~~Wasiat terakhir Osama~~

~~Osama bin Laden yang dilabelkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat menyatakan dalam wasiatnya bahawa dia tidak mahu anak-anaknya turut serta dalam menyertai kumpulan Al-Qaeda.

~~Osama turut memohon maaf kepada anak-anaknya kerana kebanyakan masanya dihabiskan untuk berjihad.

~~Dokumen bertarikh 14 Disember 2001 yang mempunyai sebanyak 4 halaman ditandatangani oleh Osama mula disiarkan dalam sebuah akhbar Lebanon pada tahun 2001. Namun, ia kembali disiarkan selepas kematian Osama.

~~ Osama dipercayai menulis wasiat itu selepas tragedi serangan 11 September 2001 di New York yang mengorbankan hampir 3 ribu orang.

~~Dalam dokumen itu, Osama menyatakan bahawa empat isterinya tidak sepatutnya berkahwin semula selepas kematiannya. Beliau dipercayai mempunyai anak seramai 12 hingga 24 orang.

~~Sementara itu, di Oslo, Norway Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Navi Pillay menggesa 'pendedahan penuh fakta tepat' bagi menentukan sama ada pembunuhan ketua al-Qaeda, Osama bin Laden dibuat berlandaskan undang-undang.

~~"Saya berpendirian menyokong pendedahan penuh fakta-fakta yang tepat,ia bukan sahaja untuk pejabat saya semata-mata tetapi sesiapapun berhak untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku. PBB mengutuk keganasan tetapi ia juga memiliki peraturan tentang bagaimana aktiviti anti-keganasan sepatutnya dilaksanakan. Secara ringkas ia perlu berlandaskan undang-undang antarabangsa"~~ Navy Pillay.

Sumber : KOSMO! Jumaat 6 Mei 2011

2 comments:

  1. Osama ialah pejuang Islam yg telah bnyak menyumbang nusa dan bangsanya, termasuk dlm memelihara kedaulatan negara Pakistan. tapi masih ragu2 sbb benarkah dia baru meninggal atau telah lama meninggal, atau pun masih bersembunyi. KIta hnya boleh berharap agar US tak mempermainkan negara kita sacra langsung di msa hadapan melalui resolusi campur tangan secara direct. haiz...

    Sila lawat: Kaoshi Troll

    ReplyDelete
  2. secara pribadi saya memang kurang setuju dengan cara syaikh Usamah, tapi saya tidak akan mengecam beliau.. Saya mengagumi dan sangat menghormati beliau.. mengangap beliau seorang HERO,,

    apalagi setelah melihat video, tentang wawancara beliau.. Wah, sungguh orang yang hebat..

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com