~~di sebalik lirik "SESAT DALAM RINDU" (Damasutra)~~



~~Ku resah mencarimu dengan akal…Dengan bersama-sama sifat pinjaman…Kau ku rasakan semakin menjauh…Tersesatlah aku dalam rindumu…~~

~~Ku satukan firasat mencarimu… dan ku terlontar di penghujung alam… kau masih tidak dapat ku jejaki… betapa malangnya nasibku…~~

~~Keranamu ku tinggalkan segalanya… sendiri aku terpedaya…punya akal dan firasat yang tidak ke mana… hanya jalan yang sempurna…~~

~~Zahir musnah bagi yang mimpi… zahir ada rahsia mencari… lalu ku salami di dalam diri…di bawa arus nafasku… asal serah janji dahulu… mula hidup pasti mula cinta…~~

~~Engkau kasih ada di sini… engkau kasih ada menanti…Engkau kasih..aku jua kasih…~~

(Maksud Lagu)

~~Sesat dalam rindu menceritakan tentang seseorang yang mahu mencari Pemilik DIRI yang telah lama ditinggalkannya. Dalam resah, bersama sifat-sifat pinjaman Allah Ta’ala, penulis berusaha untuk mendekati semula DIRI yang kini bagaikan ‘merajuk’, dan semakin menjauh…~~

~~Naluri disatukan, hanya untuk bertemu DIRI. Namun, penulis mendapat habuan yang setimpal dengan perbuatannya apabila dia dibiarkan terlontar sendirian di ‘alam zikir’ DIRI semakin menjauh dan kian sukar dijejaki…~~

~~Kesungguhan dalam mencari diri, membuatkan penulis sanggup meninggalkan segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Namun pengorbanan itu terlalu kecil dan tidak memberi apa-apa makna baginya apabila dia perlu menempuh kesengsaraan dalam kerinduan…~~

~~Penulis mengingatkan kepada pendengar yang mahu belajar ‘jalan’ ini agar tidak mendambakan kehebatan dunia sebagai impalannya (sang pemimpi), tetapi mereka sebaliknya perlu tahu ‘rahsia mencari’ Yang Tersembunyi. Hal inilah yang membuatkan penulis kembali membawa dirinya menyelami ke dalam DIRI (muraqabah). Dan saat itu…nafas turun dan naik disusun bersama lafazan zikir. Syaratnya, cuma mengotakan semula ‘janji’ yang dibina kepada DIRI suatu masa dulu… “Hidup di dunia hanya untuk beribadah…” dan bermulalah sebuah percintaan antara manusia dan Penciptanya disaat roh ditiupkan ke dalam jasad.

~~Pada rangkap lagu yang terakhir… merupakan kemuncak sebuah percintaan. Kerinduan yang sekian lama terpendam…telah tercetus…kesesatan menjadi kebenaran hakiki…apabila penulis telah menemui Pemilik Cinta Yang Abadi. Di situlah terlihat olehnya DIRI menanti kehadirannya.

~~ENGKAU KASIH…AKU JUA KASIH…(Engkau adalah aku…dan aku adalah engkau…)

SESAT DALAM RINDU_DAMASUTRA

sumber gambar : http://ivoesiicapricornus.blogspot.com


15 comments:

  1. ada 1 permintaan. tolong kupas sikit lirik lagu ni. orang kata lagu ni ajak org lain lari dari rumah. tapi saya tak rasa macamtu.

    http://www.youtube.com/watch?v=Yznl-JJDle8

    thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak boleh click pun link tu?

      Delete
    2. eheh.. saya pun tak tau kenapa.. nak copy paste pun x bole..
      tapi terima kasih ye sebab sudi kaji lagu ni..

      Delete
    3. kalau pasal lagu 'bawaku pergi'..saya dah cuba huraikan dekat sini http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012/04/di-sebalik-lirik-bawaku-pergi-kaka-feat.html

      Delete
  2. time kasih sudi terangkn lagu ni spt yg diminta..thanx a lot..

    ReplyDelete
  3. maksud y sgt mendalam. indah bila dibaca dr sudut cinta kepada ALLAH.

    izinkan saya share dalam fb

    ReplyDelete
  4. ENGKAU KASIH ADA DI SINI , ENGKAU KASIH ADA MENANTI ENGKAU KASIH AKU JUA KASIH. KALO PAKAI FAHAMAN (Engkau adalah aku dan aku adalah engkau) ni fahaman yg salah.MENYAMAKAN ALLAH DGN MAHKLUK. BUKAN KE ALLAH TAALA BERSALAHAN DGN MAHKLUK / X SERUPA DGN MAHKLUK. yg sebenarnya ENGKAU KASIH AKU JUA KASIH.maknanya RASA RINDU Cinta ALLAH TAALA DI RASA DGN NUR IMAN DLM QALBU KITA.SAPE YG BAGI PERASAAN RINDU & KASIH? SETIAP JAWAPAN PERLULAH MENURUT KACAMATA SYARAK & DI NILAI DGN MATAHATI YG TELAH SUCI BERSIH. INSYAALAH SEMOGA KITA TIDAK TERSESAT / TERSALAH FAHAM PERKATAAN ORG2 SUFI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hakikatnya kamu pun tak tau. Kacamata syarak matahati ape suci bersih ni. Jauh lg sesat ! .. Kalau tidak ade pengetahuan jangan bicara secara agak2 .. Tajuk lagu tu sesat dalam rindu .rindu. Faham ape rindu.. Rindu terjadi apabila telah bertemu berkasih kemudian terpisah menyebabkan perasaan rindu tu. Perasaan dari mane datang nye?. Dtg dari jiwa.. . Sape yg punye lirik lagu kt atad tu? Bukan Allah yg punye ke? Penulis ? Sufi? .. Allah yg beri .. Kepunyaan allah segala yg di langit dan di bumi.

      Delete
  5. Bagi pendapat saya lagu ini seperti menceritakan tentang seseorang yang cuba melawan nafsu, ketagihan dll.Dan sedang cuba mencari jalan keluar.sesuatu jihad.cuma pendapat.btw best

    ReplyDelete
  6. Salam
    erm...maksud asal serah janji dahulu mungkin perjanjian 'pertama' kita pada Allah Taal'a dulu kot. Rasenye la..

    n btw...kalau kite faham maksud lahiriah tak bermakna kita dpt fhm maksud batiniahnya sekali. Mungkin kite tahu secara lahiriahnya penciptaan kita berasal dari setitik air mani dan seketul tanah namun bila kite renungkan maksud 'dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali' yang memiliki maksud yang batiniah mungkin kita dapat fahami sebenar-benar maksud. Namun yang lebih mengetahui adalah Allah Taa'la sahaja. Mungkin kita juga dpt memahami maksud tersirat antara perjumpaan nabi Musa a.s dan nabi Khidir a.s.
    Namun perlu diingat, kita adalah umat nabi Muhammad s.a.w maka lebih manis jika kita mengikuti apa yang telah nabi ajar dan pesan kepada kita. Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.
    Maaf mencelah dan maaf jika terasa. Salam Ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape yg ko merapu ni labu... Kot kot ape kut..? Itu menunjuk kan jawapan secara agak agak ..sedangkn tiada pengetahuan nk jwb. Jawab je lah tak tahu..

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com