~~Maksud Islami "Yang terjadi kan tetap terjadi-Qiara"


~~Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan… untukku lafazkan kata-kata menghuraikan perasaan… tapi ku meyakini yang kan terjadi tetap terjadi… usah ada gesaan apalagi suatu paksaan… ku tahu diriku sudah tiada ku ingin lebih bersedia…

~~Lalu di atas nama cita-cita kau ku tinggalkan sementara… dengan percaya engkau akan mengerti… dan sabar menanti…

~~Berdoa-berdoalah sayang… sepenuh keyakinan… bukan berjanji bukan bersumpah… cuma percaya… ku kan pulang padamu jua… (dinda)…

~~Apa yang terjadi kan terjadi… dengan keizinan Ilahi… Aku meyakini yang kan terjadi tetap terjadi… Aku meyakini yang kan terjadi tetap terjadi… pertemuan… di azali…~~

***

(tafsiran lirik)

~~Menceritakan tentang dua alam yang berbeza situasinya. 1/3 malam akan bangunlah hamba-hamba yang beriman untuk mengabdikan diri kepada Allah. Perlahan-lahan alam dunia ditinggalkan demi menyusuri alam tafakur yang penuh dengan ketenangan. Tiada kata-kata yang dapat menghuraikan perasaan penulis ketika dia hanyut di alam roh. Perkara itu terjadi dengan sendirinya, tiada gesaan mahupun paksaan daripada sesiapa. Maka, hanyutlah Diri dan semakin asyiklah Diri dengan panahan cinta Allah.

~~Itulah cita-cita yang menjadi impian hamba yang beriman. Demi cita-cita yang suci itu jualah, jasad ditinggalkan sementara. Kaku… kerana ‘isinya’ sedang mengembara jauh meraih cita-cita yang maha agung.

~~Pemergian Sang Diri bertemu Kekasihnya hanyalah sementara, kerana kelak dia akan kembali menyarungi jasad yang ditinggalkan sementara. Dia bermohon agar jasad meneruskan amalan-amalan zahir yakni amalan syariat.

~~Itulah dua dunia yang disentuh pada perenggan pertama. Syariat pakaiannya jasad, manakala makrifat pula pakaiannya batin. Kedua-duanya haruslah bergerak seiring dan berpadu untuk membuahkan hakikat. Firman Allah dalam Surah ar-Rahman ayat 19-20: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.”

~~Apa yang terjadi kan tetap terjadi. Sesuai dengan firman Allah: “Apabila aku mengatakan ‘JADILAH’, maka ‘terjadilah’ ia.”

Wallahua’lam

YANG TERJADI KAN TETAP TERJADI_QIARA

~~di sebalik lirik "LASKAR CINTA"- Dewa~~

~~Wahai jiwa-jiwa yang tenang… berhati-hatilah dirimu… kepada hati-hati yang penuh… dengan kebencian yang dalam…

~~Karena sesungguhnya Iblis… Ada dan bersemayam… Di hati yang penuh dengan benci… Di hati yang penuh dengan prasangka…

~~Laskar Cinta… sebarkanlah benih-benih cinta… Musnahkanlah virus-virus benci… virus yang bisa rusakkan jiwa… dan busukkan hati…

~~Laskar Cinta… Ajarkanlah ilmu tentang cinta… karena cinta adalah hakikat… dan jalan yang terang bagi semua… umat manusia…

~~Jika kebencian meracunimu… kepada manusia lainnya… maka sesungguhnya Iblis… sudah berkuasa atas dirimu…

~~Maka jangan pernah berharap… Aku akan mengasihi… menyayangi manusia-manusia… yang penuh benci seperti kamu…

~~Wahai jiwa-jiwa yang tenang… Jangan sekali-kali kamu mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi…

~~Bahawasanya kau memang tak punya daya dan upaya… Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati…

~~Bukankah kita tercipta laki-laki dan wanita… dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda…

~~Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati… bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata~~

***

(Makna Lirik)

~~Menceritakan tentang peringatan yang diturunkan oleh Allah kepada jiwa-jiwa manusia yang beriman kepadaNya agar berhati-hati dengan sifat benci yang mampu membunuh jiwa yang beriman.

~~Apabila hati penuh dengan rasa benci, maka Iblis pasti akan beraja di daerah itu.

~~Wahai Pasukan Cinta, sebarkanlah sifat kasih dan sayang yang ada dalam cinta agar sifat benci yang beraja di hati kian terhapus. Kerana sifat itu mampu merosakkan jiwa dan hati orang yang beriman.

~~ Wahai Tentera Cinta, ajarkanlah ilmu tentang cinta iaitu ilmu mencintai Allah. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah “ALLAH”. Itulah jalan yang lurus dan tidak menyesatkan.

~~Apabila kamu mula merasai kebencian kepada sesama kamu, maka ketahuilah olehmu bahawa Iblis telah merajai hati kamu.

~~Apabila itu terjadi, maka jangan pernah berharap untuk mendapat kasih sayang Allah.

~~Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya agar tidak sekali-kali mengadili dan menghakimi kerana kebenaran sejati hanya dapat diputuskan oleh Allah.

~~Setiap kejadian yang Allah jadikan adalah saling melengkapi. Itu dinamakan kesempurnaan. Perlu bersatu padu antara satu sama lain. Bukannya berpecah-belah dan berperang-sengketa.

Wallahua’lam

LASKAR CINTA_DEWA

~~maksud islami lagu "KEKASIH AWAL DAN AKHIR-Jamal Abdillah~~


~~Malam menanti siang… siang menanti malam…. Bagai berkurun lamanya… masa memisahkan kita… hingga ku terlupa… pada paras rupa….

~~Malam mencari mimpi… siang mencari erti…. Tersingkap seribu makna… terucap seribu kata… terlepaslah rahsia….

~~Sekian lama terpisah… akhirnya bertemu… mengenang dosa… mengenang rindu…. Dan ternyataah cintaku yang satu… oh… oh….

~~Kau kekasih awal dan akhir… kau kekasih zahir dan batin… setelah ku sedari… cintamu yang abadi….

~~Takku harap tak ku peduli… walau bulan jatuh ke bumi… dan hadir bidadari… tak ku impikan lagi…

~~Kerana kau, lebih mengerti…

***

(Makna Lirik)

~~Rangkap pertama lagu menceritakan tentang seorang hamba yang telah lahir ke dunia yang mula lupa tentang ‘acuan’ dan ‘tujuan’ asalnya berada di atas muka bumi ALLAH

~~Dan di malam itu, dia kembali menghambakan dirinya kepada ALLAH. Dalam setiap lafaz zikirnya, tersirat satu petunjuk. Dan di setiap waktu siangnya, dia mencari makna tersurat di sebalik yang tersirat. Dalam satu petunjuk mempunyai pelbagai makna yang perlu ditetas. Pastilah berhubungkait dengan kebesaran ALLAH. Maka, terucaplah kalimah puji dan puja untuk DIA. Terzahirlah rahsia ALLAH untuk hamba yang dipilih dan dikehendakiNYA. DIA yang bersifat tersembunyi, telah dijumpai…

~~’Perpisahan’ yang mengambil masa yang lama akibat kelekaan duniawi akhirnya berakhir apabila hamba itu mula mencari jalan ‘pulang’. Dia bertaubat. Setiap penjuru tubuhnya dipenuhi dengan kalimah agung. Maka, tercetuslah rindu yang bertahun. Di situlah erti sebenar sebuah rindu dan dosa. Dan di situlah pertemuan semula hakikat cinta yang sejati. Allah… Allah…

~~Allah itu adalah yang awal, Allah itu adalah yang akhir… Allah itu adalah yang zahir, Allah itu adalah yang batin. Sebagaimana sebuah titik noktah. Di situlah yang awal dan di situ jugalah yang akhir sebuah hayat kehidupan. Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.” Surah al-Anfal ayat:2

~~Hamba yang telah mengenali erat Sang Penciptanya, tidak akan gugah cinta mereka biarpun bulan yang sering dirindui pungguk jatuh ke riba. Biarpun bidadari cantik muncul di mata. Kerana mereka itu tahu, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu akan hal itu.

Wallahua’lam

KEKASIH AWAL DAN AKHIR_JAMAL ABDILLAH

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com