~~Senja, di mana jalan pulangnya!~~




~~Senja, di mana jalan pulangnya,
Tunjukkan padaku, insan nan tua,
Sebelum malam menjelang tiba,
Tidak ku mahu tersesat haluannya,

~~Di jari telunjuk terselit tasbih,
Tasbih hitam hampir renggeh,
Ibarat si tua sering menagih,
Cinta yang mati akankah pulih,

~~Duhai senja, tunjukkan jalannya,
Jalan lurus pastilah bercahaya,
Jauh dari sebarang sengketa,
Itulah petanda wujudnya DIA,

~~"Wahai manusia, bertaubatlah kamu,
Kalahkan semua hawa dan nafsu,
Kelak tidak tertutup jalanmu,
Jalan menuju Allah yang satu!"

~~Berkatalah senja kepada diriku,
Insan nan tua tiada malu,
"Pulanglah kamu sebelum aku...
Menjatuhkan tirai menutup hijabmu,"

~~Aku terduduk sendirian,
Di tepian pantai putih berpasiran,
Melihat mentari terbenam perlahan,
Dalam debu arus keinsafan...

~~di sebalik lirik "PENGHUJUNG RINDU" - Jamal Abdillah~~

~~Bila kekasih… mengundang aku pulang… mahligai menanti penuh gemilang… bila kekasih menyingkap tabir cinta… tiada terbatas dengan kata-kata…

~~Dapatkah aku membalas dengan air mata… tanda syukur menerima setelah sekian lama… menghamba hidup pada dunia…

~~Seribu tahun takkan sama… sesaat bersatu dalam nyata… kerana kasih ku sanggup korbankan… jasad dan nyawa…

~~Terang bulan kerana mentari… hadir bayang kerana cahaya… begitulah cinta kita…

~~Tiada jarak pemisah lagi… tiada garis sempadan budi… aku terima dan jua memberi… seikhlas hati…

~~Seribu tahun dan sejuta langkah… seribu tahun bersinar cinta… kita bertemu di penghujung rindu…

***

(Makna Lirik)

~~Lagu yang mengisahkan tentang taubatnya seorang hamba. Itulah yang diungkapkan dengan “Bila kekasih mengundang aku pulang”. DIA telah melorongkan jalan hidayahNya pada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Jalan hidayah yang penuh dengan liku-liku dan warna keinsafan. Apabila DIA mula menunjukkan erti sebenar zat, sifat, af’aal dan asmaNYA… maka tidaklah boleh terungkap dengan sebarang bentuk kata-kata. Kerana itu adalah sesuatu yang sangat indah…

~~Gugurnya airmata keinsafan itu adalah tanda hati seorang hamba yang lemah. Lemah dengan Hakikat Cinta Allah yang begitu agung, suci dan tiada ragu-ragu padaNya lagi. Maka bersujud syukurlah sang hamba dalam keikhlasan menerima jalan Allah setelah hampir separuh kehidupannya tewas dan tunduk pada nafsu dunia…

~~Sesaat walau sedetik tajallinya zat Allah itu adalah lebih berharga daripada kehidupan yang panjang bak beribu tahun. Kerana Kasih Hakiki itulah sang hamba sanggup mengorbankan apa sahaja bahkan perkara yang paling berharga iaitu nyawanya sendiri. Kerana ‘mati’ itu adalah lebih baik daripada bernyawa. Itulah syarat untuk bertemu DIA.

~~Bulan bersinar kerna adanya sang mentari… wujudnya bayangan kerana adanya cahaya. Begitulah perumpamaannya bagi mereka yang telah mengenali siapa itu ALLAH.

~~”Aku berada dekat sekali dengan hambaku lebih hampir daripada pembuluh halkum mereka”. Apabila tiba di peringkat makrifatullah, itulah yang akan dirasai oleh sang hamba. Memberi dan menerima cintaNYA dengan hati yang terbuka. Bukan hanya sebesar nyiru..bahkan seluas mata memandang ikhlas Diri menerima cinta Dia.

~~’Seribu tahun dan sejuta langkah… seribu tahun bersinar cinta… kita bertemu di penghujung rindu..’ kemuncak bagi percintaan agung ini adalah mati. Tiada lagi sang hamba… tiada pula Sang Perindu… kerana Yang Merindu telah mengenali siapa Sang Perindu. Itulah titik awal dan titik akhir.

Wallahu’alam.

PENGHUJUNG RINDU_JAMAL ABDILLAH


sumber gambar : ceritadanishdanumi.blogspot.com

~~mendalami maksud "sepi seorang perindu" Jamal Abdillah~~

~~Bilaku rindu padamu… Terasa kuatnya cintaku… Terbangkit resa terpandang wajahmu… bertambahlah kasih sayangku…

~~Sesaat kau tak ku pandang… Terasa sepinya jiwaku… Tertunggu aku hadirnya dirimu… walaupun sekelip mata…

~~Betapa sepinya hidup seorang perindu… di hanyut oleh keresahan… Rindu hatiku tak jemu padamu… selagi kau masih ku cinta…

~~Biar apapun, yang memisahkan… namun ku tetap menyintaimu… selagi hidup belum berakhir… selagi itu ku merinduimu…

~~Ku seorang perindu sepi… tak jemu terus menanti…~~

***

(makna lirik)

~~Lirik lagu “Sepi seorang perindu” mengisahkan tentang seorang hamba yang begitu telus dalam mencintai Allah. Semakin rindu, semakin kuatlah cintanya… semakin rindu, semakin asyiklah dia dalam mencintai Allah. Apabila tajallinya Wajah Dia, maka bergetarlah seluruh jiwa raga.

~~”Pandang”lah wajah Dia walau di mana kita berada. Begitu keadaan yang dilalui oleh hamba ini. Dia sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran Pemilik Diri, biarpun hadirnya hanya sekerlipan mata sahaja.

~~Biar apapun yang cuba menghalangi, namun Kuasa Cinta Hakiki itu tidak dapat dipisahkan…kerana Dia itu adalah Maha Pemilik Cinta. Orang yang cinta Allah itu akan berada dalam “kebahagiaan dalam penderitaan”. Selagi nyawa masih menunjangi jasad, selagi itulah Tarian Cinta akan terus berlenggok.

~~Jadilah seperti seekor kucing yang sering mengintai untuk menerkam mangsanya… kerna Aku Seorang Perindu…

*sumber gambar: www.mycikgumas.blogspot.com

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com