**Renungan Jumaat**

~~Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

~~Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis, adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Innalillahiwainna ilaihi rajiun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabii aku redha dengan ketentuanMU ini,” sambil mengukir senyuman.

~~Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.

~~Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa melambakkan harta.

~~Siapakah orang yang rugi. Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan tetpi masih berat untuk melakukan ibadah dan amal kebajikan.

~~Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik

~~siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati dan membawa amal kebajikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

~~Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang mati yang tidak membawa amalan kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

~~Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari neraka.

~~Siapakah orang yang paling kedekut. Orang yang paling kedekut ialah orang yang membiarkan pesanan ini begitu sahaja malah tidak menyampaikan kepada orang lain.

sumber : https://www.facebook.com/Mr.Yone/posts/2692546677101?notif_t=feed_comment_reply

Himpunan kisah Rabiatul Adawiyah (bahagian 3)


TENTANG DIRI RABI’AH (3)

~~Suatu hari, pelayan wanita Rabi’ah hendak memasak sup bawang kerana telah beberapa lamanya mereka tidak memasak makanan. Ternyata mereka tidak mempunyai bawang. Pelayannya berkata kepada Rabi’ah “Aku hendak meminta bawang daripada tetangga sebelah.” Tetapi Rabi’ah melarang ;”Telah empat puluh tahun aku berjanji kepada Allah tidak akan meminta sesuatu pun kecuali kepadaNya. Lupakanlah bawang itu.”

~~Setelah Rabi’ah berkata demikian, seekor burung meluncur laju dari angkasa, membawa bawang yang telah terkupas di paruhnya, lalu menjatuhkannya ke dalam belanga.

~~Menyaksikan peristiwa itu Rabi’ah berkata “aku takut andainya ini adalah suatu tipu muslihat.” Rabi’ah tidak mahu menyentuh sup bawang tersebut. Hanya roti sahaja yang dimakannya.

* * *

~~Pada suatu masa, ketika Rabi’ah pergi ke gunung, ia segera dikerumuni oleh sekawan rusa, kambing hutan dan keldai-keldai liar. Binatang ini menatap rabi’ah dan mahu menghampirinya. Tanpa disangka-sangka, Hasan al-Basri datang pula ke tempat tersebut. Ketika melihat Rabi’ah, ia segera datang menghampirinya. Tetapi setelah melihat kedatangan Hassan, binatang-binatang tadi lari ketakutan dan meninggalkan Rabi’ah. Hal ini membuatkan Hassan kecewa.

~~”Mengapakah binatang-binatang itu menghindari diriku sedangkan mereka begitu jinak terhadapmu?” Hassan bertanya kepada Rabi’ah.

~~Apakah yang telah engkau makan pada hari ini?” Rabi’ah bertanya semula.

~~”Sup bawang.”

~~”Engkau telah memakan lemak binatang-binatang itu. tidak menghairankan jika mereka lari ketakutan melihatmu.”

***

~~Di hari lain, Rabi’ah melalui hadapan rumah Hassan. Ketika itu Hassan termenung di jendela. Dia sedang menangis dan airmatanya menitis jatuh mengenai pakaian Rabi’ah. Pada mulanya Rabi’ah menyangka hujan turun, tetapi apabila dia mendongak kepalanya, ternyata ianya adalah airmata milik Hassan.

~~”Guru, menangis adalah petanda daripada kelesuan rohani,” dia berkata kepada Hassan. “Tahanlah airmatamu. Jika tidak, di dalam dirimu akan menggelora samudera sehingga engkau tidak dapat mencari dirimu sendiri kecuali pada seorang Raja Yang Maha Perkasa.”

~~Teguran itu tidak sedap didengar oleh Hassan, namun dia tetap menahan diri. di belakang hari dia bertemu dengan Rabi’ah di tepi sebuah danau. Hassan menghamparkan sejadahnya di atas air dan berkata kepada Rabi’ah “Rabi’ah, marilah kita melakukan solat sunat dua rakaat di atas air.”

~~Rabi’ah menjawab, “Hassan, jika engkau memperlihatkan karamah-karamahmu di tempat ramai ini, maka karamahmu haruslah tidak dimiliki oleh orang lain.”

~~Sesudah berkata begitu, Rabi’ah menghamparkan sejadahnya ke udara, kemudian dia melompat ke atas sejadah tersebut. Dia berseru kepada Hassan “Naiklah ke mari Hassan, agar orang-orang dapat menyaksikan kita.”

~~Hassan yang belum mencapai kepandaian seperti itu tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian Rabi’ah mencuba menghiburkannya dan berkata “Hassan, apa yang kamu lakukan tadi dapat dilakukan oleh seekor ikan, dan apa yang ku lakukan ini dapat pula dilakukan oleh seekor lalat. Yang terpenting, bukanlah kemahiran-kemahiran seperti itu. kita harus mengabdikan diri kepada Hal-Hal Yang Terpenting itu.”

***

~~Suatu malam Hassan berserta dua tiga orang sahabatnya berkunjung ke rumah Rabi’ah. Tetapi rumah itu gelap, tiada berlampu. Mereka berasa senang seandainya pada ketika itu ada lampu. Maka Rabi’ah meniup jari tangannya. Sepanjang malam itu hingga fajar, jari tangan Rabi’ah memancarkan cahaya terang benderang bagaikan lampu dan mereka duduk di dalam cahaya.

~~Jika ada seseorang bertanya. “Bagaimanakah hal seperti itu boleh terjadi?” maka jawapanku adalah “Persoalannya adalah sama dengan tangan Musa.” Jika dia kemudiannya menyangkal “Tetapi manusia adalah seorang Nabi!” Maka jawapanku “Barangsiapa yang mengikut jejak nabi, akan mendapat sedikit kenabian, seperti yang pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad sendiri.”

~~”Barangsiapa yang menolak harta benda yang tidak diperoleh secara halal, walaupun harganya satu sen, sesungguhnya dia telah mencapai suatu tingkat kenabian.” Nabi Muhammad juga pernah berkata “Sebuah mimpi yang benar adalah satu perempat puluh dari kenabian.”

Sumber : Kisah para wali

Bersambung…

Himpunan kisah Rabiatul Adawiyah (bahagian 2)

TENTANG DIRI RABI’AH (2)

~~Pada suatu malam, ketika Rabi’ah sedang solat di sebuah pertapaan, dia berasa sangat letih sehingga dia jatuh tertidur. Sedemikian nyenyaknya tidur sehingga matanya berdarah tertusuk alang-alang dari tikar yang ditidurinya, sama sekali dia tidak sedar.

~~Seorang pencuri masuk menyelinap ke dalam pertapaan itu dan mengambil cadar Rabi’ah. Ketika hendak keluar dari pertapaan itu, jalan keluar telah tertutup. Kemudian, pencuri tersebut melepaskan cadar tersebut..ternyata jalan keluar kembali terbuka. Kemudian dia melakukan hal yang sama dengan mengambil semula cadar Rabi’ah…dan jalan keluar kembali tertutup. Sekali lagi dilepaskan cadar tersebut. Sebanyak tujuh kali dia melakukan hal tersebut. Kemudian terdengarlah sebuah suara dari salah satu sudut pertapaan itu:

~~”Hai manusia, tiada gunanya engkau mencuba-cuba. Sudah bertahun-tahun Rabi’ah mengabdi diri kepada Kami. Syaitan sendiri tidak berani datang menghampirinya. Jadi, betapakah seorang pencuri mempunyai keberanian untuk mencuri cadarnya? Pergilah dari sini hai manusia jahanam! Tiada gunanya engkau mencuba-cuba lagi. Jika sahabat tertidur, maka Sang Sahabat bangun dan menjaganya.”

* * *

~~Dua orang pemuka agama datang mengunjungi Rabi’ah dan keduanya berasa lapar. “Mudah-mudahan Rabi’ah akan memberikan makanan kepada kita,” mereka berkata. “Makanan yang diperoleh Rabi’ah, pastinya dari sumber yang halal.”

~~Ketika mereka duduk, di hadapan mereka telah terhampar safrah dan di atasnya dua potong roti. Melihat hal ini, mereka sangat gembira. Tetapi di saat itu pula seorang pengemis datang dan Rabi’ah memberikan kedua potong roti itu kepadanya. Kedua pemuka agama itu sangat kecewa, namun mereka tidak berkata apa-apa. Tidak berapa lama kemudian, masuklah seorang pelayan wanita membawa beberapa biji roti yang masih panas.

~~”majikanku telah menyuruhku menghantarkan roti-roti ini kepadamu,” pelayan itu menjelaskan. Rabi’ah mengira jumlah roti yang terdapat di dalam bekas tersebut. Semuanya berjumlah 18 biji.

~~”Mungkin roti-roti ini bukan untukku,”Rabi’ah berkata. Pelayan itu berusaha meyakinkan Rabi’ah namun sia-sia. Akhirnya roti-roti itu dibawanya kembali. Sebenarnya apa yang telah terjadi, adalah bahawa pelayan itu telah mengambil dua potong roti untuk dirinya sendiri. Dia meminta dua potong lagi kepada majikannya dan kembali ke tempat Rabi’ah. Roti-roti itu dikira oleh Rabi’ah, ternyata semuanya adalah 20 potong, dan setelah itu barulah dia mahu menerimanya.

~~”Roti-roti ini memang telah dikirimkan oleh majikanmu untukku,” kata Rabi’ah. Kemudian, Rabi’ah memberikan roti-roti tersebut kepada kedua tetamunya. Keduanya makan tetapi masih dalam keadaaan hairan.

~~”Apakah rahsia disebalik semua ini?” mereka bertanya kepada Rabi’ah. “Kami ingin memakan rotimu sendiri, tetapi engkau berikannya kepada pengemis. Kemudian engkau mengatakan kepada pelayan tadi bahawa kelapan belas roti tadi bukan dimaksudkan untukmu. Tetapi kemudian ketika berjumlah duapuluh potong barulah engkau mahu menerimanya.”

~~Rabi’ah menjawab, “sewaktu kamu datang, aku tahu kamu sedang lapar. Aku berkata kepada diriku sendiri, betapa aku menawarkan dua potong roti untuk pemuka agama yang terhormat. Itu sebabnya ketika pengemis itu datang, aku segera memberikan dua potong roti itu kepadanya dan berkata kepada Allah Yang Maha Besar “Ya Allah, Engkau telah berjanji bahawa Engkau akan memberikan ganjaran sepuluh kali dan janjiMu itu ku pegang teguh. Kini telah kusedekahkan dua potong roti untuk menyenangkanMu, semoga Engkau berkenan untuk memberikan dua puluh potong roti sebagai imbalannya. Ketika lapan belas potong roti itu dihantarkan kepadaku, tahulah aku bahawa sebahagiannya telah dicuri atau roti-roti itu bukan untuk disampaikan kepadaku.”

Sumber : Kisah paara wali

bersambung...

Himpunan kisah Rabiatul Adawiyah (bahagian 1)

KISAH-KISAH RABIATUL ADAWIYAH

Rabi’ah lahir dan masa kanak-kanaknya

~~Jika seseorang bertanya “Mengapakah engkau menyamakan Rabi’ah dengan kaum lelaki?” Maka jawabku adalah bahawa nabi sendiri pernah berkata “Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa kamu, dan yang menjadi masalah bukanlah bentuk, tetapi niat yang seperti yang dikatakan Nabi :” Manusia-manusia akan dimuliakan sesuai dengan niat di dalam hati mereka.” Selanjutnya apabila kita boleh menerima dua pertiga ajaran agama daripada Aisyah, maka sudah tentu kita boleh pula menerima petunjuk-petunjuk agama dari pelayan peribadinya itu. Apabila seorang perempuan berubah menjadi ‘seorang lelaki’ pada jalan Allah, maka dia adalah sama dengan kaum lelaki dan kita tidak dapat menyebutnya sebagai seorang perempuan lagi.

~~Pada malam Rabi’ah dilahirkan ke dunia, tidak ada satu barang pun yang berharga kerana ayahnya seorang yang sangat miskin. Ayahnya tidak mempunyai minyak barang setitis pun untuk membersihkan pusat puterinya itu. Mereka tidak mempunyai lampu dan tidak mempunyai kain untu menyelimuti Rabi’ah. Ayahnya telah memperoleh tiga orang puteri dan Rabi’ah adalah puterinya yang keempat. Itulah sebabnya mengapa dia dinamakan Rabi’ah.

~~”Pergilah kepada jiran kita dan mintalah sedikit minyak untuk menyalakan lampu,” isterinya berkata.

~~Tetapi si suami telah bersumpah bahawa dia tidak akan meminta sesuatu jua pun dari manusia lain. Maka dia berpura-pura pergi menyentuhkan tangannya ke pintu rumah tetangga tersebut lalu kembali lagi ke rumahnya.

~~”mereka tidak mahu membukakan pintu,” dia memberitahu kepada isterinya.

~~Isterinya yang malang menangis sedih. Dalam keadaan yang serba menyedihkan itu, si suami hanya dapat menundukkan kepala ke atas lutut dan terlena. Di dalam tidurnya dia bermimpi melihat Nabi.

~~Nabi memujuknya,”jangan engkau bersedih, kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang di antara kaumku. Esok, pergilah engkau menemui ‘Isa az-Zadan, gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tulislah kata-kata seperti ini ‘Setiap malam engkau mengirinkan selawat seratus kali kepadaku, dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Semalam adalah malam jumaat, dan engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaianmu itu, berikanlah kepada orang ini empat ratus dinar yang telah engkau dapati secara halal.”

~~Ketika terjaga daripada tidur, ayah Rabi’ah menangis. Dia pun bangun dan menulis seperti yang telah dipesankan oleh Nabi kepadanya dan mengirimkan kepada Gabenor melalui pengurus rumahtangga di istana.

~~”Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin,” gabenor memberikan perintah setelah membaca surat tersebut. “Sebagai tanda syukur kerana Nabi masih ingat kepadaku. Kemudian berikan empat ratus dinar kepada syeikh itu dan katakan padanya “aku harap engkau datang kepadaku sehingga aku dapat melihat wajahmu. Namun tidaklah elok bagi seseorang seperti kamu untuk datang menghadapku. Lebih baik seandainya akulah yang datang kepadamu. Walaupun demikian, demi Allah, aku bermohon kepadamu, apapun yang engkau perlukan, katakanlah kepadaku.”

~~Ayah Rabi’ah menerima wang emas tersebut dan membeli keperluannya. Ketika Rabi’ah semakin membesar, sedang ayah dan bondanya telah meninggal dunia, bencana kelaparan melanda Kota Basrah, dan dia terpisah daripada kakak-kakaknya. Suatu hari, ketika Rabi’ah keluar rumah, dia ditangkap oleh seorang penjahat dan menjualnya dengan harga 6dirham. Orang yang membeli dirinya, menyuruh Rabi’ah melakukan kerja-kerja yang berat.

~~Pada suatu hari, ketika dia berjalan-jalan, seseorang yang tidak dikenali datang menghampirinya. Rabi’ah melarikan diri, tiba-tiba dia jatuh tergelincir sehingga tangannya terkehel. Rabi’ah menangis sambil menghantuk-hantukkan kepalanya ke tanah :”Ya Allah, aku adalah seorang asing di negeri ini, tidak mempunyai ayah dan bonda, seorang tawanan yang tidak berdaya, tanganku cedera. Namun, semua itu tidak membuatku bersedih hati. Satu-satunya yang kuharapkan adalah dapat memenuhi kehendakMu dan mengetahui apakah Engkau berkenan atau tidak.”

~~”Rabi’ah, janganlah engkau berduka. Di kemudian hari engkau akan dimuliakan sehingakan para malaikat iri kepadamu,”sebuah suara berkata kepadanya.

~~Rabi’ah kembali ke rumah tuannya. Di siang hari dia terus berpuasa dan mengabdikan dirinya kepada Allah, sedang di malam hari, dia berdoa kepada Allah sambil terus berdiri sepanjang malam. Pada suatu malam, tuannya terjaga dari tidur, apabila dia lalu di tepi tingkap dan terlihat olehnya Rabi’ah sedang bersujud dan berdoa kepada Allah.

~~”Ya Allah, Engkau tahu bahawa hasrat hatiku adalah untuk dapat mematuhi perintahMu dan mengabdikan diri kepadaMu. Jika aku dapat mengubah nasibku ini, nescaya aku tidak akan berehat barang sebentar pun dari mengabdikan diri kepadaMu. Tetapi Engkau telah menyerahkan diriku ini dibawah kekuasaan seorang hambaMu,” demikianlah kata-kata Rabi’ah di dalam doanya.

~~Dengan matanya sendiri, majikannya menyaksikan betapa sebuah lampu tergantung tanpa tali di atas kepala Rabi’ah sedang cahayanya menerangi seluruh rumah. Menyaksikan peristiwa ini, dia berasa takut lalu pergi ke bilik tidurnya dan duduk termenung sehingga subuh. Ketika hari telah siang, dia memanggil rabi’ah, bersikap lembut kepadanya dan membebaskannya pergi.

~~”Izinkan aku pergi,” Rabi’ah berkata. Rabi’ah lalu meninggalkan rumah tuannya menuju ke padang pasir untuk mengadakan perjalanan menuju ke sebuah pertapaan untuknya mengabdikan diri kepada Allah.

~~Kemudian, dia berniat untuk menunaikan haji. Maka dia pun berangkat menempuh padang pasir kembali. Barang-barang miliknya diletakkan di atas punggung keldai. Tetapi apabila sampai di tengah-tengah padang pasir, keldai itu mati.

~~”Biarlah kami yang membawa barang-barangmu,” lelaki-lelaki di dalam rombongan itu menawarkan jasa mereka.

~~”Tidak! Teruskanlah perjalanan kalian,” jawab Rabi’ah. “Bukan tujuanku untuk menjadi beban kalian.”

~~Rombongan itu meneruskan perjalanan dan meninggalkan Rabi’ah seorang diri. “Ya Allah,” rabi’ah berseru sambil menadahkan tangannya. “Demikianlah caranya raja-raja memperlakukan seorang wanita yang tidak berdaya di tempat yang masih asing baginya? Engkau telah memanggilku ke rumahMu, tetapi di tengah perjalanan, Engkau membunuh keldaiku dan meninggalkanku sebatang kara di tengah padang pasir ini.”

~~Belum lagi Rabi’ah selesai dengan kata-katanya, tanpa diduga keldai it uterus berdiri. Rabi’ah meletakkan barang-barangnya kembali ke atas punggung keldai dan meneruskan perjalanannya. (Tokoh yang meriwayatkan kisah ini mengatakan bahawa tidak beberapa lama setelah peristiwa itu, dia melihat keldai kecil tersebut sedang dijual di pasar).

~~Beberapa hari lamanya Rabi’ah meneruskan perjalanannya menempuh padang pasir, sebelum dia berhenti, dia menyeru kepada allah “Ya Allah, aku sudah letih. Ke arah manakah yang harus kutuju? Aku ini hanyalah segumpal tanah sedangkan rumahMu dibuat dari batu. Ya Allah, aku bermohonn kepadaMu..tunjukkanlah diriMu.”

~~Allah berkata ke dalam sanubari rabi’ah, “ Rabi’ah, engkau sedang berada di atas sumber lapan belas ribu dunia. Tidakkah engkau ingat betapa Musa telah bermohon untuk melihat wajahKu dan gunung-gunung terpecah-pecah menjadi empat puluh keping. Kerana itu merasa cukuplah engkau dengan namaKu sahaja!”

~~sumber dari buku "KISAH PARA WALI"

Bersambung...

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com