~~di sebalik "Hijab Kekasih by M. Nasir"~~


~~Malai rinduku merintih… kecintaan…
Duduk termenung hanya bingung… kerinduan…
Walaupun jauh dari nyata…
Kasih dan sayang telah lama ku satukan…
Semua kasihku dalam gemala…
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini…
Masyhur rupamu di mata kalbu ini…
Berbaringan diusik rindu azali…
Di manakah kekasih…
Yang jauh dariku… memakan debu…
Rindumu… segenap nafasku melihat renunganmu…
Wangi dan harum kau kekasih…
Antara lamunan segala kalimahku ini…
Siapa yang mengerti…

Menghilang tahun ku tahan dahaga…
Setelah habis madah sang puteri…
Pautan kasih ku kenal sendiri…
Teringin ku melihat sebalik hijabmu…
Wajah yang ku puja…

Kekasih lama sudah aku menunggu…
Larut nan denai larat nan damai…
Haram kelamin untuk kita bercerai…
Kasih dan sayang dalam keredhaanMu…~~

***

(Makna Lirik)

#Hijab kekasih secara keseluruhan masih mengekalkan prinsip tentang percintaan seorang hamba kepada Khaliqnya.

~~Penulis menyatakan bahawa dia amat merindui Tuhannya… amat mencintai Tuhannya. Sesungguhnya dia telah melalui fasa sirna dalam cahaya. Dia telah berjumpa dengan DIA yang Maha Terpendam dan Tersembunyi. Lalu keadaan itu, membuatkan dirinya asyik dalam menungan kerinduan. Merindui ‘kehadiran’ DIA. Walaupun DIA itu tidak hadir dalam bentuk nyata… tetapi sudah terlalu cukup untuk si perindu ini terus menyulam kasih dan sayang kepada DIA. Kasih dan sayang…nafi dan isbat lalu disandingkan. ‘Ke laut jawi’ bermaksud ke dasar alam yang tiada siapa mampu menembusinya…melainkan si perindu tegar dan hanya DIA.

~~Rangkap kedua mengisahkan tentang pencarian dalam cahaya si perindu membuahkan hasil. Tersingkaplah hijab, sirna di dalamnya, timbullah DIA. Sesungguhnya DIA itu terlalu suci dan sukar untuk dimisalkan DIRINYA. ‘Rindu azali’ itu bermaksud rindu yang telah lama terakam di jiwa. Rindu untuk ‘berhadapan’ dengan DIA seperti dimensi bukan di alam Syahadah…itulah alam Lahut. ‘Segenap nafasku melihat renunganmu’  bererti setiap turun naiknya nafas si perindu, pasti berserta DIA. Penulis turut menyelitkan pesanan dalam ayat tersebut betapa Allah itu mustahil untuk berlepas pandangan dalam menyaksikan perbuatan hambaNya. ‘Antara lamunan segala kalimahku ini’  membawa maksud bahawa penulis menulis lirik ini seperti dalam keadaan tiada tersedar. Dia hanya menulis atas bisikan yang lahir dari jiwa… namun,..siapa kan mengerti puitis lagu ini… tentang dunia hakikat…

~~’Menghilang tahun ku tahan dahaga’ bermaksud jiwanya begitu terseksa menahan rasa rindu yang tiada pasti di mana penghujungnya. Ibaratnya, sudah terteguk air yang lazat rasanya, pasti akan menginginkannya lagi… tiada lagi madah puitis (zikir) untuk sang puteri ( menggambarkan sifat kecantikan Allah) melainkan ‘Aku menyaksikan….’

~~Sesungguhnya si perindu amat merindui Kekasihnya. Biarpun pelbagai dugaan hadir. Namun dugaan itulah yang menambahkan rasa kecintaannya kepada DIA. Larut nan denai larat nan damai…

~~’ Haram kelamin untuk kita bercerai’ bermaksud hidup itu hanyalah untuk DIA. Di mana kita berada… di situlah ada DIA. Di mana kita berhadapan… Di situlah Wajhullah… “Aku berserta DIA”… ungkapan yang dipegang oleh penulis… syiriklah seseorang itu apabila mengatakan dirinya melakukan itu dan ini...

Wallahua’lam

HIJAB KEKASIH_M NASIR


~~tentang "Buat seorang kekasih by Slam"~~


~~Oh Sepi terasa... setelah cinta pudar di hati...
Tak mungkin dapat.. ku melupakan...
Kerana dialah kekasihku...

~~Dan di saat ini...
Ku masih terus menyintaimu...
Melupaimu tak mungin berkubur...
Terdengar suaramu memanggilku...

~~Dahulu kita sungguh mesranya...
Bergurau senda saling menyayang...
Kita berjanji sumpah setia..
Hingga ke akhir hayat ingin bersama..

~~Kita merancang tuhan tentukan...
Tiba masanya kau pergi...
Tak kembali...

~~Tinggal aku keseorangan...
Tiada lagi gurau sendamu...
Siang malam sepi ku rasa...
Aku rindu kemesraanmu...

~~Ku terkilan hajat tak sampai...
Kasih putus di tengah jalan...
Tinggal aku keseorangan...
Tiada lagi gurau sendamu...~~

*** 

(Makna Lirik)

~~Sebuah lagu yang menceritakan tentang Diri Rohani yang merindui diri jasmaninya. Cinta sang jasad hanya sementara cuma. Namun begitu, tidak mungkin Diri akan melupakan pasangannya. kerana jasad dan roh itu adalah satu. hidupnya jasad kerana adanya roh.

~~Dan sehingga detik itu, Diri Roh masih terus mencintai sang jasad. kerana cintanya masih teguh dan utuh. itulah perbezaan cinta Allah dengan cinta manusia yang ternyata bersifat sementara. cinta Allah itu bersifat kekal dan abadi. Allah itu tidak akan melupakan hambaNya. tetapi hambaNya sering melupakan DIA. Bahkan jua bersikap sombong dan bongkak. Tidakkah engkau tahu bahawa DIA itu Raja Penguasa Alam?

~~Dahulu ketika engkau tiada mengenal dunia, engkau bebas dari dosa, engkau tiada kudrat, kepada DIAlah engkau bergantung. di hatimu hanya DIA yang bertakhta. engkau berjanji untuk mencintai hanya DIA... Bahkan takkan berpaling cintamu. namun kini...?

~~Engkau seolah-olah tidak lagi menoleh kepadaNya. Engkau sombong, riak, bangga... akankah engkau akan kembali padaNya?

~~Kayalah sang jasad dengan nikmat dunia. menderitalah sang roh tiada santapannya. hiduplah Diri roh ibarat insan gelandangan... tiada lagi kemesraan..

~~Tinggallah Diri roh sendirian. digunakan sebagai alat untuk meneruskan hidup tanpa dibayar ganjarannya. begitu parasitnya engkau. sesungguhnya hajat untuk memadu kasih cinta Allah, tiada kesampaian...~~

Wallahu'alam

Buat Seorang Kekasih by Slam


~~Di sebalik "SEGALANYA KU TERIMA by Ilusi"~~



~~Aku yang kehilangan… dalam diri sendiri… terkurung dalam bayanganmu…~~

~~Gelak ketawa engkau… bagai bertahun dulu… menyeretku ke syurga kita…~~

~~Itu … mimpi yang terkenang… membuat aku terbuang… tika memapah semangat… yang masih ada…~~

~~Cerita silam ini… menjadi racun bisa… dan kini aku pun melara…~~

~~Terlemas di dataran…di lambung ombak hidup… pun aku masih menantimu…~~

~~Akan tersingkapkah cinta… yang telah sekian lama… kita dodoikan bersama… di mimpi ngeri…~~

~~Biarpun masih tergagah… menjulang cinta yang patah… sebenarnya aku kesepian.. dan aku masih cinta…~~

~~Diri ini penuh luka… yang tidak akan tertutup… meskipun ada pengganti… seiras wajah…~~

***

(Makna lirik)

~~Secara keseluruhan lagu dendangan kumpulan Ilusi ini membawa maksud tertentu. Lain pendengar, lain pula tafsiran mereka atas lagu ini.

~~Rangkap pertama: mengisahkan bahawa “aku” yang boleh diberi maksud sinonim dengan  rangkaian perkataan “Seorang manusia”, “seorang hamba”, atau lebih tepat dalam ilmu hakikat digelar sebagai “diri rohani” yang hilang dalam diri sendiri. Bermakna sang diri itu berada dalam keadaan fana Allah iaitu “diri” telah hancur lebur dalam ingatan pada Allah. Hanya Allah.

~~”Gelak ketawa” adalah simbolik kepada kemesraan atau sifat pengasih dan penyayang (Ar-Rahman & Ar-Rahim) Allah kepada hamba yang mencintaiNya telah mengingatkan “diri” tentang tempat “kelahirannya” dahulu iaitu alam Lahut. Di alam itu juga tempat kembalinya hamba Allah. Dan di situlah juga “syurga” bagi orang yang mencintai untuk bertemu dengan Dia yang dicintai.

~~”Mimpi yang terkenang” adalah berdiri maksudnya di atas kata “mimpi” itu sendiri. Iaitu cerita lama atau cerita silam, membuatkan “diri” begitu terasing memandangkan perbezaan  kehidupannya. Jika dahulu, hidupnya untuk Allah, namun kini, hidupnya hanya berlandaskan nafsu dunia semata. Lalu, dengan sisa cinta yang berbaki, “diri” terus memacu semangat untuk mendapat “cinta” itu kembali.

~~Cerita silam itu bagaikan racun bisa untuk “diri”. Terlahirlah rasa malu dan rendah diri kepada Dia. Perasaan itulah yang membuatkan “diri” menderita ‘sakit’ hanya kerana Dia. Umpamanya “diri” tidak mampu lagi untuk gah menongkat dagu, menadah wajah untuk memandang ke “atas”. “diri” berasa bahawa dia telah dibenamkan jauh ke dalam lembah paling kotor.

~~Namun, itu tidak langsung mencarik iman yang mula bertaut di hati. Biarpun dugaan dan ujian daripada Allah datang bersilih ganti, “diri” tetap teguh dengan penantian itu.

~~Apakah Allah membuka hijab cintaNya untuk sang hamba yang telah menagih kembali cintaNya? Biarpun perkara itu bagaikan mimpi “ngeri” untuk “diri”.

~~Walaupun sisa semangat untuk meraih cinta itu masih ada, namun, “diri” masih lagi terasa kosong dan sepi berikutan belum pasti apakah dia akan diterima kembali atau tidak…

~~Rangkap terakhir… terlalu complicated untuk dihuraikan. Namun begitu, saya akan mencuba sebaik mungkin untuk sekalian pembaca…

~~Pada rangkap terakhir ini, menggambarkan bahawa “diri” mengakui “dosanya” terlalu banyak ibarat air dilautan…bagaikan debu yang berterbangan menerjah ke segenap pelusuk kecil yang sukar disucikan. Dosa disimbolkan  dengan perkataan “luka”. Disebabkan dosanya yang terlalu banyak, “diri” berasa bahawa dia tidak akan diberi ampunan oleh Pemilik Cinta meskipun ada “diri” yang seiras dengannya. Perkara ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa sang “diri” seolah-olah menyatakan tentang dosanya yang terlalu besar sehingga Allah tidak mahu memandangya…~~

Wallahu’alam.

SEGALANYA KU TERIMA_ILUSI

~~Cahaya kehidupan~~ (puisiku)





Andai hati berduka sayu,
Pada siapa harus mengadu,
Andai hati bergembira tawa,
Pada siapa disyukur nikmatnya.

Peringatan demi peringatan
Telah diberikan Tuhan dalam al-Quran,
Kepada manusia berjiwa insan,
Dahulu berjanji... kini dilupakan,
Sememangnya kita lupakan daratan.

Hidupnya seorang insan,
Untuk beribadah satu kewajipan,
Itulah ungkapan sebuah perjanjian,
Perjanjian nan lama kian disisihkan

Wahai manusia sedarlah dirimu,
Dijadikan dari tanah dan debu,
Tidakkah kamu berasa malu,
Melakukan dosa menentang tuhanmu.

Kembalilah manusia ke pangkal jalan,
demi mencari keredhaan tuhan,
sebelum kesiangan bertukar kegelapan,
Bimbang tersesat mencari jalan,
Jalan taubat... jalan keimanan.

~~Di sebalik "Hilang Naluri" - Once Mekel~~




~~Mawar merah yang ku cium... ternyata menusuk dan beracun... wanginya menyenangkan hatiku... membuatku tak karuan...

~~Sehari tak bertemu dengannya... serasa hampa dalam hatiku... ku mabuk cinta yang tak terbaca... oleh naluriku...Dia sama sekali tak cintai diriku... dia hanya memanfaatkan diriku...

~~Matilah kau di dalam hatiku... bawa pergi saja dirimu... sampai ke dasar lautan... matilah kau... bersama cintaku.... banyak berharaplah dirimu... semoga dapat bahagia... berharaplah...

~~Ku berlutut di bawah kakinya... ku berikan hatiku untuknya... ku telan semua luka-luka... ku tak punya perisai lagi...~~

*** 

(Makna lirik)

~~Bait-bait puitis "Hilang Naluri" mengisahkan tentang sebuah peperangan antara hawa nafsu dan diri rohani.

~~Mawar merah yang terdapat dalam rangkap pertama merupakan simbolik kepada ruang lingkup dunia. dunia yang penuh dengan warna-warni... kemanisan dunia membuatkan mereka yang lalai terus-terusan berada dalam keadaan itu. harap tidak terlupa akhirat akan tiba. begitu juga halnya dengan sifat si mawar merah. dalam harum wangi, jangan dilupa untuk berwaspada dengan durinya...

~~Rangkap kedua diibaratkan bahawa kehidupan dunia itu terlalu penting bagi mereka yang berajakan hawa nafsu. sentiasa memikirkan hal-hal duniawi. sedangkan "mereka" itu (dunia dan nafsu) langsung tidak menghargai cinta pengabdinya. bahkan mereka hanya mengambil kesempatan ke atas keadaan diri roh sahaja.

~~Rangkap ketiga, kesedaran timbul dalam diri sang pengabdi. lalu dibenamkan seluruh hawa dan nafsu jauh ke dalam lubuk hatinya agar tiada lagi timbul akan perihal itu (cinta dunia). lalu berharaplah sang hamba agar taubatnya diterima oleh DIA. perbanyakkan harap kepada DIA, pasti beroleh bahagia.

~~Lalu sang hamba terus menjatuhkan egonya yg setinggi langit dengan duduk melutut dan bersujud kepada Tuhannya, Allah SWT. Dia menyerahkan seluruh jiwa raganya hanya untuk DIA. Si Kekasih Hati. sesungguhnya, DIAlah Maha Pemberi Perlindungan.

~~Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan Allah dan mohon ampunlah bagi dosamu dan dosa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan." (Muhammad:19)

~~Segalanya Tentang Samarkand~~




pada tahun 1206 seorang pemimpin mongol telah mempersatukan berbagai suku mongol dibawah kekuasaannya, dia adalah Genghis Khan nama aslinya adalah Temujin, dia dan pasukannya yang bengis telah mengubah tujuannya ke Asia Barat.
Samarkand adalah sebuah nama kota kuno yg menjadi ibukota Persia dan Arab. pada tahun1220, Kota ini menjadi pusat kekaisaraan kwaewzmian, yang menduduki wilayah antara Timur Tengah dan wilayah mongolia.
pada bulan juni 1220 pasukan mongolengepung kota itu, Samarkand dipertahankan dengan garnisun berjumlah 110.000 dibawah pimpinan Alub Khan, yg saat itu menjadi gubernur kota itu.
Genghis Khan membawa prajurit berjumlah 120.000. penduduk kota Samarkand ketakutan lalu mereka berfikir lebih baik bekerja sama dengan pasukan penyerbu dari pada melawanya dan mereka mebuka gerbang kota dengan harapan mendapatkan belas kasihan, ternyata harapan mereka sia-sia, pasukan mongol begitu kejam. Alub Khan bersama 1000 prajurit berkuda berhasil lolos, tetapi Samarkand telah dikuasai Mongol. (http://akramoctaviori.blogspot.com/2011/06/samarkand.html )
********************************************************************************
Letak Geografis: Samarkand merupakan salah satu kota tertua di dunia. Kota ini terletak di Republik Uzbekistan. Kata  “kand” berasal dari bahasa Persia yang berarti “kota”. Sedangkan kata “samar” sampai saat ini belum ditemukan terjemahan maknanya yang memuaskan.
Dahulu, Samarkand merupakan ibukota Transoksania selama lima abad sejak masa dinasti Saman sampai masa dinasti Timur. Di samping itu, Samarkand dan Bukhara merupakan dua kota terpenting di Transoksania. Samarkand terkenal dengan kota surga karena iklimnya yang sedang seperti daerah-daerah lain di Asia Tengah. Penduduk Samarkand berjumlah sekitar 500.000 jiwa.
Posisinya: Dewasa ini, Samarkand merupakan kota paling ramai di Uzbekistan di bidang pertanian, perdagangan dan industri. Sepanjang sejarahnya, kota Samarkand pernah mengalami tiga kali masa kehancuran. Yang pertama terjadi pada tahun 329 SM oleh Alexander, ketika kota itu masih bernama Markanda. Kehancuran kedua terjadi pada masa Jengis Khan tahun 617 H/220 M. Dan yang terakhir terjadi pada masa Uzbek, pertengahan abad kesembilan Hijriah (abad kelima belas Masehi). Ketika itu, suku-suku Uzbek belum memeluk agama Islam.
Masuknya Islam: Islam mulai masuk ke Transoksania pada tahun 46 H. Ketika itu, Kutaiba bin Muslim ditunjuk sebagai gubernur Khurasan pada saat kendali pemerintahan berada di tangan Tharkhun.
Pada tahun 91 H/709 M terjadi perdamaian antara Tharkhun dan Kutaiba ibn Muslim dengan kesepakatan bahwa Tharkhun berkewajiban membayar jizyah (upeti) dan jaminan kepada umat Islam. Tetapi, perjanjian damai itu membuat marah rakyat Tharkhun yang kemudian memaksanya melepaskan jabatan dan menggantikannya dengan Ikhsyid Ghurak. Meski demikian, Kutaiba berhasil memaksa penguasa baru itu untuk menyerah pada tahun 93 H/712 M setelah sebelumnya mengepung kota Samarkand beberapa lama. Samarkand dan Bukhara menjadi pangkalan penyebaran Islam selanjutnya.
Setelah itu, kekuatan Samarkand mulai melemah setelah sebelumnya merupakan titik tolak tersebarnya agama Islam ke Cina, India dan Rusia. Rusia bahkan pernah berada di bawah kekuasaannya selama tiga abad di mana adipati Moskwa membayar upeti kepada pemerintahan Bukhara setiap tahun. Tetapi, kaesar-kaesar Rusia kemudian berhasil merebut wilayah-wilayah Islam itu. Benteng Islam pertama di Transoksania (benteng Aq Masjid) pun kemudian jatuh ke tangan Rusia pada tahun 1852 M.
Ketika Turki Usmani mengancam Eropa dan melebar ke Asia dan Afrika pada pertengahan abada keenam belas, Kekaisaran Rusia menyerbu kota Samarkand dan kota-kota Islam lainnya. Ketika komunis berkuasa di Rusia pada tahun 1342 H/1923 M, Samarkand berada di bawah wilayah Uni Soviet hingga masa keruntuhannya tahun 1412 H/1991 M. Setelah Republik Uzbekistan memerdekakan diri, kota Samarkand masuk ke dalam wilayah Republik Uzbekistan.
Objek Wisata: Di antara industri klasik yang terkenal di Samarkand adalah industri kertas, tekstil dan karpet. Sepanjang sejarah, Samarkand terkenal dengan jumlah sekolah yang sangat banyak yang merupakan indikasi betapa besarnya perhatian penduduk terhadap ilmu pengetahuan. Di Samarkand terdapat makam Imam Bukhari rahimahullah, penulis buku hadis sahih yang paling autentik.
Tokoh-tokoh Samarkand: Di Samarkand terdapat sejumlah ulama terkenal seperti Muhammad Addi As-Samarkandi, Abu Manshur Maturidi, Abul Hasan Maidani, Ahmad ibn Umar, Abu Bakr As-Samarkandi, Muhammad ibn Mas`ud As-Samarkandi (penyusun Tafsir Al-Iyasyi), Alauddin As-Samarkandi, Najibuddin As-Samarkandi, Abul Qasim Al-Laitsi As-Samarkandi dan Qadi Zadah Ar-Rumi. (http://saniroy.archiplan.ugm.ac.id/?p=424 )

lagi link mengenai samarkand :
**************************************************************************


~~Di sebalik "takdirmu takdirku" - Ismeth Ulamraja~~



~~Ruang gelap sepi mendambakan pertemuan… pertemuan antara ruang kosong… yang lama tinggal bermukim di hati… dan bagaikan di angkasa… sepi di laut lepas tak bertepi… ku biarkan berlalu tanpa reaksimu…

~~Perjalanan menuju cintamu hampir menemui mati…

~~Namun aku masih menoleh janji… kerna di hadapanku hanyalah mimpi… masa lalu seakan kembali mengisi ruang hidupku…

~~Bukan jua pertemuan… dijanjikan untuk kita… tak mungkin takdirku dan takdirmu bersatu…

~~Perjalanan menuju cintamu hampir menemui mati…

~~Namun aku masih menoleh janji… kerna di hadapanku hanyalah mimpi… masa lalu seakan kembali mengisi ruang hidupku…

***

(makna lirik)

~~Pada rangkap pertama, puisi/lagu membicarakan tentang seorang hamba yang merindui sebuah pertemuan hakiki. Pertemuan antara ruang kosong iaitu ruang hati dan nurani… ruang yang hanya menempatkan DIA. Namun, ruang ini sering dibiarkan sepi. Tiada dilawat walau sekelip. Lalu, sang hamba melupakan dia dalam detik tidak sedar.

~~Sang hamba kembali menagih cinta yang ditinggalkan. Cinta yang suci telah dipalit noda, tentulah sukar untuk di’bersih’kan. Kerana DIA mahukan cinta suci.

~~Biarpun payah, biarpun gundah, sang hamba tetap meneruskan pencariannya. Ingin terus meraih cinta DIA. DIA juga telah membuat janji untuk hambaNYA yang beriman. Mengenangkan janji suci itu, lalu sang hamba terus mencari DIA. Itulah cinta ‘masa lalu’ yang Maha Agung dan kekal abadi. Tiada luput ditelan arus dunia. Masa hadapannya (dunia) yang berbalam, kian ditinggal pergi..

~~Tiadalah takdir itu akan bersatu setelah sang hamba memilih jalan ‘masa lalu’nya…~~

Wallahu’alam
Takdirmu…takdirku_Ismeth UlamRaja



~~Pelayaran by May~~




~~Berilah peluang kepada diriku ini… meneruskan pelayaran ini… dan mencari secebis erti… untuk aku berdiri…

~~Usahlah kau menghalang diriku… untuk mengejar cita ini… agar kau capai kejayaan… dalam hidup…

~~Ku hanya memberi satu kesenian… untuk dinikmati bersama… akan ku hulur dengan caraku… yang ikhlas ini…

~~Aku juga insan sepertimu… perlu melengkapkan diri… melalui lorong hidupku… akan ku teruskan pelayaran ini… sehingga hujungnya…~~

***
(Makna lirik)

~~Lagu pelayaran pada rangkap pertama mengisahkan tentang aku iaitu DIRI (Rohani) memohon agar dia diberikan peluang oleh diri (jasmani) untuk meneruskan sebuah pelayaran. Bukanlah pelayaran biasa, bahkan sebuah pelayaran untuk mencari sebuah erti ‘kehidupan’ yang kekal abadi.~~

~~Rangkap kedua, DIRI mengingatkan  pasangannya agar tidak menghalanginya untuk terus mengejar sebuah cita-cita abadi. Cinta Allah.  Asal sahaja hubungan dengan Allah itu baik, maka segala kejayaan pasti dapat dicapai. Inilah yang dimaksudkan dengan  “Kejarlah akhirat, pasti dunia mengekorimu.”~~

~~Ilmu mengenal Allah, ilmu mencintai Allah bukanlah sekadar ilmu hakikat, bahkan turut berkait rapat dengan kesenian. Sebuah kesenian yang halus…yang harus diperhalusi, harus dititikberatkan, harus diukir cantik biarpun banyak sekali ‘contengan’ asing (dugaan) yang wujud. Kedua-dua mereka (jasad dan roh) perlu saling melengkapi untuk menikmati hasil karya Maha Agung. Kerana DIAlah pencipta segalanya. Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Bisakah kita menghuraikan satu demi satu? Inilah caranya rohani dapat membantu jasmani agar sama-sama berada dalam fanalillah.~~

~~Sepertimana jasad, seperti itulah keadaan roh. Jika jasad itu baik sifatnya, begitu juga halnya dengan roh. Jika jasad itu haiwan sifatnya… begitulah keadaan roh. Kerana roh juga bersifat insani sepertimana jasad. Tidakkah ada sifat peri kemanusiaan dalam diri? Jasad dan roh ada makanan. Tetapi apa yang membezakan… pemakanan jasad akan memberi kesan buruk kepada  roh. perkara sebaliknya berlaku dalam ‘pemakanan’ roh…tidak memberikan kesan buruk bahkan kesan yg baik kepada jasad. Apakah makan roh? Itulah perbuatan mulia berlandaskan kecintaan kepada Allah sehinggakan DIRI itu hilang dalam cinta Allah. Inilah lorong sebuah kehidupan. Inilah destinasi sebuah pelayaran. Meraih cinta Allah sehingga mampu berserta DIA dalam pelbagai situasi…~~

WALLAHU’ALAM
Pelayaran_MAY

~~Disebalik lirik "Teman pengganti"- Malique ft black~~




~~Ketawa bersama… menangis bersama… ku bersumpah harap kita mati pun bersama…

~~sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi… bila celik juga bila mimpi… aku Nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi… dia membelaimu dengan izin dan permisi… sentuhan katanya semuanya kau iakan… sentuhan jari kau diamkan dan biarkan… aku redha walau tidak ku damba… walau hampa semuanya dah dijangka…

~~Beberapa purnama dulu cinta bertakhta… kenangan dibina kita indah belaka… ketawa bersama menangis bersama…. Namun hakikatnya bukan mudah… aku sembunyikan gulana gundah…. Segalanya kan berubah… dengarkan apa yang ku mahu luah…

~~Rahsia ini telah lama aku pendamkan… tiba masanya segala-galanya ku ceritakan… aku kan pergi… pergiku tak akan kembali… tiba masanya kau cari teman pengganti…

~~Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias… kita tak terlepas dari terkena tempias…. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias… tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas… hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks… dalam disleksia cuba kekal dalam konteks… bila dunia seolah tak memahami… kau sudi selami, dalami dan mengalami…

~~Setia mendengar, sentiasa hadir… ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir… tiba pagi syawal kaulah yang terawal… syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal… 70 ribu hijab harus ku singkap… ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap…

~~Dalam diam ada seorang ku puja… kau teristimewa tapi dia yang sempurna…

~~Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan… dalam persekitaran yang penuh dengan kejumudan… terperangkap dalam jasad, ku keliru… mujur ada kau si peneutralisasi pilu… namun aku tetap murung, berkurung… tubuh makin susut menunggu tarikh luput… komplikasi di halaman rusuk kiri, makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri…

~~Lagu ini yang terakhir aku sajikan… kalau rindu nanti boleh kau nyanyikan… jaga diri jangan makan hati… yang patahkan tumbuh, yang hilang kan berganti…. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… cincin, kunci dompet dalam laci… ada sikit wang itu saja baki… moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

~~Aku kan pergi…bertemu kekasih abadi… tiba masanya kau cari teman pengganti…~~

***
(Makna Lirik)

~~(secara hakikatnya, roh itu sentiasa mendambakan cinta Allah. dan makanan bagi roh itu amal ibadah. namun sifat manusia itu tidak mahu mencari cinta yang abadi. kerana mereka buta menilai biarpun 'cinta' itu sudah ada lakarannya di dalam al-quran. rangkap ini menceritakan bahawa roh mahu bersama-sama dengan jasad dalam meraih cinta Allah sehingga ke akhir hayat mereka)

~~Namun harapan itu seakan terkubur apabila diri Roh melihat di samping jasmaninya tiada berserta Allah lagi. Bahkan sesuatu yang bersifat jahil (keduniaan) sedang menemani diri jasad. Ini bererti sang hamba semakin lalai dengan nikmat dunia sehingga secara tidak sedar telah melupakan DIA.

~~Rangkap ketiga, mengimbau peristiwa di mana sang hamba sedang asyik bercinta dengan DIA, segalanya indah. ‘Ketawa bersama, menangis bersama’ diertikan sebagai kehidupan yang adakalanya sukar dan adakalanya menggembirakan. DIA sentiasa ada bersama hambaNya. DIAlah perungkai masalah hamba yang dikasihiNya.

~~Rahsia apakah yang bersifat terpendam? Itulah rahsia antara DIA dan hambaNya. Rahsia yang jelas dinyatakan  tetapi perlu mencari untuk melihat apa yang tersirat didalam tersurat.  Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Petunjuk. Selangkah kita melupakan DIA, selangkah jua DIA melupakan kita. Tetapi harus beringat akan azab yang menanti. Maka, nikmat yang manakah harus kita dustakan? Tuhan yang bagaimana boleh menjadi penggantiNya?

~~Rangkap kelima, mengisahkan tentang sang hamba yang akhirnya mengakui kebenaran cinta hakiki. Mahabbatullah. Dalam dunia pancaroba, DIA tidak terlepas dari terkena tempias. makhlukNya sendiri yang mendustakan agamaNya. makhlukNya sendiri menghina DIA. Tetapi, hamba yang menjadi kekasihNya, hamba yang mengenaliNya, hamba yang mencintaiNya… pasti tidak akan terusik dengan perkara sebegitu. Mereka ini adalah golongan yang tetap dengan pendirian dan tetap imannya. Hanya golongan ini yang memahami isi dan ayat sebenar “naskah lama” (al-Quran)walaupun masih sukar, namun tetap dengan keadaan itu.

~~Rangkap keenam bermaksud, situasi sang hamba dalam keadaam penyerahan diri kepada Allah.
- ‘Setia mendengar’.. itulah zikrullah
- ‘Sentiasa hadir’… itulah keadaan diri sebenar-benar diri. 
- ‘Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir’… simbolik kepada sebuah perhubungan yang erat. Setiap apa mengenai DIA, sudah kukuh terpatri dalam hati sanubari. Mana mungkin ada yang mampu menggugahnya.
- ‘Syawal’= sinonim dengan bulan menyambut aidilfitri, juga kemenangan umat Islam yg berpuasa. Namun, dalam lagu ini berbeza maksudnya. Maksudnya di sini adalah kemenangan seorang hamba yang beriman dalam peperangan menentang hawa nafsu.
-‘kaulah yang terawal’ merujuk kepada DIRI sebenar-benar diri sudah muncul.
-’70 ribu hijab harus ku singkap’ bermaksud penyerahan tahlil kepada 7 manusia penting setiap seorang sebanyak 70 ribu.
-‘ku sorok kitab balik tingkap hinggap’ merujuk kepada ilmu hakikat yang bersifat tersembunyi bertujuan untuk menjernihkan diri roh yang bagaikan terpenjara. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘sucikanlah nama tuhanmu dengan zikrullah’.

~~Rangkap ketujuh: kembali kepada keadaan penulis, dia menyatakan bahawa dunia itu istimewa baginya, namun tidak dapat menandingi keistimewaan dan kesempurnaan Allah.

~~Penulis masih mencari  fungsi wujudnya dia. Dia keliru dan terperangkap dalam alam roh, mujur ada si peneutralisasi (Allah),
-‘murung berkurung dan tubuh kian susut’ menggambarkan keadaan diri penulis yang benar-benar cintakan Allah. Dia hanya menunggu ‘maut’ datang menjemput untuk bertemu DIA.
-komplikasi di halaman rusuk kiri’ simbolik kepada kedudukan jantung dan hati. Penuhkan hatimu dengan DIA.. degupkan degupan jantungmu berserta DIA (zikir).

~~’Lagu ini yang terakhir aku sajikan’ bermaksud ucapan zikrullah itu sendiri. di akhir hakikat 'kehidupan' sudah tiada huruf dan suara. lalu yang terakhir itu adalah 'ingatan pada Allah'. Ucapkan nama DIA dikala rindukan DIA. Jaga DIRImu yang telah bersih, jangan dikotorkan kembali.
-‘Jangan makan hati’ simbolik kepada pengotoran hati setelah melakukan pembersihan hati.
-‘Yang patahkan tumbuh, yang hilangkan berganti’ bermaksud lawanlah hawa nafsu sehingga diganti nafsu itu dengan nafsu mencintai Allah. kerana perang yang paling besar adalah melawan hawa nafsu.
-‘bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi’ simbolik kepada pembersihan hati yang hakiki. keempat-empat alam (mulki, malakut, jabarut dan lahut), keempat-empat anasir zahir (tanah, air, angin dan api) dan keempat-empat anasir batin (dzat, sifat, asma dan afaal) telah lengkap 'pengisiannya'.
-‘cincin, kunci , dompet dalam laci’ simbolik kepada keduniaan. penulis menyatakan bahawa dia menyimpan segala kemewahan dan kenikmatan dunia jauh dilubuk hati.
-‘wang’ simbolik kepada jumlah amalan, semoga cukup untuk suatu perjalanan yang jauh.

~~Aku kan pergi… bertemu kekasih abadi…tiba masanya kau cari teman pengganti…~~

Wallahu’alam

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com