~~di sebalik lirik "SATU" (Dewa19)~~


SATU

Aku ini adalah dirimu…

Cinta ini adalah cintamu…

Aku ini adalah dirimu…

Jiwa ini adalah jiwamu…

Rindu ini adalah rindumu…

Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain selain dirimu…

Yang selalu ku puja…

Ku sebut namamu…di setiap hembusan nafasku…

Ku sebut namamu… ku sebut namamu…

Dengan tanganmu aku menyentuh…

Dengan kakimu aku berjalan…

Dengan matamu aku memandang…

Dengan telingamu aku mendengar…

Dengan lidahmu aku bicara…

Dengan hatimu aku merasa…

(maksud lirik)

~~”Aku adalah dirimu” seperti yang diberitakan oleh Allah, “Andai kamu mengenali dirimu, nescaya kamu mengenali Aku”…penulis kemudiannya menyatakan bahawa apa yang dia miliki adalah milik Allah. bermula daripada dirinya sendiri, kemudian penulis mengatakan bahawa segala cinta, rindu yang memenuhi jiwa raganya adalah milik Allah. tiada satu jua pun milik penulis. “wujudnya kita adalah satu dosa”. (jangan cepat melenting, sila cari guru utk fahami maksudnya)

~~Penulis mengambil petikan kalimah syahadah “Tiada Tuhan melainkan Allah”. kemudian penulis turut merungkaikan maksud kalimah syahadah itu dengan menyatakan bahawa di setiap hembusan nafasnya adalah mengingati “ALLAH”. hanya ALLAH.

~~Seperti rangkap pertama, penulis menyatakan segala yang dimiliknya adalah milik ALLAH jua. Tanpa Allah, anggota itu seakan tiada gunanya. (berbalik kepada sifat 20 bagi Allah)…

~~”Dengan hatimu aku merasa”… hati itu adalah raja sebuah kerajaan tubuh. Tanpa ‘raja’ yang bersih, maka keseluruhan ‘kerajaan’ akan hancur berkecai. Kerana ‘raja’ itu adalah ‘akal’ yang perlu dibersihkan.

2 comments:

  1. sudah terang lagi bersuluh...perlu faham betul2 & pegang kemas ilmu usuluddin.Allah adalah wajibul wujud (wajib Ada), kita ni mumkinan wujud (harus Ada).Org sufi dia merasa Zuk pd Zat, sifat, af'aal & asma.Tapi tidaklah mereka begitu bodoh untuk menyatakan diri mereka itu Allah.Kita Kena berhati2 sebab tersilap aqidah binasa kita esok hari. cuba lihat puisi Hamzah Fansuri " Perahu" rangkap :
    Inilah gerangan suatu madah
    mengarangkan syair terlalu indah,
    membetuli jalan tempat berpindah,
    di sanalah i'tikat diperbetuli sudah
    (MAKNANYA SEBELUM KITA HENDAK MENINGGALKAN DUNIA INI PASTIKAN IKTIKAD KITA SUDAH BENAR,BETUL & YAKIN PADA ALLAH TAALA)SO CARILAH GURU YG BETUL2 MURSYID YG BOLEH MEMBIMBING KITA ZAHIR & BATIN.
    Wahai muda kenali dirimu,
    ialah perahu tamsil tubuhmu,
    tiadalah berapa lama hidupmu,
    ke akhirat jua kekal diammu.
    (MAKNANYA KENAL QALBU KITA,KENAL PENYAKIT2 HATI, BILA HATI DAH SUCI BERSIH INSYALLAH TERSINGKAPLAH HIJAB N MENCAPAI HAQQUL YAKIN / KAMALUL YAKIN. SEBAB JIKA KITA TERSALAH FAHAM BAB IKTIQAD / AQIDAH. ESOK HARI (ALAM BARZAH, AKHIRAT)SUDAH X BOLEH NAK UNDUR / PATAH BALIK NAK BETULKAN KESILAPAN / KESALAHAN / KEBODOHAN KITA SEMASA DI DUNIA. JADI SAHABAT2 BELAJAR & FAHAMI BETUL2 ILMU AQIDAH /USULUDDIN. N AMAL AMALAN YG BERSANAD YG SAMPAI PADA RASULLULAH.INSYALLAH

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com