~~Di sebalik "Kepadamu Kekasih"


~~Kepadamu kekasih… aku berserah… kerana ku tahu kau lebih mengerti… Apa yang terlukis di cermin wajah ku ini… apa yang tersirat di hati… bersama amali…

~~Kepadamu kekasih… aku bertanya… Apakah kau akan menerimaku kembali… atau harus menghitung lagi… segala jasa dan bakti… atau harus mencampakku ke sisi… tanpa harga diri…

~~Hanya padamu kekasih…Aku tinggalkan… Jawapan yang belum ku temukan… yang bakal aku nantikan… bila malam menjemputku lena beradu…

~~Kepadamu kekasih… Aku serahkan… jiwa dan raga jua segalanya… Apakah kau akan menerima… penyerahan ini…Apakah kau akan menerimaku… dalam keadaan begini…

***

(Makna Lirik)

~~”Kekasih” diertikan dengan Allah S.W.T, manakala “aku” pula adalah seorang hamba. Rangkap pertama mengisahkan tentang diri penulis (hamba) yang telah menjatuhkan egonya lalu tunduk berserah kepada Sang Kekasih iaitu Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Meneliti setiap apa yang berlaku pada hambaNya. Biarpun hanya terdetik ‘permulaan’ di hati.

~~”Taubat Nasuha”. Itulah yang dilakukan penulis. Demi untuk membersihkan segala dosa yang pernah dilakukannya. Apakah taubatnya diterima Allah? Apakah masih dosanya melebihi segalanya? Apakah dirinya akan dibiarkan keseorangan tanpa ada panduan dan petunjuk?

~~Persoalan yang sukar untuk mendapatkan jawapannya. Ternyata fikiran manusia itu mempunyai tahap dan had keterbatasan. Namun, tidak bermakna dia tidak akan mendapatkan jawapannya. Maka, waktu malam menjadi penantian penulis. 1/3 malam untuk bangkit bersujud kepada Allah, hanya untuk mencari jawapan kepada sebuah persoalan yang kian berselirat. Apakah dia akan menemui jawapannya? Apakah pula dia akan fana dalam cinta Allah?

~~ Rangkap terakhir… penulis masih lagi merintih sayu, menunduk merayu memohon keampunan Allah. Segalanya adalah demi membayar hutang atas segala dosa yang telah dilakukannya dahulu.

~~Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang~~

WALLAHUA’LAM

KEPADAMU KEKASIH_M.NASIR

~~di sebalik lirik "Fantasia Musim Cinta-Iwan"~~


~~Ku genggam awan kelabu… Ku gapai langit yang biru… arah kita kian bersatu… tinggalkan lagu rindumu…~~

~~langkah kita makin hampir… ku tahu kau menungguku… di hujung titik menantilah aku… Alam mimpi…~~

~~Bulan bintang sang suria… bagai saksi janji kita… meniti hari-hari… yang indah ini…~~

~~gunung akan ku daki… lautan kan ku renangi… demi memburu mimpi… yang pasti…~~

~~Pintu kini telah terbuka… kita pun langkah bersama… fantasi mimpi berakhir… cinta pun berpadu...~~

~~Hari-hari yang berlalu… menjelma bukanlah mimpi lagi… umpama sungai dan tebing… seiring sehati dan sejiwa…~~

***

(Makna Lirik)

~~”Arah” membawa maksud satu perjalanan yang lurus. Manakala “kita” pula membawa erti kepada sebuah kerjasama di antara roh dan jasad. Negeri mulki yang dipenuhi dengan lafaz rindu (zikrullah) sang hamba kepada Pencipta mula ditinggal pergi. Mereka mula mengembara ke sebuah negeri Malakut yakni selangkah menghampiri cinta Allah.

~~Perjalanan yang dipenuhi pelbagai dugaan diharungi dengan bekalan sabar dan taqwa. Allah telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran, sesungguhnya DIA amat mencintai hamba yang sabar dan bertaqwa kerana mereka itulah hamba yang benar-benar beriman. “Di hujung titik” diertikan dengan alam terakhir. Itulah alam Lahut. Di mana di alam itu jugalah tersirat maksud segala kata-kata “tiada lagi aku melainkan AKU”. “Alam mimpi” pula dimaksudkan dengan alam zikrullah yang merangkumi Mulki, Malakut, Jabarut dan Lahut.

~~Rangkap ketiga menceritakan tentang hanya makhluk selain manusia sahaja yang boleh menyaksikan perkara-perkara ghaib yakni ‘mimpi’ yang kita lalui. kerana mereka itu tidak mempunyai akal dan bebas daripada dikuasai hawa nafsu seperti manusia.

~~Rangkap keempat pula, penulis menceritakan bahawa demi memburu cinta Allah. Dia sanggup mengharungi segala macam bentuk ujian dan dugaan. Kerana dia hanya terpandang akan Keindahan Cinta Allah. Itulah impian yang pasti akan dicapai oleh orang yang beriman, iaitu mereka yang sentiasa bersabar dan bertaqwa.

(Rangkap satu hingga empat disimpulkan tentang penceritaan iman iaitu sabar dan taqwa yang perlu ada pada setiap manusia, samada dia kafir ataupun islam)

~~”Pintu telah terbuka” membawa maksud bahawa Allah telah menyeru kepada mereka yag beriman agar masuk secara menyeluruhlah ke dalam Islam iaitu agama yang benar dan diredhai oleh Dia. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah Islam pegangan mereka. Dan cinta pun berpadu…apabila Islam bersatu dengan Iman, apabila Roh bersatu dengan Jasad (dlm meraih cinta Allah), apabila Diri bersatu dengan Dia….Akhirnya… itulah AKU (sila rujuk kitab-kitab tasauf)

~~Apabila sang hamba mengenal Allah, apabila Diri mengenal Pencipta, dan apabila Pencipta itu adalah Diri…maka lengkaplah sebuah alam. Mimpi yang bermimpi kini nyata layaknya. Bersertalah orang beriman itu dengan Allah. “di mana kamu berhadap, disitulah wajahKU”.

(WALLAHUA”LAM)

FANTASIA MUSIM CINTA_IWAN

~~puisi: Akhir Zaman~~


(Akhir Zaman)

~~Satu titik bermulanya tulisan,
Satu ayat bermulanya karangan,
Satu nyawa bermulanya kehidupan,
Satu kitab itulah al-Quran,
Al-Quran al -Karim pemantapan iman.

~~Dalam al-Quran tercatat segalanya,
Penciptaan Adam dan juga Hawa,
Begitu juga Syurga dan Neraka,
Ganjaran untuk pahala dan dosa,
Bagi mereka umay manusia.

~~Di akhir zaman banyak bencana,
Peperangan, tsunami, bersama gempa,
Langit dan bumi bagaikan murka,
Terhadap sifat dajal manusia.

~~Wahai manusia, awaslah kamu,
Selama mana panjang umurmu,
Berapa banyak amal ibadahmu,
Berbanding dengan dosa maksiatmu.

~~Esok, lusa entahkan bila,
Pasti dunia bergulung jua,
Kepada siapa imanmu tersedia,
Iblis, Syaitan, Syurga dan Neraka,
Ataupun kepada Allah Yang Esa.

~~Engkau manusia, aku manusia,
Saling mengingati sesama manusia,
Kerana manusia tidak sempurna,
Seperti Allah Yang Maha Berkuasa.

~~di sebalik lirik "Bengang by Mantera"~~

~~Pintu sepiku yang bertahun terkunci… terpaksa aku bukakan perlahan-lahan… kerana ku khuatir bisikan yang berbalah… denganku seharian akan menenggelamkan… keakuan… aaa…aaa…~~

~~Andai terjadi mana lagi tempatku… nak aku pautkan mimpi sediakala… menunaikan janjiku pada diri sendiri…. Cinta dulu asalnya aku yang punya…~~

~~Mana datang cahaya… bukanlah tajuk cerita… siapa pun kau ku sudi terima… biarpun dosa semalam sebesar gunung menembus awan… yang penting hatiku dapat kau tawan…~~

***

(Makna Lirik)

~~Pintu ‘sepi’ diibaratkan pintu ‘hati’ yang telah lama kosong dan lalai dari mengingati Allah telah pun tertutup rapat. Ibarat engsel pintu yang telah reput dan berkarat lalu menunggu masa untuk menyembah bumi membuatkan penulis terpaksa membuka dengan hati-hati. Demi untuk menyelamatkan sekeping ‘pintu’ yang telah lama tidak digunakan.

~~Bisikan yang berbalah diertikan dengan dua bisikan iaitu bisikan mazmumah dan mahmudah… di antara nafsu dan iman. Dan hanya mereka yang mengenal DIRI.. mampu melawan sifat serta bisikan yang bathil…

~~Penulis membimbangi andai dia akan tersalah membuat pilihan, di manakah lagi tempat untuk dia memautkan impian yang telah sedia lahir bersama-sama jasadnya suatu ketika dahulu. Sebuah impian dalam bentuk satu perjanjian kepada Allah dan kepada diri, iaitu hidupnya jasad bersama roh di muka bumi Allah adalah untuk beribadah kepada DIA. Beribadah kepada Allah merupakan sebuah cinta yang sememangnya telah menjadi hak mutlak setiap manusia daripada azali lagi.

~~Cahaya diibaratkan sebuah petunjuk kepada manusia agar beriman kepada Allah bukanlah menjadi satu tajuk besar lagi. Kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penerima Taubat, Maha mengetahui setiap apa yg terlintas di hati hambaNYA… jadi siapa pun diri penulis sebelum ini, DIA tetap akan menerima penulis sekiranya Taubat dilakukan seikhlas hati. Itulah yang dimaksudkan dengan bait lirik ‘Yang penting hatiku dapat kau tawan’…

**Qulbu mu’min baitullah (Hati orang yang beriman itu Rumah Allah)

WALLAHUA”ALAM

BENGANG_MANTERA

sumber gambar : http://sofila.wordpress.com/category/puisi/

~~Membaranya Si Api~~



~~Merah warnamu di hujung tarian,
Biru warnamu di dasar kehangatan,
Jingga warnamu di pertengahan jalan,
Memberi corak satu kehidupan.

~~Adunan warna ciptaan Tuhan,
Masa kecil menjadi kawan,
Tika membesar menjadi lawan,
Tiada kenal siapa teman.

~~Begitulah aku,
Mengorak hidup menjaga hati,
Bimbang diri terbakar api,
Membuat hidup tidak menentu.

~~Jika diri dipenuhi api,
Tiada hidup akan berseri,
Hatta engkau seorang wali,
Jagalah diri wahai insani.

~~Api membara ibarat neraka,
Di dalam diri seorang hamba,
Suka mencari dendam sengketa,
Awaslah kamu wahai manusia.

~~Tingkatkan iman di dalam dada,
Agar tidak menjadi hambanya,
Hamba si api panas membara,
Ibarat hidup di dalam neraka.



~~Ramadhan datang lagi~~


~~Pagi...hening, indah, berseri,
Suasananya ibarat Ramadhan datang lagi,
Sudahkah selesai berbayar ganti,
Sebelum Ramadhan menjelma lagi,
Menggamit rindu kenangan di hati.

~~Ramadhan datang lagi,
Bersahur telur asin bersama nasi,
Makanan rutin sehari-hari,
Bagi aku seorang diri.

~~Siang berpuasa berlapar dahaga,
Secarik tenaga dikerah bekerja,
Demi melangsaikan tanggungjawab dunia,
Dalam mencapai misi manusia,

~~Ramadhan datang lagi,
Beribadah hamba di malam hari,
Untuk meraih cinta Ilahi,
Itulah aku si hamba abdi.

~~Ramadhan beranjak pergi,
Kapan lagi akan ku temui,
Rindu mengusik menguasai hati,
Akan ku tunggu walau tak temui,
Kerana Mati itu adalah pasti...

sumber gambar : http://www.sara.my/announcement/selamat-menyambut-ramadhan-al-mubarak/



Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com