~~Perawat ISLAM, perlukah bersentuhan kulit dengan pesakit?~~

Salam warahmatullah

~~Hurm 2,3 hari ni sibuk je mengisahkan hal Osama dibunuh. Sampaikan terlupa tentang isu dalam Negara sendiri. Hehe.

~~Oklah, tadi terfikir-fikir nak buat entri apa…dan dapatlah satu topik yang agak menarik iaitu etika seorang perawat Islam.

~~Dah nama pun perawat Islam, dan menggunakan nama ISLAM mestilah kita menganggap bahawa perawat tersebut menggunakan landasan yang betul sebagai perawat Islam.

~~Antara etika sebagai perawat Islam, mestilah berpakaian sopan. Tak kiralah perawat atau pesakit. Tapi macam mana pula kalau pesakit kena hysteria secara tiba-tiba dan waktu tu dia berpakaian agak seksi? Hehehe. Jadi, ni mungkin jatuh berat kepada perawat. Perawat perlu menyelimutkan pesakit dengan kain sehingga tidak nampak susuk tubuh pesakit.

~~Selain bersifat lemah lembut dengan pesakit, perawat juga dinasihatkan agar TIDAK MENYENTUH atau PEGANG BAHAGIAN SULIT PESAKIT atau YANG BERDEKATAN DAN SEUMPAMANYA walaupun JIN mendakwa duduk di situ. Saya rasa sangat jelas penerangan yang singkat tu. Yelah, dah nama pun perawat ISLAM, perlulah mengikuti landasan ISLAM, betul tak? Hehe.

~~ Ada juga mereka berbahas mengenai perkara yang saya highlightkan tu. “siapakah kita untuk menjatuhkan hukum” wah salah satu ayat yang selalu kita dengar kan. Haha ayat bidasan namanya tu. Siapakah kita? Kita adalah manusia. Apakah peranan manusia? Peranan manusia ialah sebagai khalifah di muka bumi. Kenapa Allah jadikan manusia sebagai khalifah? Sebabnya manusia diberi otak yang sama seperti haiwan tetapi ditambah dengan akal.

~~ Akal itulah yg sangat istimewa. Allah menjatuhkan hukum HARAM pada mereka yang bukan muhrim bersentuhan kulit. Jadi, fikirkanlah dengan teliti, masih banyak cara lain yang boleh digunakan. Apa guna akal yang diberi kalau tak boleh berfikir.

~~Baiklah, saya ni tak pandai sangat bab merawat ni. bukan bahagian saya lagipun. Hehhe. Tapi saya nak tegaskan, pada mereka-mereka yang berkenaan, ingat satu pesanan…andai kamu mempermainkan hukum ALLAH, maka samalah seperti kamu mempermainkan ALLAH…

1 comment:

  1. setuju!!!! benda ni selalu dipandang remeh.baik dari pesakit atau perawat tu sendiri.benda mudah je tapi org susah nak paham.benda yg Allah larang seperti meninggalkan solat, tidak menutup aurat,tidak berpuasa,makan benda yg haram, melawan org tua dll mmg dosalah kalo kita buat.tak buat xde lah dosa.tu je bkn susah pun.jangan pandai2 nak tukar hukum yang Allah tetapkan.apapun niat tidak pernah menghalalkan cara.

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com