Pembukaan segala rahsia (kandungan kalimah LA ILAHA ILLALLAH)

KANDUNGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH

SOALAN : yang mana satukah kalimah yang berhimpun?

JAWAPAN : Kalimah yang berhimpun itu ialah kalimah La ilaha illallah

SOALAN : Ada berapakah yang terkandung dalam kalimah la, kalimah ilaha, kalimah illa dan kalimah Allah? Berikan kami hukumnya.

JAWAPAN :

  • Yang terkandung dalam kalimah la itu ada lima sifat iaitu sifat wujud, qidam, baqa’, mukhalafatuhu lilhawadis dan qiyamuhu binafsihi.
  • Yang terkandung dalam kalimah ilaha itu ada enam sifat iaitu sama’, basar, kalam, sami’un, basirun, dan mutakallimun
  • Yang terkandung dalam kalimah illa itu ialah hayyun, alimun, qadirun dan muridun
  • Yang terkandung dalam kalimah Allah itu ada lima sifat iaitu hayat, ilmu, qudrat, iradat dan wahdaniyat.

SOALAN : Apakah sebab lima sifat tersebut terkandung dalam kalimah la, enam sifat terkandung dalam kalimah ilah, empat sifat terkandung dalam kalimah illa, dan lima sifat terakhir itu terkandung dalam sifat Allah. Berikan sebab-sebabnya.

JAWAPAN :

  • Ini kerana kelima-lima sifat itu iaitu sifat wujud hingga sifat qiamuhu binafsihi adalah martabat zat la ta’yin iaitu yang tidak nyata kenyataannya (tidak boleh nampak kewujudannya dengan mata kasar)
  • Kalimah la itu adalah kalimah tauhid. Itu sebabnya
  • Sebab keenam-enam sifat itu terkandung dalam kalimah ilah kerana sifat-sifat tersebut adalah sifat kaya (sama’ basar, kalam, sami’un, basirun, mutakallimun.)
  • Keempat-empat sifat itu terkandung dalam kalimah illa kerana sifat tersebut (hayyun, alimun, qadirun dan muridun) sudah lazim dengan sifat maani yang menjadi sebab.
  • Kelima-lima sifat tersebut (hayat,ilmu, qudrat, iradat dan wahdaniyat) terkandung dalam kalimah ALLAH kerana daripadanya terzahir segala sifat yang mana sifat-sifat itu wujud dalam ingatan hati dan juga di luar. Allah itu bermakna nama zat yang wajibul wujud yang mewajibkan 20 sifat.

~~KISAH PARA WALI (Hasan dari Basrah 2)~~


HASAN AL-BASRI DAN ABU AMR

~~Pada suatu hari, ketika Abu Amr seorang ahli tafsir terkemuka sedang mengajar al-Quran, tidak disangka-sangka datang seorang pemuda tampan turut serta mendengarnya. Abu Amr terpesona memandang pemuda itu dan secara mendadak lupa akan setiap perkataan dan huruf dalam al-Quran. Dia sangat menyesal dan gelisah atas perbuatannya itu. dalam keadaan itu, dia pergi menemui Hasan al-Basri untuk mengadu akan hal tersebut.

~~ “Guru,” Abu Amr berkata sambil menangis dengan sedih. “Begitulah kejadiannya. Setiap perkataan dan huruf al-Quran telah hilang dari ingatanku.” Hasan begitu terharu mendengar penjelasan Abu Amr.

~~ “Sekarang adalah musim haji.” Hasan berkata kepadanya. “Pergilah ke tanah suci dan tunaikanlah ibadah haji. Sesudah itu pergilah ke Masjid Khaif. Di sana engkau akan bertemu dengan seorang tua. Janganlah engkau terus menegurnya, tetapi tunggulah sehingga keasyikan ibadahnya selesai. Setelah itu barulah engkau minta kepadanya agar dia mahu mendoakanmu.”

~~Abu Amr menurut nasihat Hasan. Di satu sudut ruangan Masjid Khaif, Abu Amr melihat seorang tua yang patut dimuliakan dan beberapa orang duduk mengelilinginya. Beberapa saat kemudian, masuklah seorang lelaki berpakaian putih bersih. Orang-orang itu memberi jalan kepadanya, memberi salam dan setelah itu mereka pun berbincang dengannya. Ketika waktu solat telah tiba, lelaki itu meminta diri untuk meninggalkan tempat itu. tidak berapa lama kemudian, yang lainnya turut meninggalkan tempat itu dan yang tinggal hanyalah orang tua tadi.

~~ Abu Amr menghampirinya dan mengucapkan salam. “Dengan nama Allah, tolonglah diriku ini,” Abu Amr berkata sambil menangis. Kemudian dia menerangkan masalah yang dihadapinya. Orang tua itu sangat bersimpati mendengar pengaduan Abu Amr tersebut lalu mengangkat kepalanya dan berdoa. Abu Amr berkata “semua perkataan dan huruf al-Quran telah dapat ku ingat kembali, lantas aku bersujud di hadapannya kerana begitu bersyukur.”

~~”Siapakah yang telah menyuruhmu untuk bertemu denganku?” Orang tua itu bertanya kepada Abu Amr.

~~ “Hasan dari Basrah,” jawab Abu Amr.

~~ “Jika seseorang telah mempunyai imam seperti Hasan, mengapa dia memerlukan imam yang lain? Tapi baiklah, Hasan telah menunjukkan siapa diriku ini, dan kini akan kutunjukkan siapa Hasan sebenarnya. Dia telah membuka selubung diriku, kini ku buka pula selubung dirinya.” Kemudian orang tua itu berkata lagi, “Lelaki yang berjubah putih tadi, yang datang ke sini setelah waktu solat Asar dan yang terlebih dahulu meninggalkan tempat ini, ialah Hasan. Setiap hari setelah melakukan solat Asar di Basrah dia datang ke sini, berbincang-bincang bersamaku dan kembali semula ke Basrah untuk solat Maghrib. Jika seseorang telah mempunyai imam seperti Hasan, mengapa dia masih perlu memohon doa dariku ini?”


HASAN AL-BASRI DAN PENYEMBAH API

~~Hasan mempunyai jiran yang bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu hari Simeon jatuh akit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi menngunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah menjadi hitam disebabkan api dan asap.

~~”Takutlah kamu kepada Allah,” Hasan menasihatkan. “Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap.”

~~”Ada tiga perkara yang menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia, tetapi siang dan malam kamu mengejar kekayaan. Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia menghadapinya. Ketiga, kamu semua mengatakan wajah Allah akan dilihat, namun masih saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya,” jawab Simeon penyembah api.

~~ “Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh-sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat demikian, apakah sepatutnya yang engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama 70 tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. jika kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku. Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaanNYA tunduk kepada perintahNYA. Walaupun engkau menyembah api selama 70 tahun, marilah kita sama-sama menaruh tangan ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Kuasa,” jawab Hasan.

~~Setelah berkata demikian, Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun sedikit pun tidak cedera ataupun terbakar. Melihatkan hal itu, Simeon berasa hairan, suatu ilmu telah dipelajarinya.

~~”Selama 70 tahun aku menyembah api, kini hanya tinggal satu atau dua helaan nafas sahaja, apa yang perlu ku lakukan?” Simeon mengeluh.

~~”Jadilah seorang muslim,” jawab Hasan.

~~”Jika engkau memberikan ku jaminan bahawa Allah tidak menghukum diriku, barulah aku menjadi seorang muslim. Tanpa jaminan itu, aku tidak mahu memeluk Islam,” kata Simeon.

~~Hasan segera membuat satu surat jaminan. Ramai orang yang jujur di Kota Basrah memberika kesaksian mereka di atas surat tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan dia berwasiat, “Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini ditanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang muslim.”

~~Setelah berwasiat demikian, dia mengucap kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Di malam harinya, Hasan berbaring sambil merenung apa yang telah dilakukannya. “Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang tenggelam sedangkan aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku begitu berani memastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?”

~~Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Dia bermimpi bertemu dengan Simeon, wajah Simeon cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita. Di kepalanya terdapat sebuah mahkota. Dia berpakaian jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.

~~”Bagaimana keadaanmu, Simeon?” tanya Hasan kepadanya.

~~”Mengapa engkau bertanya padahal engkau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha Besar dengan segala kemurahanNYA telah menghampirkan aku kepadaNya dan telah memperlihatkan wajahNYA kepadaku. Pemberian yang dilimpahkanNya kepadaku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberikanku surat jaminan, terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi,” jawab Simeon.

~~Ketika Hasan terbangun dia mendapati surat jaminan itu telah berada di tangannya. Hasan berseru ;”Ya Allah, aku telah menyedari bahawa segala sesuatu yang engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahanMu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintuMu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama 70 tahun lamanya untuk menghampiriMu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapakah Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman kepadaMu selama 70 tahun?”

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com