~~di sebalik lirik "ASYIK" (Damasutra)~~

Dengan bahasa…kalimah yang sama…

Puji dan memuja…

Dilindung dan dibuka…

Rahsiakan tetap rahsia…

Indah bukan rupa…

Harum bukan bunga…

Manis bukan gula…

Panas bukannya bara…

Cintakan tetap cinta…

Sejak aku kenali…

Cintamu yang suci…

Aku telah berjanji…

Tak berpaling lagi…

Akan aku genggam api…

Hingga jadi besi…

Dan nyata sebati…

Gelap bukan malam…

Terang bukan siang…

Satu tak terbilang…

Hanyut tak terenang…

Waktu tak terasa…

Rindu tak terkata…

Asyiknya cinta…

Dan hanya kepadamu…

Ku serah jiwa ragaku…

Walau berjuta seteru…

Tak ku ragu...

(Maksud lirik)

~~hanya satu bahasa…hanya satu kalimah…itulah “bahasa Tuhan”. Bahasa yang penuh dengan puja dan puji kepada Allah (zikrullah). Ada dalam kalangan hambaNya yang diangkat martabat (dibuka hijab kesufian) dan ada pula yang masih di peringkat sama…tidak berganjak. Rahsia Allah akan tetap menjadi rahsia melainkan kepada sesiapa ang dikehendakinya. (Kenal diri…kenal Allah)…~~

~~Bagi hambaNya yang telah mengenal apa itu DIRI…keadaan mereka akan sentiasa seperti orang yang asyik bercinta. Inilah hakikat cinta yang sebenar.

**indah bukan rupa…

Harum bukan bunga…

Manis bukan gula…

Panas bukan bara…*

~~Keadaan Diri yang terlalu bersih, suci, hening dan jernih sukar diungkapkan melalui kata-kata, sukar untuk dibuat perbandingan dengan hal-hal duniawi… dan tiada sesuatu pun yang boleh menandingi keindahan Diri. Dia terlalu sempurna.

~~Itulah perkara yang telah dilalui oleh penulis. Dia telah bertemu dengan Cinta Hatinya. Pasti dia tidak akan mengisi ruangan hatinya dengan cinta yang lain…melainkan ALLAH. itulah kehebatan CINTA…

~~Demi cinta yang teragung, penulis sanggup untuk menempuh pelbagai halangan biarpun terpaksa menggenggam api sehingga jadi besi demi cintanya pada pemilik DIRI…

~~Rangkap seterusnya, penulis membawa pendengar untuk turut sama merasai alam zikir. Sebuah alam yang terlalu tenang…senyap dan sunyi…pemandanganya saujana mata memandang. Tiada pencemaran…gelapnya alam itu…tidak seperti pekatnya malam…terangnya alam itu…tidak seperti cerahnya siang. Kehebatan cintanya pada pemilik DIRI terlalu hebat sehingga cahayanya melimpahi alam. Hanyutnya dalam asmara cinta…bagaikan hanyut di sebuah lautan yang amat luas tiada bertepi. Rindunya pada sang DIRI…terlalu kuat…begitulah asyiknya CINTA…

~~Hanya kepada Allah, penulis menyerah seluruh jiwa dan raganya…walau apa yg terjadi…walau apa yang menghalangi…takkan ragu untuk menghadapi…demiMU ALLAH..~~

~~ASYIK_DAMASUTRA~~

7 comments:

  1. tersentuh hati dengan liriknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalau menghayatinya, mampu mengalir air mata..air mata yg itulah bernilai..mengalir kerana Allah.

      Delete
  2. Nak request penjelasan yang detail untuk lagu "Sesat Dalam Rindu-Damasutra" thanx..

    ReplyDelete
  3. ilmu laduni ni ada tahap2nya... ada yg dpt sedikit, ada yg dpt byk, sesuai dgn kemampuan individu tersebut. bahkan ilham2 yg sampai juga berbeza. kalau kita nak kasyaf, hati perlu btl2 suci.

    ReplyDelete
  4. kasyaf dan laduni tu kurniaan...ikhlas

    ReplyDelete
  5. kasyaf dan laduni tu kurniaan...ikhlas

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com