~~maksud islami lagu "KEKASIHKU - Rahmat~~

~~Terjagaku sedari mimpi yang panjang…. Melayang berkelana di langit terbuka… menatap suci segala bidadari…

~~Wajah berkaca perawanlah selamanya… Bersinar mata seumpama mutiara…. Santun luhurnya tak tercela sesiapa… Di manakah dia…

~~Di sisi terlenalah setia… Dewi hatiku seri cinta… Ingin dikau ku jadikan temanku…. Dalam hidup yang kekal berpanjangan….

~~KepadaMu Tuhan… Aku berserah…. Ku sujud syukur padaMu…. Menemukanku kekasih hati…. Oh bidadari sanubariku….

~~Oh kekasihku…~~

***

(Makna Lirik)

~~Mengisahkan tentang diri penulis yang telah tersedar dari keasyikan dalam mengingati Allah. Penulis kemudiannya menceritakan tentang keadaan dirinya yang telah hanyut di alam tafakur (zikir ruh). Dia mengibaratkan dirinya seperti berada di sebuah hamparan luas. Tiada yang awal dan tiada pula akhirnya. Bidadari yang dimaksudkan adalah Diri Rohani.

~~Diri Rohani itu tersangatlah cantik apabila diibaratkan wajahnya seumpama kaca manakala panahan matanya pula seperti kerlipan mutiara. Setiap perbuatan dan tingkah laku Diri sangatlah jujur, telus dan luhur. Tiada sebarang makhluk yang mampu menandingi kehebatan Diri Rohani. Namun, kehadirannya hanya sementara. Sekadar untuk memenuhi permintaan insan yang sedang merinduinya. Di manakah dia…

~~disebabkan paras Diri itu terlalu cantik, anggun (sifat kecantikan Allah), maka penulis menggelarnya dengan dua nama iaitu Dewi Hati dan juga Seri Cinta. Penulis mahu menjadikan Diri itu sebagai teman dalam kehidupan yang kekal abadi.

~~Di rangkap terakhir lagu, penulis menunjukkan betapa dia bersyukur kerana Allah memberi petunjuk kepadanya dengan mengurniakannya sebuah CINTA yang Maha Agung.

Wallahua’lam

~~KEKASIHKU_RAHMAT~~

8 comments:

  1. Assalam,

    Kalau nak mempelajari ilmu, haruslah berguru, nanti takut bergurukan syaitan jika belajar sendiri. Ada cadangan, di mana, siapa yang boleh dijadikan guru untuk ilmu mencari diri ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. wallahua'alm. saya pun bertuah sebab ayah saya sendiri...tapi, dukacita ayah saya dah tak ambik murid..sebab masalah kesihatan...

      Delete
  2. lagu lama gak ni. bila tengok video ni kat youtube kat bahagian komen tu ada macam macam tafsiran. tapi tafsiran yg ni gak yang saya suka.

    saya ada seorang kawan. dia pun bila bg salam sama dgn di atas. adakah beliau kawan saya.
    tiba tiba teringat pulak kat beliau.

    ReplyDelete
  3. lagu ni pun kebetulan saya dengar kat radio. hehe.

    ~~mungkin jugak dia kawan awak. harap2 dia terbaca komen ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam...dalamnya maksud lagu Jamal Abdillah nie..nk request tafsir kn lagu HambaMu iman muda.?boley?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. HambaMU imam muda ye? insyaAllah.

      Delete
  5. baik tafsir quran dari tafsir lagu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masala ke kalau tafsir mcm ni? :). saya rasa tak da masala kalau buat perkara mcm ni. :)

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com