~~Senja, di mana jalan pulangnya!~~




~~Senja, di mana jalan pulangnya,
Tunjukkan padaku, insan nan tua,
Sebelum malam menjelang tiba,
Tidak ku mahu tersesat haluannya,

~~Di jari telunjuk terselit tasbih,
Tasbih hitam hampir renggeh,
Ibarat si tua sering menagih,
Cinta yang mati akankah pulih,

~~Duhai senja, tunjukkan jalannya,
Jalan lurus pastilah bercahaya,
Jauh dari sebarang sengketa,
Itulah petanda wujudnya DIA,

~~"Wahai manusia, bertaubatlah kamu,
Kalahkan semua hawa dan nafsu,
Kelak tidak tertutup jalanmu,
Jalan menuju Allah yang satu!"

~~Berkatalah senja kepada diriku,
Insan nan tua tiada malu,
"Pulanglah kamu sebelum aku...
Menjatuhkan tirai menutup hijabmu,"

~~Aku terduduk sendirian,
Di tepian pantai putih berpasiran,
Melihat mentari terbenam perlahan,
Dalam debu arus keinsafan...

2 comments:

  1. tgk tajuk ingatkan senja nak mgrb tu baca betul2 rupanya senja dah tua hihihi nasib paham jugak =p

    eh satu je tak paham renggeh tu mende?

    -pink-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pink, 'renggeh' tu i guna perkataan sendiri. tak ada dalam kamus. hahah. i maksudkan dengan 'hampir rongak'

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com