniyat diadakan?

Jawapan : Sekiranya Allah Taala itu tidak bersifat dengan sembilan sifat ini, sudah pasti sesuatu yang ada di alam tidak diperoleh,

Soalan : Apakah erti maujud pada ingatan hati dan maujud di luar?

Jawapan : Erti maujud pada ingatan hati ialah maujud sifat kepada zat. Manakala erti maujud yang di luar ialah sifat memberi bekas (menampakkan) kejadian alam.

Soalan : Apakah sebab sifat nafsiyah dan maknawiyah maujud dalam ingatan hati dan tidak di luar?

Jawapan : Ini kerana sifat nafsiyah dan maknawiyah itu menyatakan kewujudannya sebagai bukti. Manakala sifat maknawiyah itu nama bagi zat. Nama itu tidak memberi bekas (tidak boleh menampakkan dirinya). Itulah sebabnya.

Soalan : Apakah sebab sifat salbiyah itu tidak maujud dalam ingatan hati dan di luar?

Jawapan : Ini kerana sifat salbiyah itu adalah sifat 'adami yang tidak maujud pada zat, hanya maujud pada orang yang mengetahuinya sebenar-benar ('alam) dan juga hanya sifat yang menanggalkan dan menafikan sesuatu yang tidak patut bagi Tuhan kita Azza Wajalla. Itulah sebabnya.

Soalan : Apakah sebab sifat maknawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi zat, selama itu ada bersifat maani, dan maai itu pula diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan zat Allah Taala?

Jawapan : Sifat maknawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi zat kerana adanya perantaraan antara maujud dan 'adam iaitu kerana sifat itu tidak maujud dan tiada 'adam.

Manakala sifat maani itu diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan zat Allah kerana untuk membezakan antara maknawiyah qadim dengan maknawiyah muhaddas (yang baru)

3 comments:

  1. info yang bagus walaupun ku tak paham hihihi....

    ReplyDelete
  2. Bhsa aras tggi ni, pueh kawe nk pahee..dok pahe2 gok.. =D

    ReplyDelete
  3. mung kene blajo sifat 20 baru leh pahang

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com