Pembukaan segala rahsia (kandungan kalimah LA ILAHA ILLALLAH)

KANDUNGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH

SOALAN : yang mana satukah kalimah yang berhimpun?

JAWAPAN : Kalimah yang berhimpun itu ialah kalimah La ilaha illallah

SOALAN : Ada berapakah yang terkandung dalam kalimah la, kalimah ilaha, kalimah illa dan kalimah Allah? Berikan kami hukumnya.

JAWAPAN :

  • Yang terkandung dalam kalimah la itu ada lima sifat iaitu sifat wujud, qidam, baqa’, mukhalafatuhu lilhawadis dan qiyamuhu binafsihi.
  • Yang terkandung dalam kalimah ilaha itu ada enam sifat iaitu sama’, basar, kalam, sami’un, basirun, dan mutakallimun
  • Yang terkandung dalam kalimah illa itu ialah hayyun, alimun, qadirun dan muridun
  • Yang terkandung dalam kalimah Allah itu ada lima sifat iaitu hayat, ilmu, qudrat, iradat dan wahdaniyat.

SOALAN : Apakah sebab lima sifat tersebut terkandung dalam kalimah la, enam sifat terkandung dalam kalimah ilah, empat sifat terkandung dalam kalimah illa, dan lima sifat terakhir itu terkandung dalam sifat Allah. Berikan sebab-sebabnya.

JAWAPAN :

  • Ini kerana kelima-lima sifat itu iaitu sifat wujud hingga sifat qiamuhu binafsihi adalah martabat zat la ta’yin iaitu yang tidak nyata kenyataannya (tidak boleh nampak kewujudannya dengan mata kasar)
  • Kalimah la itu adalah kalimah tauhid. Itu sebabnya
  • Sebab keenam-enam sifat itu terkandung dalam kalimah ilah kerana sifat-sifat tersebut adalah sifat kaya (sama’ basar, kalam, sami’un, basirun, mutakallimun.)
  • Keempat-empat sifat itu terkandung dalam kalimah illa kerana sifat tersebut (hayyun, alimun, qadirun dan muridun) sudah lazim dengan sifat maani yang menjadi sebab.
  • Kelima-lima sifat tersebut (hayat,ilmu, qudrat, iradat dan wahdaniyat) terkandung dalam kalimah ALLAH kerana daripadanya terzahir segala sifat yang mana sifat-sifat itu wujud dalam ingatan hati dan juga di luar. Allah itu bermakna nama zat yang wajibul wujud yang mewajibkan 20 sifat.

11 comments:

  1. blog saudari sgt menarik..sy ingin mdapatkan pndapat saudari..ada bnyk bnda yg sy nk tnykan..harap diberi kesempatan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekadar utk bertukar pendapat, boleh saja email pada saya. inuyasya_aura@yahoo.com

      Delete
    2. perempuan boleh minat blajar ilmu hakikat??really..i'm impressed. sape dedahkan awk dgn ilmu nie?

      Delete
  2. Sy pnh rasenya baca buku ni

    ReplyDelete
  3. rahsia makrifat..hati2, ada yg kata nnti awk sesat.. terutama ahli syariat yang jahil. seronok blajar pasal ilmu hakikat. cuma ada jalan yang xboleh difahami dengan akal semata2 melainkan melalui mata bashirah mata hati. ilmu hakikat adalah adalah ilmu ghaib. ilmu utk mengenal rahsia2 ALLAH. awal agama adalah mengenal ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum, Dear saudari - Let us Spread the KALIMAH of ALLAH - LA ILAHA ILALLAH [ a Thesis of 5,000 pages ].
    I have a research and study on KALIMAH LA ILAHA ILALLAH and the subject of Shahadah for the last 27 years.If you would like to work along kindly be generous to be in touch with me to spread the Verse of the Most Important Command of ALMIGHTY ALLAH on the First Pillar of ISLAM [ Surah Muhammad - Verse 19]. There is no compulsion in the matters of ISLAM , this subject is about IMAN - There is no compulsion in the matter of IMAN.[ 012 6771920 - Dr Ismail Kassim].ilmulyakin@gmail.com

    ReplyDelete
  5. carilah ketenangan Jiwa dengan KALIMAH ALLAH - dengan KALIMAH LA ILAHA ILALLAH dengan ilmu nya [ layari youtube - Sheikh dr Ismail kassim tentang kalimah la ilaha ilALLAH

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum, Dear saudari - Let us Spread the KALIMAH of ALLAH - LA ILAHA ILALLAH [ a Thesis of 5,000 pages ].
    I have a research and study on KALIMAH LA ILAHA ILALLAH and the subject of Shahadah for the last 27 years.If you would like to work along kindly be generous to be in touch with me to spread the Verse of the Most Important Command of ALMIGHTY ALLAH on the First Pillar of ISLAM [ Surah Muhammad - Verse 19]. There is no compulsion in the matters of ISLAM , this subject is about IMAN - There is no compulsion in the matter of IMAN.[ 012 6771920 - Dr Ismail Kassim].ilmulyakin@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Mcm mana nk jmp jln pulang kalau xjumpa jln kembali?

    ReplyDelete
  8. awalud-din makrifatullah, terima kasih penulis blog,

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com