~~di sebalik lirik "BAWAKU PERGI" - kaka feat zizan~~


~~Bawa aku pergi…pacu laju-laju…Kita lari dari reality… Bawa aku pergi…Pacu laju lagi…Malah kita tak perlu kembali…

~~Tengah malam nanti…Tolong jangan lupa…Jangan mungkir janji…Aku dah teruja…. Sudah cukup lama… Aku tunggu saat ini… Sejak kal terakhir kau hantar pulang… Hidup sungguh sepi… Tolong jangan bilang mama… Tolong jangan bilang papa…Malah jangan bilang teman karibmu… Jangan bilang sesiapa…

~~Oh, buku merah jangan lupa bawa… moga_moga belum tamat tempoh… Kali ini kita pergi lebih lama… Pergi lebih jauh, ayuh…

~~Bawa aku pergi… Pacu laju-laju… Kita lari dari reality… Bawa aku pergi… Pacu laju lagi… Malah kita tak perlu kembali…

~~Mata dalam kaca… Topi berceloreng… Sarung tangan hitam… Atas muka ada topeng…. Hanya perlu siul, tidak tekan loceng…. Hero sudah sampai, cerpat terjun loteng… Kita terus ke sempadan, aku pacu engkau bonceng… Bawa bekal air muka cuci aib bopeng… Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng… Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng…

~~Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga… Tnggalkan kemewahan cuba cara hidup purba… Lari-lari baling bola salji depan gua… Sambil cari yeti kita cari (What?)… Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga… Tinggal kemewahan, cuba cara hdup purba… Lari-lari baling bola salji depan gua… Tidak jumpa yeti, moga-moga jumpa syurga…

~~Bawa aku pergi…pacu laju-laju…Kita lari dari reality… Bawa aku pergi…Pacu laju lagi…Malah kita tak perlu kembali…

~~Bila kita pergi… Apakan berlaku…siapakan peduli…siapa ambil tahu…Hidup kita tempuh…Untuk apa saja…Tidak kira mana kembara membawa… kitakan bersama…

~~ Oh, buku merah jangan lupa bawa… moga_moga belum tamat tempoh… Kali ini kita pergi lebih lama… Pergi lebih jauh, ayuh…

~~ Bawa aku pergi…pacu laju-laju…Kita lari dari reality… Bawa aku pergi…Pacu laju lagi…Malah kita tak perlu kembali…

(tafsiran lagu)

~~Firman Allah: “ Dan berzikirlah dengan menyebut ALLAH sebagaimana yang ditunjukkannya kepadamu,” (surah al-Baqarah : 194)

~~Bawa aku pergi menceritakan tentang keadaan Roh Rohani yang menginginkan untuk berada d alam yang jauh. Bermula dari alam Mulki, kemudian ke alam Malakut, seterusnya ke alam Jabarut dan pengakhirannya di alam Lahut. Alam lahut terlalu jauh dari dunia manusia tetapi terlalu hampir dengan Allah.

~~”Pacu laju-laju” memberi makna tentang alunan zikir. Untuk mencapai / keberadaan DIRI di alam malakut, Jabarut mahupun Lahut, hentakan zikir amat penting. Itu juga menggambarkan betapa hati menginginkannya.

~~”Tak perlu kita kembali” membawa maksud apabila roh rohani telah berada di alam Lahut, atau di panggil juga fanalillah… maka, tidak akan ada perasaan untuk kembali semula ke dunia ini kerana Alam Lahut adalah negeri asal Qurbah (roh rohani/DIRI). Firman Allah dalam hadith Qudsi : “Aku adalah kanzun Mahfiyyan (Yang terpendam dan Tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenali. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku.” Ini adalah cerita tentang makrifatullah.

~~Tengah malam atau 1/3 malam merupakan waktu yang paling baik untuk seseorang hamba yang beriman bangun menghadap Allah Ta’ala. Begitu juga dengan keadaan diri penulis. Sudah cukup lama penulis menantikan saat untuk ditemukan dengan Qurbah.

~~”Sejak kali terakhir kau hantar pulang” membawa erti penulis pernah berjumpa dengan Qurbah tetapi hanya seketika apabila dia kembali berada dalam dunia reality…langsung hidupnya terasa begitu sepi dan sunyi…

~~”Tolong jangan bilang mama…tolong jangan bilang papa…malah jangan bilang teman karibmu…Jangan bilang sesiapa..” membawa makna apa yang dilihat di alam Lahut itu terlalu rahsia. Kerana, di alam Lahut itu, syaitan dan iblis mahupun malaikat tidak mampu untuk menembusinya. Hanya insan sahaja. Firman Allah dalam Hadith Qudsi : “Manusia adalah rahsiaKU, dan Aku adalah rahsia manusia.”

~~Ilmu batin adalah rahsia di antara rahsia-Ku, Aku jadikan di dalam hati hamba-Ku dan tidak ada yang menempatinya keuali Aku.”

~~”Buku merah” sinonim dengan passport. Di dunia reality, apabila kita hendak keluar daripada Malaysia, pasti perlukan passport. Begitu juga dengan keadaan alam ini. Passport akhirat amat diperlukan. Passport itu adalah amal ibadah. Semoga amal itu kian berterusan..dan tidak luput di akhirnya…

~~”Mata dalam kaca” adalah mata hati. Firman Allah : “Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya,” ( surah an_Najm :11)

~~”Sarung tangan hitam, Atas muka ada topeng” memberi makna luaran tidak menggambarkan dalaman. Kerana Allah itu menilai hambaNya melalui dalaman seseorang.

~~Untuk mengingati Allah, tidak perlu menggunakan lafaz lisan. Cukuplah dengan detik-detik di hati. Firman Allah : ”Katakanlah : “Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Asma-ul Husna.” Nabi bersabda : “ ilmu ada dua macam. Pertama, Ilmu lisan. Itulah hujjahnya Allah bagi makhluknya. Kedua, ilmu Hati, itulah ilmu yang bermanfaat kerana kebanyakan manfaat ilmu bersumber di daerah hati.”

~~”Hero” yang dimaksudkan adalah DIRI yang telah menanti. Bersedia untuk membawa diri ke sempadan negeri Lahut, iaitu negeri asal Qurbah.

~~”Aku pacu, engkau bonceng” Diertikan dengan jalan-jalan yang ditunjuk oleh Allah. Kita hanya perlu melalui jalan itu dengan keyakinan yang tinggi pada Allah. Rasul berdoa : “ Ya allah, tunjukilah kami jalan yang benar adalah benar dan beri kemampuan kepada kami mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami bahawa yang salah itu adalah salah dan berilah kami kemampuan untuk menghindarnya.”

~~Tinggalkan alam Mulki, Malakut, Jabarut..ayuh kita tawan puncak dunia. Itulah dunia Lahut. Tinggalkan kemewahan dunia yang lagha, mari kita kembali kepada cara hidup Rasul dan pemimpin terdahulu dengan sentiasa zikir mengingati Allah. “kejarlah Akhirat, nescaya dunia mengekorimu.”

~~Merenung (tafakur) jauhlah ke dalam dirimu sendiri. Keluarkan sifat-sifat haiwan yang membaluti mu. Bersihkan segalanya. Sehingga DIRI Qurbah itu benar-benar suci, putih dan bersih..maka berjumpalah kalian dengan ‘syurga’.

~~Apabila kita telah berada di alam Lahut, tiada siapa akan peduli…tiada siapa akan ambil tahu..bahkan kita tidak tahu apa yg berlaku di dunia reality. Hanya DIRI dan ALLAH sahaja mengetahui apa yg berlaku di alam Lahut. Hadith Qudsi: “Wali-waliKU berada di bawah kubah-kubahKU. Tidak ada yang mengetahuinya selain AKU…”

~~Wallahu’alam~~

~~Bawaku pergi…~~

sumber gambar : http://www.akademiphotovideo.com

12 comments:

  1. malique pastinya tersenyum. haqq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, kenapa dia nak senyum? kesian kat dia kena mcm tu skali...

      Delete
  2. wah2 kul 3 pagi tak tdo lagi tu...dasat.apa kaitan ngn sumber gambar di atas? bkk2 belajar fotography.macit xpenah dgr lagu ni pun ni nak kena dgr ni

    -pink karel

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh, nampak sangat jam tu tak betul. hahah. macit baru je reply komen atas tu kul 5 lebih tadi.

      Delete
  3. macit..nak kutip sedas 2 ayat kt sini.tepek kt fb


    ~kelasi emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 kutip. janji tak terjejas maksud. bahaya. huhu

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...nice blog, dapat jgk masuk...ignore saja 1st msg yg telah didelete hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. heheh. dah berapa lama cuba masuk? rupanya ramai jugak yg takleh masuk blog ni. tak tau kenapa. berat sangat kot...

      Delete
  6. Jika ini benar maka indahnya lirik lagu ni =D

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com