~~di sebalik lirik AKU MAAFKAN KAMU~~


~~salam warahmatullah. Pertama kali saya mendengar lagu ni tanpa melihat liriknya, fikiran saya ada satu kelainan pada kandungan lagu ni. tetapi saya masih belum menemui apa “kelainan” tersebut. Sehinggalah suatu hari, saya cari liriknya, saya perhati satu demi satu. Dan alhamdulillah, itulah kelainan yang saya ingin ketemu. Ini hanyalah maksud pada pemikiran saya. Kalau kamu semua ada maksud lain, itu hak kamu semua. J . pertama sekali, saya kongsikan liriknya. Kemudian, baru maksudnya. Selamat membaca. J

Ada teratak di hujung kampung,

Bawah cermin kopak ada kotak,

Tersembunyi dalamnya ada tempurung,

Sembunyi bawahnya katak melalak…

Atur sepuluh daktil batal yang batil,

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil,

Dari halaman susuk kiri satu susuk ganjil,

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil,

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi,

Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi,

Surat wasiatnya atas paksi dalam bumi,

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni,

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan,

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan,

Halusinasi susuli ketandusan ihsan,

Ubat parut auditori kesan artileri insan,

Gagal dikesan

Aku, maafkan kamu,

Tak perlu kita bertemu,

Cukup kau tahu,

Yang aku,

Maafkan kamu,

Tolong teruskan hidup,

Jangan sebut namaku,

Timbul tenggelam, timbul tenggelam,

Acapkali terpendam, acapkali tersergam,

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam,

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam,

Ku timbang tanpa neraca di awal usia,

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia,

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu,

Jadi aku tak berganjak, biarkan saja begitu,

Maafkan mereka, mereka tidak tahu,

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu,

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,

Maafkan mereka, mereka tiada nilai,

Ibu bapa lalai, dari kecil dah diabai,

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti,

Kita kongsi warna mata, tetapi tidak warna hati,

Atas kepala murai sekawan,

Mari ku ramit kucup lehernya,

Terlalu rahi dendam di angan,

Sampai terkacip mulut mahirnya,

Kenapa awak tak pukul mereka?

Saya tak suka pada keganasan,

Jangan ahli sihir seru maharaja,

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma,

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara,

Kalau terpelajar sila guna hak Miranda,

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam,

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham,

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca,

Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta,

(alif)

Ada teratak di hujung kmpung

(ba)

Bawah cermin kopak ada kotak

(ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan

(MAKSUD LIRIK)


~~penulis mengibaratkan sebuah jasad pada satu badan. Pada insani yang tidak begitu sempurna terdapat pula Rabbani yang menjadi sangkar kepada Rohani. Di dalam Rohani terdapat pula Nurani yang dahagakan sesuatu daripada sang Jasmani.

~~Atur sepuluh jari yang banyak dosanya. Apabila dua mata terpejam, maka tampil pula penglihatan yang satu yang berbeza dengan penglihatan mata. Di bahagian kiri satu susuk tampil. Bukanlah hantu atau syaitan, tetapi itulah DIRI. DIRI yang satu dan sentiasa suci sepatutnya diasingkan dari fitnah dunia yang tentunya jahat.

~~ Keinginan tidak serasi dengan suara hati. Penyatuan semula seluruh isi bumi yakni rakyat tubuh badan (Jasmani, Rohani, Nurani). Zikir ucapannya sudah ada di dalam diri sejak azali.

~~DIRI memaafkan Jasmani , sesungguhnya Jasmani tidak perlu bertemu dengan DIRI. cukup sekiranya Jasmani tahu bahawa DIRI telah memaafkannya. Itu membuktikan bahawa Jasmani telah mengenali siapa itu DIRI dan tidak perlu lagi untuk menyebut empunya nama.

~~DIRI yang tampil itu seringkali timbul dan tenggelam. Setiap kali dia datang, tiada madah yang akan terungkap. Melainkan jasmani melihat kembali kejahatan maksiat yang pernah dilakukan suatu waktu dahulu, sesungguhnya ini bukanlah lagu rindu, tetapi madah dendam DIRI terhadap jasmani.

~~Seawal usia Jasmani, Jasmani telah diajar segalanya oleh manusia-manusia lain. Tida langsung pertimbangan ilmu dunia atau akhirat. Sudahnya, DIRI dihukum ke neraka oleh Jasmani dan manusia-manusia durjana.

~~Seterusnya, penulis merujuk kepada pendengar lagu ini, penulis memohon maaf kerna pendengar tidak tahu maksud sebenar lagu ini. pendengar lebih suka mendengar daripada mengkaji. Kita kongsi agama Islam tetapi berbeza fahaman.

~~Berbalik kepada cerita DIRI dan Jasmani, apabila DIRI sudah memaafkan Jasmani, maka hadirlah rindu dendam sehingga kelu lidah untuk berkata-kata. Cukup dengan saling memandang (‘’)

~~Penulis memberi ingatan agar tidak salah menafsirkan maksud lagu ini. kelak bakal mencetuskan ketidakfahaman. Gunakan akal sebelum berbicara.

~~Pendengar hanya mendengar, menghafal liriknya di atas lafazan lidah tetapi tidak faham. Penulis mengatakan bahawa pendengar hanya akan memahami lagu ini dari segi duniawi sedangkan penulis itu memahami lagu ini dari segi ukhrawi. Penulis mengajak pendengar untuk mengkaji kehidupan ukhrawi pula.

~~Sesungguhnya DIRI lebih suci dari apa yang ku bayangkan~~

p/s: kalau tak faham, boleh tanya orang yang lebih bijak pandai ye? Jangan ambil 100% ayat saya untuk difahami.

J

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com