KRONOLOGI 13 MEI 1969


RENTETAN PERISTIWA 13 MEI 1969

~~Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” menjadi satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia.

~~Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Di Kg. Baru diduduki lebih 30 ribu orang melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di situ letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.

~~Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambing kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambing mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang Melayu ke laut.

PERARAKAN KEMATIAN CINA

~~Akibat dari rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

~~Di Jinjang, Kepong, kematian Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian tersebut bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina melayu.

~~Pada Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas keterlanjuran ahlinya melakukan kebiadaban semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, KL. Tetapi permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

~~UMNO kemudiannya mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 kerana terlalu beremosi dan kurang kawalan daripada kedua pihak. Perarakan ini adalah tidak dirancang.

~~Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris cuba mententeramkan keadaan apabila orang Melayu berkumpul di rumahnya. Mereka turut membawa bersama senjata seperti pedang dan parang panjang untuk mengamuk.

~~Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.

~~4 petang, 2 penunggang motosikal cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van yang membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar KL. Mereka lengkap dengan pelbagai senjata.

~~Perintah darurat dikeluarkan apabila rusuhan semakin teruk dan tidak terkawal. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dan Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.

REJIMEN RENJER

~~Pasukan Rejimen Renjer terdiri dari orang-orang melayu, Iban, Cina, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap. Menurut laporan, ketua pasukan ini adalah berbangsa Cina.

ASKAR MELAYU

~~Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan diganti dengan askar Melayu. Malangnya beberapa Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.

~~Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah.

PANGGUNG ODEAN

~~Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap bertindak mengepung Panggung Odean, di Jalan Tunku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton berbangsa Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati .



~~Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yg turut menonton wayang terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Orang-orang Melayu mula bertindak balas dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

~~Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan ‘politik’ dan bukannya perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di KL sahaja.

ANGKA KORBAN

~~Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang, dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai yang telah menganggar ramai lagi yang dibunuh.

DI MANA TUNKU?

~~Ketika itu (13 Mei), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Setar meraikan kemenangan beliau di sana. Ada khabar angin mengatakan Tunku Abdul Rahman sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

~~Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu, Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.

~~Beberapa keputusan telah diambil bagi mencari penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah dicipta.

~~Ternyata peristiwa 13 Mei merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

~~Tahun 1969 pilihanraya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayan Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.


10 comments:

  1. Terima kasih atas info, Tuan.

    Sila Like page Tanda Putera di:
    www.facebook.com/TandaPutera

    Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong.. dap adalah pembunuh melayu dalam diam..

      Delete
    2. tak habis2 dgn melyu engkau... owh ye..mungkin bersifat taksub kemelayuan boleh selamatkan diri dari api neraka ye tak?..

      Delete
    3. benar,melayu tak menjamin syurga.. tapi konsep ketuanan melayu harus dikekalkan.. dimana letaknya anak2 kita kalau hak sama rata dikenakan keatas semua kaum?tgok sahaja peluang perniagaan,hampir 90% dikuasai oleh cina,ketika hak istimewa org melayu masih utuh. hakikat bahawa Malaysia adalah diperjuangkan oleh org melayu dan bumiputra (tok janggut, mat salleh,dato' bahaman dll)mana boleh dinafikan.kalau perjuangan islam untuk akhirat,perjuangan kaum pula untuk dunia,dan islam tak menolak dunia. aku taknak anak2 aku menjadi hamba dibumi sendiri lagi..kau nak?

      Delete
    4. kalau ikut dari sudut sejarah, melayu adalah tuan kepada tanah melayu. cina dan india adalah rakyat yang dibawa oleh penjajah untuk menguruskan sektor ekonomi dan perladangan. disebabkan itu, dalam perlembagaan bumiputera diberi hak keistimewaan. wallahu'alam. saya pun dah lupa, heheh :p

      Delete
  2. mengapakah kita sebagai org melayu berdiam sehingga sekarang.. kita tidak perlu menjadi rasis tp kita hendaklah beringat bahawa inilah tanah kelahiran kita sebagai org melayu.. kaya atau miskin yang penting inilah tanah air kita.. tanah melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya, melayu memang terkenal dengan sikap bertolak ansur. mungkin melayu dulu. sekarang... wallahu'alam. hehe. lagipun masa zaman kepemimpinan PM malaysia, tungku abdul rahman, beliau selalu menyelesaikan pelbagai masalah dengan kaedah diplomasi. hal yg serupa berlaku di zaman kepemimpinan Tun Dr. Mahathir.

      Delete
    2. masa perisitiwa 13 mei ni berakhir, baru wujudnya rukunegara, DEB dan lain2. perkara ni semua adalah untuk memberi garis panduan di samping menyatupadukan rakyat malaysia.

      Delete
  3. melayu dulu mungkin bersatu dan bangkit menentang.mereka kuat.melayu la ni?bersatu jatuhkan melayu yang lain.tak bersatu.berpuak.lebih2 lagi nilai2 budaya dan islam makin jauh.tengok ngan mata tu...bangsa lain makin bersatu dan bangun.mereka sikit demi sedikit makan daging orang kita.kita ni bila nak bangun?tidur,berangan.....bila kena jentik mula nak melatah,meraban cam orang gila.berjalan megah mendada,sedangkan poket ngan otak sama kosong.kaum lain tergelak mengata menyindir.dah jadi cam melayu singapura kut baru nak terngadah?

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com