~~Kebenaran atau satu konspirasi kematian?!!~~

KEMATIAN OSAMA BIN LADEN (10 Mac 1957-2 Mei 2011)

~~ 1 Mei 2011 di Washington (2 May 2011 waktu di Pakistan) Presiden Barack Obama mengumumkan bahawa Osama bin Laden telah dibunuh oleh ‘Pasukan kecil khusus’ di Abbottabad, Pakistan lebih kurang 50 KM (31 mi) dari Utara Islamabad. Operasi dilakukan Joint Special Operations Command dengan kerjasama CIA yang menyerang kediaman Osama dengan dua buah helikopter.

~~ Osama dan beberapa orang yang turut ada bersama dengannya terbunuh semasa sesi berbalas tembakan dengan tentera Amerika yang tidak langsung mengalami apa-apa kecederaan.

~~ Serangan yang dilakukan adalah secara senyap tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada pihak berkuasa Pakistan. Tapak serangan tersebut berada beberapa batu daripada Akademi Ketenteraan Pakistan di Kakul.

~~Didapati tiga lelaki dan seorang wanita terbunuh bersama Osama bin Laden. Wanita tersebut terbunuh ketika dia digunakan sebagai perisai oleh seorang lelaki yang tidak disebutkan namanya.

~~DNA daripada Osama dibandingkan dari DNA kakaknya sebagai pengesahan identiti mayat Osama. Tubuh Osama dijumpai oleh pihak tentera dan berada dalam tahanan sehingga badannya akan dikebumikan di laut, menurut kata Amerika bahawa itu adalah tradisi pengebumian dalam Islam…

~~ Andai berita ini suatu kebenaran...al-Fatihah untuk beliau. semoga digolongkan dalam golongan manusia syahid matinya. amin.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com