~~maksud islami lagu "KEKASIH AWAL DAN AKHIR-Jamal Abdillah~~


~~Malam menanti siang… siang menanti malam…. Bagai berkurun lamanya… masa memisahkan kita… hingga ku terlupa… pada paras rupa….

~~Malam mencari mimpi… siang mencari erti…. Tersingkap seribu makna… terucap seribu kata… terlepaslah rahsia….

~~Sekian lama terpisah… akhirnya bertemu… mengenang dosa… mengenang rindu…. Dan ternyataah cintaku yang satu… oh… oh….

~~Kau kekasih awal dan akhir… kau kekasih zahir dan batin… setelah ku sedari… cintamu yang abadi….

~~Takku harap tak ku peduli… walau bulan jatuh ke bumi… dan hadir bidadari… tak ku impikan lagi…

~~Kerana kau, lebih mengerti…

***

(Makna Lirik)

~~Rangkap pertama lagu menceritakan tentang seorang hamba yang telah lahir ke dunia yang mula lupa tentang ‘acuan’ dan ‘tujuan’ asalnya berada di atas muka bumi ALLAH

~~Dan di malam itu, dia kembali menghambakan dirinya kepada ALLAH. Dalam setiap lafaz zikirnya, tersirat satu petunjuk. Dan di setiap waktu siangnya, dia mencari makna tersurat di sebalik yang tersirat. Dalam satu petunjuk mempunyai pelbagai makna yang perlu ditetas. Pastilah berhubungkait dengan kebesaran ALLAH. Maka, terucaplah kalimah puji dan puja untuk DIA. Terzahirlah rahsia ALLAH untuk hamba yang dipilih dan dikehendakiNYA. DIA yang bersifat tersembunyi, telah dijumpai…

~~’Perpisahan’ yang mengambil masa yang lama akibat kelekaan duniawi akhirnya berakhir apabila hamba itu mula mencari jalan ‘pulang’. Dia bertaubat. Setiap penjuru tubuhnya dipenuhi dengan kalimah agung. Maka, tercetuslah rindu yang bertahun. Di situlah erti sebenar sebuah rindu dan dosa. Dan di situlah pertemuan semula hakikat cinta yang sejati. Allah… Allah…

~~Allah itu adalah yang awal, Allah itu adalah yang akhir… Allah itu adalah yang zahir, Allah itu adalah yang batin. Sebagaimana sebuah titik noktah. Di situlah yang awal dan di situ jugalah yang akhir sebuah hayat kehidupan. Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.” Surah al-Anfal ayat:2

~~Hamba yang telah mengenali erat Sang Penciptanya, tidak akan gugah cinta mereka biarpun bulan yang sering dirindui pungguk jatuh ke riba. Biarpun bidadari cantik muncul di mata. Kerana mereka itu tahu, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu akan hal itu.

Wallahua’lam

KEKASIH AWAL DAN AKHIR_JAMAL ABDILLAH

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com